Ikan bilis jika dimakan rangup memang sedap. Tapi sekejap saja ikan bilis yang baru digoreng tadi boleh jadi lemau dan liat. Kadang-kadang jadi keras sampaikan nak kunyah pun susah. Memang frust dan boleh terbantut selera kalau jadi begini.
Apa yang kita tak tahu adalah, terdapat petua atau teknik untuk pastikan ikan bilis rangup dan sedap dimakan.
6 TEKNIK MASAK IKAN BILIS RANGUP
1.Tos Selepas Dibasuh
Petua paling penting adalah, selepas mencuci bersih ikan bilis, pastikan ianya ditos sehingga kering. Jika ingin cepat, boleh sangai (goreng tanpa minya) ikan bilis yang telah dibasuh terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak seperti biasa.
Ads
2. Perap Dengan Cuka
Selepas selesai ikan bilis dibasuh dan ditos, boleh renjis sedikit cuka masakan hingga rata sebelum digoreng. Atau rendam ikan bilis kedalam cuka masakan lebih kurang lima minit sebelum digoreng, hasilnya pasti rangup dan crispy.
3. Goreng Bersama Asam Keping
Jika didapur anda tidak ada cuka, boleh cuba gunakan asam keping juga. Letakkan 2-3 keping asam kedalam kuali ketika menggoreng ikan bilis. Pasti menjadi!
4. Gaul Tepung
Seperti yang semua tahu, tepung mampu menjadikan gorengan lebih rangup. Termasuklah ikan bilis.
Selepas ikan bilis dicuci, gaulkan bersama tepung beras atau tepung jagung. Kemudian boleh goreng seperti biasa dan hasilnya ikan bilis akan kekal garing.
Ads
5.Simpan Dalam Peti Sejuk
Terdapat juga petua yang mengatakan untuk simpan ikan bilisyang telah dibasuh kedalam peti sejuk semalaman sebelum digoreng. Ini bagi mendapatkan ikan bilis goreng yang rangup kerana air daripada ikan bilis tadi telah tersejat.
6. Tunggu Hingga Minyak Tidak Berbuih
Sebaiknya, goreng ikan bilis dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan. Pastikan minyak sudah betul-betul panas sebelum memasukkan ikan bilis.
Dan cara untuk tahu ikan bilis sudah garing ataupun tidak ialah apabila minyak sudah berhenti berbuih. Angkat ikan bilis dan tos kan sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara.
Ads
TIP TAMBAHAN
– Pilih ikan bilis yang berkualiti, bersih dan cantik.Cari ikan bilis yang mempunyai garis putih. Walaupun harganya lebih mahal berbanding yang bergaris hitam,tetapi rasanya dijamin lebih sedap dan boleh tahan rangup dalam jangka masa yang lama.
– Simpan ikan bilis yang telah digoreng didalam bekas kedap udara ataupun tin. Kerangupan akan kekal dan lebih sedap dan mudah untuk dimakan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Meja makan merupakan antara perabot terpenting yang sering menjadi perhatian di ruang kediaman. Ia bukan sahaja sekadar ruang untuk menjamu selera, namun sebagai tempat mengeratkan hubungan di antara keluarga mahupun tetamu yang datang berkunjung.
Baru-baru ini, memenuhi permintaan pengikut di media sosial, usahawan terkenal Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid,39 ada berkongsi koleksi meja makan di rumah agamnya. Terdapat 4 jenis meja makan yang ada pada ruang makan yang tersendiri. Baik untuk ruang makan formal, semi formal dan ruang makan santai untuk keluarga.
Ada ada je la korang ni la. Nak tengok meja makan la pulak. Ok takpe, sy tunaikan hajat mereka yang nak tengok meja makan rumah saya. Lepas ni korang nak tengok apa plak?
Meja Makan Pertama
Menurut isteri kepada Dato Sri Aliff Syukri ini, ruang makan pertama menempatkan meja makan yang boleh memuatkan 24 orang. Ia sering digunakan pada waktu perayaan seperti ketika Hari Raya bagi menerima tetamu dan saudara mara. Berkonsep moden klasik, ukiran meja dan kerusi ini tampak cukup mewah dengan kemasan rona baldu biru dan bersadur keemasan. Begitu juga dekorasi indah pada ruang ini dengan Chandelier mewah.
Meja Makan Kedua
Meja makan kedua pula lebih berkonsep moden dengan rona hitam keemasan. Lebih semi formal dan tidak terlalu besar. Ia boleh memuatkan sehingga 8 orang. Digunakan ketika tetamu, kenalan dan saudara mara datang bertandang dan lebih mudah untuk bersembang.
Meja Makan Ketiga
Meja makan ketiga juga berkonsep moden klasik dengan ukiran rona keemasan dan coklat. Ia lebih santai dan jarang digunakan. Ia boleh menempatkan 5 orang dan selalunya hanya dijadikan sebagai tempat ‘membawang’ dan bergosip.
Meja Makan Keempat
Istimewanya, meja makan keempat yang lebih santai, ‘ala kampung’ dan terletak di ruang dapur. Ia juga menjadi meja makan harian dan kegemaran Datin Sri Shahida serta keluarga. Terdapat 2 meja makan di ruang ini selain mudah di akses berdekatan dengan dapur dan sinki. Meja juga di lapik dengan alas meja dan menggunakan pelbagai jenis kerusi.
Langkawi, pulau percutian yang sering menjadi pilihan bukan sahaja di sebabkan keindahan alamnya malah ia menajdi syurga membeli belah dengan wujudnya pusat bebas cukai. Bagi mak-mak pula, sudah pasti ia menajdi syurga membeli periuk dan pinggan mangkuk berjenama.
Atas permintaan yang banyak, hotel di Pulau ini tumbuh bak cendawan dan setiap satunya mempunyai tarikkan tersendiri. Terabru, Pantai Chenang di cerikan dengan kehadiran resort yang mempunyai konsepnya yang comel dan tersendiri.
Di beri nama Royale Chenang Resort, ia bukan lah penginapan yang berkonsepkan mewah. Namun, ia direka bagi memberi keselesaan kepada pengunjung seperti berada di kediaman sendiri. Mengetengahkan rekaan banglo dua tingkat dengan fasad yang mempunyai rona-rona pastel menajdikan resort ini bertambah unik.
Melangkahkan kaki ke lobi resort kelihatan santai dan terasa bagaikan di sebuah ruang tamu. Tak begitu luas dan sarat, cukup sekadar tetapan yang ringkas namun masih mempunyai cita rasa yang tersendiri apabila sofa biru terqoise di padankan bersama wing chair warna hitam
Terdapat 40 unit bilik, dan setiap satunya dilengkapi dengan balkon dan dikelilingi dengan landskap yang indah. Setiap bilik lengkap dengan bilik air, penghawa dingin, tv LCD dan pelbagai lagi keperluan bagi sebuah bilik penginapan.
Kebiasaanya, pihak pengurusan hotel lebih geamr menggunakan cadar berwarna putih untuk kelihatan bersih dan kemas. Namun tidak di Royale Chenang Resort. Setiap bilik mempunyai cadar yang berwarna bagi memmastikan penghuni berasa bagaikan di rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sejak kebelakangan ini, situasi hujan sudah mula dilihat semakin kerap berlaku hampir setiap hari di seluruh tanah air. Jadi, mungkin ada yang di kalangan anda yang sudah mula berasa bimbang dengan keadaan sekarang yang boleh mengakibatkan bencana banjir kilat berlaku.
Tambahan pula, Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) telah meramalkan negara bakal mengalami hujan lebat yang berterusan mulai pertengahan November in sehingga penghujung bulan berkenaan.
Sudah pasti, dengan ramalan yang diwar-warkan pasti akan menimbulkan kegusaran orang ramai khususnya bagi mereka yang pernah berdepan dengan situasi masalah banjir sebelum ini. Jadi, tidak hairan lah kalau ada yang berasa trauma sekiiranya bencana alam tersebut berlaku lagi, betul tak?
Bagi anda yang berasa trauma dan pernah menjadi salah seorang mangsa banjir sebelum ini amat disarankan untuk membuat persediaan lebih awal supaya masalah buruk yang tidak diingini dapat dielakkan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Sebagai permulaan, antara persediaan awal yang anda boleh lakukan adalah melindungi barangan elektrik dan kelengkapan rumah seperti peti ais, mesin basuh, televisyen dan perabot daripada rosak terjejas akibat bencana banjir yang berlaku.
Bagaimana caranya? Apa kata anda melindungi kesemua barangan elektrik dan kelengkapan rumah anda menggunakan plastik tiub kalis air khas ini. Sebenarnya produk ini dicipta untuk melindungi kenderaan seperti kereta dan motorsikal daripada rosak akibat air banjir.
Jadi, tidak salahkan kalau kita menggunakan plastik tiub kalis air ini bagi melindungi kesemua barangan elektrik dan kelengkapan rumah. Dengan cara ini, sudah pasti barang pun tidak mudah rosak, duit pun jimat.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.