Biasanya, cara paling mudah dan cepat kita nak membasmi serangga adalah dengan menyembur sahaja semburan aerosol tanpa berfikir panjang. Tetapi suka atau tidak, kita tidak boleh abaikan hakikat yang bahan ini beracun.
Jadi untuk kurangkan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang, adalah lebih baik jika kita ambil pendekatan yang lebih selamat iaitu dengan menggunakan tumbuhan herba ini.
6 tanaman pilihan yang IMPIANA sarankan untuk anda :
1. Allium Tuberosum (Kucai)
Tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia dari tanaman kucai juga dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di taman anda.
2. Mentha spicata (pudina)
Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia spp. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, belalang dan cacing.
Ads
4. Amaranth spinosus (Bayam Duri)
Sesuai ditanam di halaman rumah untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Cosmos cosdatus atau Ulam Raja
Merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
Ads
6. Coriandrum sativum (Ketumbar)
Tumbuhan yang wajib ada di dapur. Ia bukan sahaja dapat menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
BUAT rak pasu bunga guna paip PVC? Bunyinya macam menarik, kan? Itulah yang dikongsikan oleh Abdul Hadi menerusi grup Kelab Kaki D.I.Y.
Bagi memenuhi keinginan isteri yang mahukan rak pasu untuk tanaman hiasannya, Encik Hadi telah bina sendiri rak dari paip PVC. Sangat kreatif dan jimat! Mari ikuti perkongsiannya.
Salam semua KKDIY. Kali ni nak share rak pasu diy dari paip pvc permintaan isteri tersayang.
Sambung2 paip pvc, alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadi lah rak pasu bunga ni. Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan.
Pemasangan fitting ni agak ketat. Memng tak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kan ke paip untuk lebih kukuh. Ada kayu yang disusun melintang, ada yang menegak untuk pastikan bahagian kiri, kanan, depan & belakang secure.
Cuma bab nak angkat kene pastikan hati-hati. Boleh tercabut kalau berat sebab tak gam
Next time nak adjust tinggi atau extend mana-mana bahagian, boleh cabut semula.
Dan boleh juga kalau pasangkan roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkan pada dinding belakang supaya tak mudah tumbang ke depan.
Fittting tu semua online kat shoppe saiz 3/4 inchi. Semoga bermanfaat.
p/s ; Anda juga boleh cuba spray rak pvc ini bagi mendapatkan efek lebik menarik dan kemas.
Selain perlu penjagaan seperti siraman dan pembajaan sebenarnya cara potong bunga kantan juga main peranan agar pokok berbunga lebat.
Menurut Nur Amirul Nur Azmi untuk memotong bunga kantan yang sudah matang ada caranya supaya tidak menjejaskan penghasilan bunga akan datang. Pastikan ia dipotong sampai ke pangkal.
Nak potong bunga kantan ada caranya, jangan potong separuh
Nak kongsi sikit tentang cara melebatkan bunga kantan, pastikan cara potong sewaktu ambil bunga kantan ikut kaedah yang betul. Kena potong sampai ke pangkal.
Jangan potong tengah-tengah. Ramai yang buat potongan sebegini hingga meninggalkan tunggul terlalu panjang. Ia boleh menyebabkan pengeluaran bunga semakin kurang.
Tip ekstra
Selain itu pokok kantan yang ada batang tua kuning atau batang yang condong mestilah di potong. Pemotongan hendaklah dari pangkalnya untuk menggalakkan pengudaraan ventilasi yang baik dan pokok kelihatan lebih cantik.
Tapi batang pokok kantan yang mempunyai bunga tidak digalakkan untuk dipotong kerana tumbesaran bunga akan turut terbantut dalam proses pembesarannya.
Daun dan batang pokok kantan yang dipotong dan telah kering boleh digunakan kembali untuk menutup dasar tanah untuk mengekalkan kelembapan tanah. Pokok kantan amat menyukainya.
IMPIANA : Penjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak.
Masyarakat kini lebih gemar memilih tumbuhan hanya berdasarkan rupa fizikalnya sahaja bukan disebabkan keperluan.
Pernahkah kita terfikir, mengapa dan kenapa tumbuhan herba dipilih menjadi sebahagian landskap kediaman ketika dahulu? Hakikat yang tidak di ketahui atau dilupakan adalah setiap tumbuhan itu mempunyai khasiat dan keperluannya di dalam hidup.
Mari kenali 5 tanaman herba yang kaya dengan khasiat ini.
1.Orthosiphon aristatus (misai kucing)
Herba renek ini berasal dari keluarga Lamiaceae yang boleh mencapai ketinggian 1.5 meter
Memerlukan tanah yang mengandungi bahan organik yang tinggi dan bersaliran baik untuk tumbesaran yang optimum
Lakukan cantasan berkala untuk mengawal tumbesaran pokok.
Mudah dibiakkan melalui keratan batang.
Khasiat:
Melawas kencing, merawat darah tinggi, melegakan kekejangan pinggang: Segenggam daun misai kucing direbus bersama dua gelas air sehingga tersisa separuh daripadanya. Saring dan diminum dingin setiap malam sebelum tidur.
Merawat keputihan wanita: Rebus daun misai kucing dan sedikit daun beluntas. Ketika rebusan mula menggelegak, tambahkan satu sudu teh jintan hitam dan 10 biji lada hitam. Saring dan diminum setiap hari sehingga masalah keputihan selesai
Mengurai masalah diabetes – Ambil 16 lembar daun misai kucing yang direbus bersama dua gelas sehingga tersisa separuh daripadanya. Saring dan diminum setiap hari.
2. Michelia alba (cempaka)
Tumbuhan renek ini mempunyai batang berkayu dan boleh mencapai ketinggian lebih daripada 1 meter.
Tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari terik namun tetap memerlukan cahaya matahari secara langsung untuk tumbesaran yang sihat dan penghasilan bunga yang banyak.
Memerlukan tanah yang mengandungi bahan organik tinggi dan lembap.
Khasiat:
Menghilangkan bau badan : Ambil semangkuk bunga cempaka dan semangkuk daun sirih kemudian direbus bersama 2 liter air. Jadikan air rebusan sebagai mandian.
Melegakan radang saluran pernafasan: 15 gram bunga cempaka di rebus bersama 500 ml air sehingga tersisa separuh darinya. Tapiskan dan diminum ketika masih hangat.
Membesarkan saluran prostat: 30 gram daun cempaka, 30 gram daun misai kucing dan 30 gram daun senduk direbus bersama 700 ml air sehingga tersisa separuh. Saringkan dan diminum ketika hangat sebelum tidur
3.Acalypha hispida burm. (ekor kucing)
Tumbuhan renek ini boleh mencapai ketinggian 3 meter.
Memerlukan cahaya matahari yang terus namun tidak terlalu panas.
Pastikan tanahnya sentiasa dalam keadaan lembap namun tidak bertakung untuk pokok yang sihat.
Mudah dibiakkan melalui biji benih atau melalui keratan batang.
Sesuai ditanam di dalam pasu.
Khasiat:
Vitiligo: Ambil segenggam daun ekor kucing bersama ½ ibu jari kencur. Tumbuk sehingga halus dan di tampal pada bahagian yang dijangkiti vitiligo.
Luka berdarah: Sediakan segenggam bunga misai kucing yang telah dicuci bersih. Tumbuk sampai halus dan letakkan pada luka yang berdarah dan dibalut dengan kain bersih.
Mengubati radang usus: Ambil 25 gram bunga ekor kucing untuk direbus sehingga mendidih. Saringkan dan diminum ketika hangat.
4.Mussaenda erythrophylla (janda kaya)
Memerlukan cahaya matahari terus sekurang-kurangnya 6 jam sehari untuk penghasilan bunga yang optimum.
Tidak memerlukan siraman yang banyak cukup sekadar medium tanaman dalam keadaan sedikit lembap.
Pastikan tanahnya sentiasa di gembur untuk pengudaraan akar yang sihat.
Kerap lakukan pangkasan untuk menggalakkan kudup bunga baru tumbuh.
Khasiat:
Mengurangkan panas badan dan demam: Rebus 10 gram batang pokok janda kaya, 12 gram batang janda kaya yang telah dikeringkan bersama 5 gram terung ungu dan 5 gram daun pudina sehingga mendidih. Disaring dan diminum ketika suam.
Radang ginjal (niphitis): Rebus 30 gram batang dan akar pokok janda kaya bersama 25 gram dukung anak (Phyllanthus urinaria), 30 gram hempedu bumi (Andrographis paniculata) dan 60 gram akar lalang (Imperata cylindrica) ke dalam 600 ml air sehingga mendidih. Saringkan dan diminum hangat air rebusan tersebut setiap malam sebelum tidur.
Radang pernafasan (bronkhitis): Sediakan 15 gram batang janda kaya, 75 gram lidah buaya (Aloe vera), 5 gram kulit limau mandarin (Citrus nobilis) 10 gram kencur (Kaempferia gelanga) kemudian direbus bersama 500 ml air hingga tersisa separuh daripadanya. Kemudian disaring dan diminum airnya.
Pendarahan pada kandungan (uterine bleeding): Anda memerlukan 15 gram batang pokok janda kaya, 1 biji buah mentega (Diospyros kaki) yang kemudiannya direbus ke dalam tiga cawan air sehingga mendidih. Saring dan diminum ketika masih hangat.
Mencegah dan mengatasi kanser payudara: 15-30 gram batang janda kaya yang telah dikeringkan dan 30 gram tapak dara (Chataranthus roseus) direbus ke dalam 600 ml air sehingga tersisa 300 ml. Lalu disaring dan dijadikan air rebusan tersebut sebagai minuman.
Radang mata (konjunktivitis): Rebus 30-60 gram akar janda kaya yang telah dikeringkan dan beberapa kuntum bunga kekwa kering sehingga mendidih dan dijadikan sebagai minuman secara rutin sehingga sembuh.
5.Gloriosa superba (kembang songsang)
Merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang boleh mencapai ketinggian 2.5 meter
Memerlukan kawasan yang menerima cahaya matahari terus dan sesuai juga pada ruang yang mempunyai sedikit teduhan.
Memerlukan pengamatan cahaya sekurang-kurangnya 6 jam sehari untuk tumbesaran yang sihat.
Amat memerlukan medium tanaman yang mempunyai kandungan organik yang tinggi dan bersaliran baik.
Sediakan struktur khas untuk memberi kemudahan kepada kembang songsang memanjat dan mudah diurus.
Khasiat:
Ekzema, kurap dan kegatalan: Ambil umbisi pokok kembang songsang kemudian dicuci bersih. Parutkan umbisi tersebut dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah.
Melegakan ketegangan sendi: 3 gram umbisi kembang songsang, 10 gram halia merah (Singiber officinale rosc. ) dan 10 gram temulawak (Curcuma xanthorrhiza) dicuci dan direbus bersama 1 liter air sehingga tersisa 250 ml. Saring setelah air rebusan dingin lalu airnya diminum.
Radang sendi : Sediakan 3 gram umbisi kembang songsang segar, 30 gram akar hempedu bumi (Andrographis paniculata) dan 30 gram daun dewa (Gynura segetum). Rebuskan herba-herba tersebut bersama 1 liter air sehingga ia tersisa menjadi 250 ml air. Apabila air rebusan tersebut mula dingin, saringkan dan diminum secara rutin sehingga pulih.
Baguskan tanaman-tanaman herba ini, sesuai sangat ditanam di laman kediaman masing-masing.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.