6 Perkara WAJIB Anda Lakukan Sebelum Masuk Rumah Baru, Bukan Sekadar Cuci Sahaja

Share

Kita banyak membaca perkongsian di media sosial tentang pelbagai gangguan daripada makhluk halus yang menimpa mereka yang memasuki rumah baharu atau sewa. Kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu sebuah penempatan yang sudah lama ditinggalkan tanpa penghuni. Oleh itu, bila manusia tidak mendiami rumah tersebut, maka jadilah ianya rumah kepada pelbagai makhluk halus dan sepertimana kita, apabila datang ke tempat baru, orang yang tinggal sekian lama tidak selesa bila ada orang lain yang datang dan menganggu ketenteraman ‘beliau’.

Amalan ini penting kerana kita tidak tahu siapakah pemilik sebelum ini dan apakah yang telah ditinggalkan olehnya kerana sudah banyak kes apabila disiasat, banyak yang diganggu kerana tuan asalnya meninggalkan ‘belaan’ tanpa tuan baharu dan membuatkan pemilik rumah yang baru terkejut tanpa ada apa-apa pengetahuan tentang keadaan sebanar rumah tersebut.

Untuk itu, IMPIANA terpanggil untuk berkongsikan dengan orang ramai tentang bagaimana menghindari kediaman baharu anda daripada gangguan makhluk halus menurut kaca mata islam. 

1) Azan di dalam rumah

Apabila anda pertama kali masuk ke rumah baharu atau sewa, mulakan dengan bacaan bismillah dan masuk dengan kaki kanan. Selepas itu, azan di setiap penjuru rumah. Jika anda mendiami rumah dua tingkat, azan juga disebelah atas sepertimana anda lakukan di ruangan bawah rumah. Tujuannya adalah untuk menghalau makhluk halus atau Jin yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2) Bersihkan rumah

Ketika ini rumah anda masih lagi dalam keadaan yang tidak bersih dan tidak ketahui siapakah yang pernah tinggal dalam rumah tersebut, Oleh itu, dalam tuntutan islam agar umatnya sentiasa dalam keadaan bersih kerana syaitan tidak menyukai manusia yang bersih, maka bersihkan rumah anda secara fizikal iaitu mencuci setiap sudut bebas dari habuk dan kekotoran.

3) Membaca Surah Al-Baqarah

Selepas selesai azan dan mencuci rumah, ambil sedikit masa untuk membaca Surah Al-Baqarah. Surah ini dikenali sebagai surah yang terpanjang dalam Al-Quran tetapi ianya amat mujarab dalam menghalau syaitan yang membelenggu rumah sekian lamanya. Selain itu, sebagai penganut agama islam, kita sepatutnya menyinari rumah kita dengan ayat suci Al-Quran. Memang tugas seharian banyak mengambil masa kita tetapi ketahuilah ia hanyalah ujian dari yang Maha Esa untuk hambanya yang taat.

4) Lazimi bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yassin dan Surah Al-Ikhlas untuk 7 hari 7 malam

7 hari pertama anda masuk ke rumah adalah 7 hari yang penting untuk kesejahteraan anda sekeluarga. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengulangi bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Yassin dan Surah Al-Ikhlas selama 7 hari 7 malam untuk memastikan rumah anda bebas daripada gangguan makhluk halus. Selain itu, pastikan sediakan air untuk dijadikan air Yassin sebagai pelindung rumah.

5) ‘Pagar’ rumah dengan cara yang betul

Banyak kita dengar penghuni rumah diganggu makhluk halus sebab tidak dipagar seluruh kawasan rumah dengan cara yang tidak menurut ajaran islam kerana menurut ajarat khurafat dan jauh menyimpang dari islam. Cara yang betul adalah dengan merenjis sekeliling rumah air yang sudah dibacakan ayat suci Al-Quran iaitu surah Yassin.

6) Anjurkan kenduri kesyukuran mengikut kemampuan

Setelah segalanya selesai, sudah tiba masa untuk kita mengenali jiran tetangga yang mendiami kawasan rumah kerana menurut hadis Rasulullah SAW riwayat Abu Daud, maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”. Jadi dalam usaha untuk kita mengenali jiran, adalah molek jika anda menganjurkan sedikit jamuan serta kenduri kesyukuran mengikut kemampuan anda. Salah satu caranya adalah dengan menjemput melalui pengumuman di surau kariah tempat tinggal kerana setiap taman atau blok pangsapuri pasti ada sebuah surah.

6 tips ini jika diamalkan inshAllah rumah anda akan bebas daripada segala malapetaka dan gangguan yang tidak diingini kerana sudah fitrah manusia untuk tidak nampak makhluk halus yang selalu menganggu-gugat amalan kita dalam menjadi umat islam yang penuh tawaduk dan istiqamah kepada Allah SWT.

 

 

Published by
Impiana