6 Sebab Mengapa Anda Perlu Memilih Kabinet Dapur Aluminium. Kabinet dapur antara item yang mampu melengkapkan ruangan dapur anda.
Kabinet dapur dipilih berasaskan material, reka bentuk, fungsi dan kos. Setiap jenis material kabinet mempunyai kebaikan dan kekurangannya sendiri. Jadi bagi anda yang ingin memilih kabinet jenis aluminium, ini merupakan kelebihannya.
- Kabinet dapur aluminium sememangnya mempunyai ketahanan yang agak lama berbanding kabinet dapur material lain seperti kayu, dan MDF.
- Tahan air serta tahan lama. Aluminium tidak seperti material kayu yang boleh mengalami kerosakkan atau menjadi ‘kembang’ jika tidak dijaga dengan baik.
- Sekiranya anda memilih kabinet aluminum anda boleh mengelak daripada masalah anai-anai. Masalah anai-anai sering berlaku pada kabinet jenis kayu, dimana struktur luar kabinet kelihatan masih elok namun dibahagian dalam lompong dimakan dek anai-anai. Jadi berhati-hatilah!
- Tidak akan berkarat kerana kabinet dapur aluminium bukan kategori material besi yang mudah berkarat.
- Material jenis aluminium ini selamat digunakan buat anda sekeluarga, kediaman dan alam sekitar.
- Jangan anda sangka aluminium hanya mempunyai satu jenis warna. Sebenarnya aluminium mempunyai lebih 100 pilihan warna yang menarik.
Pemilihan kabinet dapur amatlah penting untuk dapur yang selesa dan kemas. Material yang dipilih haruslah berkualiti agar tahan lebih lama dan selamat. Jangan main buat sahaja kabinet dapur tetapi tidak tahu fungsi dan sebagainya.
Harga kabinet dapur aluminium
Secara umumnya, kabinet aluminium mempunyai harga bermula dari RM400 per kaki, tetapi boleh menjangkau sehingga RM600 per kaki. Ini adalah lebih tinggi berbanding bahan melamine / kayu mampat yang bermula dari RM290 per kaki.
Harga per kaki juga boleh meningkat bergantung kepada faktor-faktor lain seperti ketebalan panel aluminium yang digunakan, sama ada bingkai yang diperbuat daripada kepingan aluminium yang lebih kukuh, atau panel yang lebih ringkas, serta bergantung kepada tekstur corak kayu atau pilihan warna.