6 Stereotaip Kediaman Yang Perlu Anda Elakkan

Share

Apabila bertandang ke pusat jualan dekorasi dalaman, kita sering berpendapat kalau beli katil, kena beli sekali semua aksesori yang ditawarkan, barulah nampak lengkap . Tetapi tahukah anda bahawa anda tidak perlu membeli kesemua aksesori atau pun kelengkapan dalam satu set. Hanya mix & match jika kena gaya dan konsep, kediaman anda tetapi nampak menarik..

Ikuti senarai sterotaip tidak benar yang dikongsikan oleh IMPIANA untuk rujukan anda:

  1. Kena padankan sofa dengan armchairs

Ramai orang beranggapan bahawa kalau beli sofa, kena beli sekali satu set, termasuk armchairs

dan juga bantal. Rasanya ada beberapa item yang perlu kita nyahkan dari senarai pembelian yang dicadangkan oleh penjual. Jimat, sudah tentu.

2. Tidak semua perlu warna putih

Tahukah anda kalau semua dinding di rumah anda berwarna putih, anda harus memadankan ia dengan perabot putih juga walaupun anda adalah peminat tema English, ianya adalah mahligai yang bebas untuk anda hiasi mengikut kreativiti anda. Jika anda mahu rasa tenang dengan warna putih, mungkin anda boleh padankan dengan warna pastel yang lain tetapi masih tidak mendominasi ruang.

3. Meja dan kerusi makan harus sepadan

Satu lagi sterotaip yang tidak betul. Tahukah anda meja makan anda akan masih nampak menarik jika terdapat percampuran design kerusi yang berlainan gaya walaupun konsepnya sama. Lari dari kebiasaan tidak ada salahnya.

4. Kena penuhkan setiap ruang

Sofa saiz besar sudah tidak relevan lagi pada hari ini dan sudah obsolete. Orang kita sekarang ini lebih cenderung to keep it simple dengan memilih perabot yang lebih kecil. Ingat sifir ini ‘lagi kecil ruang, lagi kecil sofa, armchairs dan meja yang anda akan beli.

5. Bilik tidur kanak-kanak kena cat warna terang

Sebenarnya, bilik si kecil lebih tenang tanpa tepekan warna terang. Imaginasi mereka lagi berkembang jika anda warnakan dengan warna lembut dan hiasinya dengan permainan, poster bersama mesej positif dan beberapa lukisan.

6. Semua tingkap perlu langsir

Jika dinding, ada dinding utama serta dinding penyokong, begitu juga dengan tingkap di kediaman anda. Tidak semua tingkap perlu anda hiaskan dengan langsir. Jika dilihat semula, langsir juga merupakan penyebab bilik kita nampak sempit. Anda boleh cuba dengan turunkan langsir di tingkap biasa dan boleh digantikan dengan bidai, percayalah anda akan rasa kelainan selepas mengalihkannya.

 

 

Published by
Team Impiana