Dekorasi

6 Perkara Perlu Dipertimbangkan Sebelum Beli & Pasang Paip Pancuran Bilik Air

Share

6 Perkara Perlu Dipertimbangkan Sebelum Beli & Pasang Paip Pancuran Bilik Air. Bilik Air merupakan antara ruang yang penting bagi sesebuah kediaman. Selain kemasan lantai dan dinding, aksesori seperti penyangkut tuala, kepala paip, rak sabun dan paip pancuran juga memainkan peranan penting dalam melengkapkan lagi fungsi dan kemudahan di bilik air untuk kegunaan seharian serta jangka panjang.

Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli dan memasang paip pancuran di bilik air ini.

1. Corak Semburan

Apakah corak semburan yang disukai? Sesetengah pengguna sukakan semburan tetap, semburan yang menyegarkan, semburan lembut dan ada yang suka semburan dalam dimensi lebih luas.

Jika hanya anda seorang yang akan menggunakan bilik mandi, mungkin tidak perlu bimbang mengenai tetapan tambahan. Walau bagaimanapun, jika berkongsi bilik air dengan orang lain yang menyukai corak semburan berbeza, anda perlu cari kepala pancuran air tambahan atau yang fleksibel untuk dikawal.

2. Pemasangan Mudah

Lebih bagus jika dapat mencari model kepala paip pancuran yang mudah dipasang sendiri dengan hanya sepana boleh laras dan pita plumber serta satu set arahan dan talian bantuan pelanggan untuk membuat proses lebih mudah. Disini anda dapat menjimatkan perbelanjaan upah pemasangan, membuat penyelenggaraan nanti.

3. Jenis ‘Shower Head’

• Kepala seperti single spray shower head dan rain shower head sesuai bagi yang gemarkan semburan tetap.
Handheld shower heads dilihat lebih versatile berbanding model tetap. Ia boleh berfungsi seperti kepala pancuran air tetap apabila ditempatkan dalam confinement dan boleh dikeluarkan untuk fokus semburan pada bahagian badan tertentu.
• Bagi yang mempunyai haiwan peliharaan, model handheld

dengan long hos handy sesuai untuk membersihkan haiwan kesayangan di dalam tab dengan mudah.

4. Tekanan Air & Aliran Air Kuat

Sejauhamana kekuatan tekanan air di rumah? Tekanan air rendah cenderung menyebabkan kepala pancuran standard menghasilkan pancuran air yang lemah malah tidak cukup kuat untuk membilas sabun dan shampoo. Kini banyak pengeluar memberi respon terhadap isu ini dengan mencipta teknologi membantu aliran air lebih kuat.

5. Harga

Pancuran harga kepala pancuran terdiri daripada puluhan hingga ratusan ringgit. Cara yang paling mudah mengecilkan skop pilihan model kepala paip pancuran adalah dengan berpegang kepada bajet yang ditetapkan.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:Ini Caranya DIY Tukar Kepala Paip Sinki Dapur Patah
Baca Lagi Di Sini: Tip Pilih Sinki Dapur, Jangan Pilih Yang Cantik Je Tapi Bila Guna Rasa Tak Selesa, Nak Jaga Pun Susah
Artikel Menarik: 6 Tip Ubahsuai BILIK AIR Nampak Menarik Walaupun Bajet Kecil

IMPIANA: Semoga tip ini menjadi panduan bagi yang berhasrat untuk membeli kepala paip pancuran di bilik air.

Sumber: D’ Maras Development

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Wahab