Jika anda mempunyai haiwan peliharaan terutamanya kucing, secara tidak langsung ia menjadikan rutin mengemas dan mencuci kediaman tidak seperti biasa. Antara faktor utama yang menjadi masalah adalah bau yang tidak enak dan bulu yang melekat di karpet dan sofa.

Namun itu tidak menjadi masalah , ia boleh di atasi dengan 6 perkara berikut:

IKLAN

1. GUNAKAN VACUUM AUTOMATIK
Memelihara kucing, perkara yang paling kerap perlu anda lakukan adalah vacuum. Bagi menjimatkan masa dan meamastikan tugasan membersih hujung inggu anda tidak teruk, Apa kata pasang vacuum automatik setiap hari. Jadi, ia akan malakukan tugasnya setiap kali anda tiada di rumah atau ketika tidur
Tip Rumah Cantik Dan Bersih Walau Ada Kucing
2. PASTIKAN LINT ROLLER SENTIASA ADA STOK
Lint roller antara barang wajib ada bagi setiap pemilik kucing. Ia perkakas sempurna untuk membersihakan karpet dan sofa dari bulu kucing yang melekat.
Tip Rumah Cantik Dan Bersih Walau Ada Kucing
3. RUTIN PADICURE
Elak permukaan fabrik pada perabot dari mudah koyak akibat menjadi tempat mencakar, patikan kuku kucing anda sentiasa dalam keadaan pendek. Jadikan ia sebagai rutin mingguan dan sediakan tempat mencakar khas.
Tip Rumah Cantik Dan Bersih Walau Ada Kucing4. BERSIHKAN TAPAK KAKI
Alas pintu (door mats) menjadi keperluan buat anda yang sentiasa membiarkan kucing keluar rumah. Jadi, tapak kaki kucing anda boleh dibersihkan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam rumah. Namun ia tidak dapat memastikan kotoran degil yang melakat pada tapak kaki kucing anda bersih sepenuhnya. Jadi, apa yang pelru anda lakukan adalah cuci tapak kaki kucing dengan menggunakan tisu basah setiap kali ia masuk masuk semula ke dalam rumah selepas melakukan aktiviti luar

IKLAN
IKLAN

5. COVER UP
Jika kucing anda mempunyai tempat santai dan tidur yang banyak, alas kan kain terutamanya sofa, kerusi dan karpet. Ia berupaya mengelak permukaan upholstri kerusi atau sofa dari mudah melekat bulu dan kotoran yang dibawa oleh kucing anda.
Tip Rumah Cantik Dan Bersih Walau Ada Kucing
Tip Rumah Cantik Dan Bersih Walau Ada Kucing6. SEDIAKAN BEKAS MAKANAN KHAS
Kebiasaanya, tempat yang paling kotor dan mudah bersepah yang dilakukan oleh kucing anda adalah tempat makan. Oleh itu, sediakan bekas khas seperti dulang untuk memudahakn anda mencuci dan membersihkan ruang tersebut selesai kucing anda menajmu selera

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI