Apabila bertandang ke pusat jualan dekorasi dalaman, kita sering berpendapat kalau beli katil, kena beli sekali semua aksesori yang ditawarkan, barulah nampak lengkap . Tetapi tahukah anda bahawa anda tidak perlu membeli kesemua aksesori atau pun kelengkapan dalam satu set. Hanya mix & match jika kena gaya dan konsep, kediaman anda tetapi nampak menarik..
Ikuti senarai sterotaip tidak benar yang dikongsikan oleh IMPIANA untuk rujukan anda:
Kena padankan sofa dengan armchairs
Ramai orang beranggapan bahawa kalau beli sofa, kena beli sekali satu set, termasuk armchairs dan juga bantal. Rasanya ada beberapa item yang perlu kita nyahkan dari senarai pembelian yang dicadangkan oleh penjual. Jimat, sudah tentu.
2. Tidak semua perlu warna putih
Tahukah anda kalau semua dinding di rumah anda berwarna putih, anda harus memadankan ia dengan perabot putih juga walaupun anda adalah peminat tema English, ianya adalah mahligai yang bebas untuk anda hiasi mengikut kreativiti anda. Jika anda mahu rasa tenang dengan warna putih, mungkin anda boleh padankan dengan warna pastel yang lain tetapi masih tidak mendominasi ruang.
Ads
3. Meja dan kerusi makan harus sepadan
Satu lagi sterotaip yang tidak betul. Tahukah anda meja makan anda akan masih nampak menarik jika terdapat percampuran design kerusi yang berlainan gaya walaupun konsepnya sama. Lari dari kebiasaan tidak ada salahnya.
4. Kena penuhkan setiap ruang
Ads
Sofa saiz besar sudah tidak relevan lagi pada hari ini dan sudah obsolete. Orang kita sekarang ini lebih cenderung to keep it simple dengan memilih perabot yang lebih kecil. Ingat sifir ini ‘lagi kecil ruang, lagi kecil sofa, armchairs dan meja yang anda akan beli.
5. Bilik tidur kanak-kanak kena cat warna terang
Sebenarnya, bilik si kecil lebih tenang tanpa tepekan warna terang. Imaginasi mereka lagi berkembang jika anda warnakan dengan warna lembut dan hiasinya dengan permainan, poster bersama mesej positif dan beberapa lukisan.
Ads
6. Semua tingkap perlu langsir
Jika dinding, ada dinding utama serta dinding penyokong, begitu juga dengan tingkap di kediaman anda. Tidak semua tingkap perlu anda hiaskan dengan langsir. Jika dilihat semula, langsir juga merupakan penyebab bilik kita nampak sempit. Anda boleh cuba dengan turunkan langsir di tingkap biasa dan boleh digantikan dengan bidai, percayalah anda akan rasa kelainan selepas mengalihkannya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mengecat rumah sebenarnya mudah jika anda ketahui langkah yang betul. Malah jika anda ikuti cara yang tepat pasti hasilnya akan cantik dan memuaskan. Jom ikuti langkah mengecat yang betul ni. Sebab ramai yang tidak tahu untuk memulakan proses mengecat dengan betul.
1. SILING
Mulakan dari siling kerana ia dikuatiri akan menitis ke lantai. Jadi biarlah bahagian paling tinggi dicat dan disapukan cat dari kelebaran siling yang paling pendek. jadi tidaklah anda lekas penat dan kerja mengecat juga dirasakan lebih pantas.
2. DINDING
Bermula daripada sempadan siling dan dinding. Gunakan berus jika perlu untuk mengelakkan cat terpalit pada siling anda. Kemudian barulah penggelek dihalakan kebawah. Bahagikan kawasan mana yang perlu anda cat dahulu. Jika bekerja di dalam kumpulan, bahagikan bahagian dinding agar kerja mengecat lebih sistematik dan lekas siap.
3. JENDELA DAN PINTU
Berhati-hati apabila mengecat di bahagian kecil. Engsel dan tombol serta selak juga eloklah ditutup agar tidak terkena cat. Bagi bingkai, cat pada bahagian dalaman dahulu kerana pada bahagian luar mungkin anda ada pilihan warna lain yang sesuai dengan dinding luar.
4. LANTAI
Jika anda mahu mengecat lantai, rancang dahulu di mana patut anda bermula. Seelok-eloknya pilihlah kawasan yang paling jauh dengan pintu keluar dan kemudiannya sedikit demi sedikit terus ke pintu keluar. Awas jangan sampai anda terperangkap.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Penyewa ‘mekap’ rumah sewa bagi nampak elok, barulah tak sakit mata memandang. Rumah sewa pun kita boleh hias macam rumah sendiri seba yang nak tinggal dalan rumah itu pun kita juga.
Jadi tidak timbul soal rugi bila kita keluarkan sedikit belanja untuk menghias rumah sewa. Mana-mana perkakas yang rosak, kita ganti dan boleh minta tolak sewa dengan tuan rumah. Pokoknya, bila tinggal di rumah sewa, kita jaga macam jaga rumah sendiri.
Berikut perkongsian Dja Mc Nuff bagaimana wanita ini menjadikan rumah sewanya seperti ‘syurga’ miliknya sendiri. Semoga bermanfaat.
Ini cerita masa mula-masa masuk rumah sewa, tuan rumah duduk jauh di KT jadi kami masuk rumah tu dalam keadaan sangat tidak terurus.
Demi keselesaan, kami tawarkan diri untuk baik pulih mana yang rosak, terutama pintu tandas dan sinki.
So total semua kita akan tolak dari duit sewa but still kena dahulukan duit sendiri kan, jadi apa yang kami buat?
Buka FB dan cari barang-barang terpakai tapi masih elok *Sinki Ikea RM150 (NP RM500) *Kabinet besi RM50
Barang-barang eletronik jangan sesekali yang terpakai, sebab kalau barang itu sudah lebih 5 tahun pakai, ia akan ‘makan’ eletrik yang banyak.
Ada je yang baru setahun guna orang tu nak jual tapi susah nak cari….jadi sebagai langkah berhati-hati, kami beli je.
Sekarang ini trend kabinet lawa-lawa kan, but we prefer vibes studio ghibli sebab nampak more alive selain lebih jimat sebab itu kami biarkan lantai begitu.
Tapi ada perkara yang tak boleh nak jimat seperti buat pintu baru untuk tandas RM850 sebab ada kena baiki casement pintu (buat concrete terus).
Mesti ramai yang geram dengan cat hijau tu kan? Yes saya pun geram, penyewa sebelum ini guna cat minyak jadi kena guna cat minyak juga untuk tutup warna hijau. Hanya perlukan 2 liter sahaja untuk 3 layer. Harga dalam RM33 satu (lily white), beli di kedai cat berdekatan lebih murah dari beli online.
Dapur merupakan salah satu kawasan yang wajib ada dalam setiap kediaman tidak kiralah apa jenis dan saiz rumah anda. Tidak seperti ruangan lain yang dibina untuk tujuan bersantai dan berehat, dapur merupakan salah satu bahagian rumah yang paling sibuk dengan kerja-kerja penyediaan dan memasak menjadikannya ruang yang paling terdedah dengan risiko kemalangan buruk. Ketika sibuk dan tergesa-gesa menyiapkan juadah, ramai di antara kita yang lupa untuk mematuhi amalan keselamatan dapur yang telah ditetapkan. Hal ini tidak seharusnya berlaku kerana satu kesilapan kecil boleh membawa kepada bencana yang tidak diduga. Sebagai contoh, seorang wanita mengalami 80% kebakaran apabila kebocoran gas menyebabkan letupan di dapur beliau di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Tragedi begini boleh dielakkan dengan mengikut beberapa tip keselamatan dapur yang anda dan keluarga boleh lakukan.
Peralatan Elektrik
Alatan yang menggunakan tenaga elektrik boleh membahayakan jika tidak digunakan dengan betul. Ikut tips yang telah IMPIANA senaraikan untuk mengelakkan kemalangan apabila menggunakan alat-alat ini:
Pastikan setiap wayar alatan elektrik dilindungi dengan bahan penebat. Jika anda dapati ada wayar yang rosak, gantikannya dengan segera.
Jangan letakkan alat elektrik berhampiran dengan sinki atau kawasan lembab. Walaupun sesetangah alatan ini kalis air, tidak perlu ambil risiko kerana percikan air pada alat yang dihidupkan boleh mendatangkan padah.
Jangan sentuh suis dan alat elektrik dengan tangan yang basah. Letakkan tuala atau napkin berhampiran dengan suis agar mudah untuk anda keringkan tangan sebelum menggunakan atau menghidupkan suis alatan elektrik
Dapatkan pakar untuk menyelenggara peralatan yang lebih kompleks, seperti ketuhar gelombang mikro anda. Dengan berbuat demikian, alatan akan tahan lebih lama selain memastikan ia selamat untuk diguna.
Pisau dan Alatan Tajam
Adalah amat penting bagi pemilik untuk memberikan penjagaan yang rapi dan baik selain mengetahui cara betul pengunaan semua alatan didapur. Semua objek tajam seperti pisau, gunting dapur, pembuka tin dan lain-lain harus disimpan di tempat jauh dari capaian kanak-kanak. Apabila memotong daging atau sayur-sayuran, pastikan anda menggunakan papan pemotong yang kukuh. Bagi mengelakkannya dari bergerak-gerak, lapikkan kain dibawah papan pemotong tersebut. Semua peralatan perlu diletakkan dalam jangkauan anda. Elakkan menyimpan perkakas dapur di dalam almari yang tinggi kerana ia membahayakan dan boleh jatuh pada bila-bila masa.
Span dan Kain Buruk
Semua orang mempunyai span dapur untuk mencuci pinggan mangkuk. Tetapi adakah anda tahu bahawa span dapur yang lembab atau basah merupakan ‘magnet’ pertumbuhan bakteria? Anda juga mungkin mempunyai kain untuk mengelap tangan selepas membilas sayur-sayuran. Kain ini biasanya hanya akan dibilas dan dibiarkan kering. Malangnya, kaedah ini tidak digalakkan kerana bakteria berbahaya boleh membiak dengan cepat. Salah satu kaedah untuk membasmi kuman di span anda adalah dengan merendamnya dalam semangkuk air panas mendidih. Satu lagi cara yang boleh anda lakukan ialah dengan merendam span atau kain dalam larutan peluntur. Kemudian, keringkan span secepat yang mungkin bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria baru.
Papan Pemotong
Sesetengah orang lebih suka menggunakan gunting dapur apabila memotong sayur-sayuran atau menyiang ayam. Walau bagaimanapun, ada juga yang lebih selesa menggunakan papan pemotong dan pisau dapur. Pastikan anda mempunyai papan pemotong yang berasingan untuk daging mentah dan sayur-sayuran. Ini adalah penting dari segi kebersihan. Untuk membasmi kuman dari papan pemotong, gunakan cuka atau cecair peluntur.
Tong Gas
Sebahagian besar dari kita lebih suka untuk memasak dengan periuk gas kerana api lebih kuat dan lebih mudah dikawal. Tetapi jika tidak mengikuti prosedur keselamatan yang betul, risiko kebakaran gas adalah tinggi. Antara tips keselamatan untuk gas memasak adalah ;
Pastikan tiada bau gas yang kuat sebelum menghidupkan dapur gas.
Cara betul untuk menghidupkan dapur gas manual adalah dengan menyalakan dahulu api sebelum menghidupkan gas.
Matikan semua peralatan dapur gas dan injap sebelum meninggalkan rumah untuk tempoh masa yang panjang.
Jangan cuba lakukan ubahsuai DIY pada peralatan gas anda. Sebagai contoh, meletakkan batu bata pada regulator yang longgar atau menyelitkan lipatan kadbod pada pemutar gas bagi mengelakkannya tertutup sendiri. Perbuatan seperti itu adalah sangat bahaya!
Periksa kebocoran pada paip gas dengan air sabun. Jika anda dapati ada buih-buih yang muncul, bermakna terdapat kebocoran di tempat itu.
Jangan lupa praktikkan langkah praktikal dan mudah ini bagi menjamin keselamatan dapur disamping sama-sama mendidik ahli keluarga anda tentang kepentingan menjaga keselamatan di dapur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.