
Kabinet dapur antara item yang mampu melengkapkan ruangan dapur anda. Kabinet dapur dipilih berasaskan material, reka bentuk, fungsi dan kos. Setiap jenis material kabinet mempunyai kebaikan dan kekurangannya sendiri. Jadi bagi anda yang ingin memilih kabinet jenis aluminium, ini merupakan kelebihannya.
- Kabinet dapur aluminium sememangnya mempunyai ketahanan yang agak lama berbanding kabinet dapur material lain seperti kayu, dan MDF.
- Tahan air serta tahan lama. Aluminium tidak seperti material kayu yang boleh mengalami kerosakkan atau menjadi ‘kembang’ jika tidak dijaga dengan baik.
- Sekiranya anda memilih kabinet aluminum anda boleh mengelak daripada masalah anai-anai. Masalah anai-anai sering berlaku pada kabinet jenis kayu, dimana struktur luar kabinet kelihatan masih elok namun dibahagian dalam lompong dimakan dek anai-anai. Jadi berhati-hatilah!
- Tidak akan berkarat kerana aluminium bukan kategori material besi yang mudah berkarat.
- Material jenis aluminium ini selamat digunakan buat anda sekeluarga, kediaman dan alam sekitar.
- Jangan anda sangka aluminium hanya mempunyai satu jenis warna. Sebenarnya aluminium mempunyai lebih 100 pilihan warna yang menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Memilih Alas Meja

Isi Kandungan
ToggleTip Memilih Alas Meja. Alas meja atau pelapik meja adalah salah satu elemen penting dalam dekorasi rumah yang sering kali dipandang remeh. Walaupun kelihatan sederhana, lapik meja mempunyai pelbagai fungsi, termasuk melindungi permukaan meja, menambah gaya, dan memberikan keselesaan.
IMPIANA akan kongsikan beberapa tip untuk memilih alas meja yang sesuai dengan keperluan dan cita rasa anda.
1. Kenal Pasti Kegunaan Alas Meja
Sebelum memilih alas meja, adalah penting untuk menentukan kegunaannya. Adakah anda memerlukan alas meja untuk melindungi meja dari calar dan tumpahan? Atau adakah anda ingin menambah sentuhan estetik kepada ruang makan atau ruang tamu? Mengetahui tujuan utama alas meja akan membantu anda dalam membuat pilihan yang tepat.
2. Pilih Material yang Sesuai
Alas meja datang dalam pelbagai jenis bahan. Setiap bahan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Kain: Alas meja kain seperti linen, kapas, atau satin memberikan sentuhan elegan dan nyaman. Kain mudah dibersihkan tetapi mungkin memerlukan penjagaan tambahan untuk mengelakkan kotoran.
Vinil atau Plastik: Material ini tahan lasak dan mudah dibersihkan. Ia sesuai untuk kegunaan harian dan ideal untuk melindungi meja dari tumpahan dan calar.
Kayu: Lapik meja dari kayu memberikan sentuhan klasik dan sofistikated. Ia juga boleh melindungi meja daripada calar tetapi memerlukan penyelenggaraan yang lebih rapi.
Silicone atau Getah: Lapik meja jenis ini sangat tahan lasak dan tidak mudah tergelincir. Mereka juga mudah dibersihkan dan sesuai untuk meja yang sering digunakan.
3. Pertimbangkan Saiz dan Bentuk
Alas meja perlu sesuai dengan saiz dan bentuk meja anda. Ukur meja anda dan pilih lapik yang sedikit lebih besar daripada meja untuk memastikan perlindungan yang mencukupi. Jika meja anda berbentuk bulat, pastikan lapik meja juga bulat atau sesuai dengan bentuk tersebut. Begitu juga dengan meja yang berbentuk segi empat atau lain-lain bentuk.
4. Pilih Reka Bentuk dan Warna yang Sesuai
Lapik meja bukan hanya berfungsi sebagai pelindung tetapi juga sebagai elemen dekoratif. Pilih reka bentuk dan warna yang melengkapkan tema dan warna keseluruhan ruang anda. Untuk ruang yang minimalis, lapik meja dengan corak sederhana atau warna neutral mungkin lebih sesuai. Jika anda mahu menambah warna dan gaya, pilih lapik meja dengan corak atau warna yang lebih berani.
5. Fungsionaliti dan Kemudahan Penjagaan
Selain estetika, pastikan alas meja yang dipilih mudah untuk dibersihkan dan dijaga. Bahan seperti vinil atau plastik mudah dibersihkan dengan kain lembap, sementara kain mungkin memerlukan cucian atau pembersihan khusus. Pastikan juga alas meja tidak terlalu licin atau terlalu tebal, agar ia tidak menyusahkan penggunaan sehari-hari.
6. Pertimbangkan Kos
Harga alas meja boleh berbeza-beza mengikut material dan reka bentuk. Tentukan bajet anda sebelum membuat pilihan. Walaupun lebih mahal tidak semestinya lebih baik, pastikan anda mendapatkan lapik meja yang menawarkan nilai terbaik dalam aspek kualiti dan fungsi.
7. Faktor Kesihatan dan Keselamatan
Jika anda mempunyai anak kecil atau haiwan peliharaan, pertimbangkan lapik meja yang selamat dan tahan lasak. Bahan yang mudah dibersihkan dan tidak mempunyai sudut tajam atau tepi kasar adalah pilihan yang baik. Lapik meja yang tidak mudah tergelincir juga penting untuk mencegah kemalangan.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Memilih alas meja yang tepat bukan sahaja meningkatkan penampilan meja anda tetapi juga memberikan perlindungan dan keselesaan tambahan. Dengan mempertimbangkan kegunaan, material, saiz, reka bentuk, kemudahan penjagaan, kos, dan faktor keselamatan, anda boleh membuat keputusan yang bijak dan sesuai dengan keperluan anda.
Mesti Baca: Tranformasi Meja Lama Menggunakan Vinyl Lantai RM 2.10, Cantik Macam Meja Kafe
Baca Lagi Di Sini: 10 Design Meja Konsol Menarik Tambah Seri Ruang
Artikel Menarik: Sebelum Beli, Faham Dulu Kelebihan Dan Kekurangan “Sofa Bed”
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara “Defrost” Daging Tak Sampai 30 Minit

Masa kecil-kecil kalau ada siaran TV mengenai program jual barang dalam talian, admin suka tengok. Tengok je, bukan beli tau. Sehinggalah kini ia menjadi tren. Al Maklumlah, ada kalanya barang-barang yang dijual dalam talian sangat menarik dan lebih murah dari pasaran.
Tapi dalam banyak-banyak barang yang dipaparkan masa admin kecil dulu adalah sekeping besi aluminium. Apa hebatnya barang ni? Kegunaan yang paling menarik hati admin adalah ia mampu menyah beku ikan, daging atau ayam dengan cepat. Masa tu rasa macam best sangat kalau ada alat tu. Sebab ia boleh mempercepatkan kerja mak admin. Tak perlu lah lagi merendam ayam atau ikan.Tapi apakan daya, Kecil lagi. Ha, nampak tak bertapa prihatin nya admin masa kecil-kecil terhadap mak. Hehehe..
Maka lahirlah satu ilham untuk letakkan sahaja barang beku tadi atas bekas aluminium. Memang lah tak secepat alat yang dijual dalam TV tu. Tapi paling tidak ia masih mengekalkan khasiat ikan atau ayam berbanding direndam dengan air.
Tiba-tiba, admin terjumpa perkongsian dari En Syamsul Amir Abdul Manaf yang dikongsikan di dalam page Petua Ibu. Dia pun guna kaedah yang sama untuk nyah bekukan daging, ayam atau ikan yang baru keluar dari peti ais.
Berikut adalah cara yang digunakan untuk nyahbeku barang dari peti ais yang dilakukan oleh En Syamsul:
Caranya adalah dengan mengapit daging yang baru keluar dari peti sejuk dengan periuk besi dan tudung periuk besi dan biarkan selama 30 minit.. Anda akan dapat lihat kesannya
Apa logiknya guna periuk besi? Periuk besi berfungsi sebagai konduktor haba. Di sekeliling periuk besi tu ada udara. Haba suhu bilik akan dipindahkan dari udara kepada daging yang sejuk tu secara berterusan melalui proses “convection current” melalui periuk besi
Jadi, untuk memastikan ayam atau ikan tadi cepat dinyah beku kan, sebaiknya pastikan setiap permukaan ayam atau ikan tadi bersentuhan dengan permukaan periuk.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Untuk Jadikan Tangga Sebagai Sebahagian Dekorasi Kediaman

Tangga bukan sekadar naik dan turun. Tangga di kediaman terutama rumah agam bagaikan sebuah perkara megah yang direka khas bagi menyempurnakan seni bina sebuah kediaman. Namun sayangnya tidak banyak tentang tangga yang boleh kita manipulasi agar tampil indah dan lebih melambangkan keperibadian kita. Cuma apa terdapat beberapa idea ringkas dan ranggi yang boleh kita abadikan di tangga kediaman. Biar pun nampak simple tetapi impaknya pada ruang cukup menarik dan gah.
GALERI KECIL YANG DIWUJUDKAN BAGI MEMBERI HIASAN DINDING NAMPAK HEBAT. TERUTAMA DI SEPANJANG LARIAN TANGGA.
MAINAN WARNA. GAYA RINGKAS MENARIK PERHATIAN KANAK-KANAK. ITU BELUM LAGI GRAFIK DAN SUAI PADAN DENGAN HIASAN YANG BERSESUAIAN. MENAIKI TANGGA MENJADI SESUATU AKTIVITI YANG MENGGEMBIRAKAN.
RUANG TENGAH DIHIAS DENGAN MEJA KONSOL. JANGAN DIBIARKAN KOSONG DAN LETAKKAN AKSESORI RINGKAS ATAU PASU BERSAIZ DEMPAK ATAU PUN JAMBANGAN BUNGA BESAR ALA HOTEL.
CURI RUANG BAGAI MEMPELBAGAIKAN FUNGSI DAN MEMAKSIMAKAN FUNGSI KEDIAMAN
SIMPLE TAPI KREATIF
KREATIFNYA TUAN RUMAH MEMPELBAGAIKAN CORAK PADA ANAK TANGGA YANG MENJADIKAN HIASAN TANGGA KEDIAMAN ANDA BAGAIKAN KEDIAMAN AGAM RUMAH LATIN.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI