Pandan adalah antara tanaman wajib bagi masyarakat Melayu. Kegunaan pandan bukan sekadar sebagai ramuan di dalam makanan malah untuk remedi semula jadi terhadap kesihatan diri. Namun, jika pandan ini terlalu merimbun ia akan mengundang masalah dan bahaya. Bagi mengatasi masalah tersebut, ikuti tip-tip penanaman pandan yang telah disediakan.
1. Selalu cantas rimbunan pandan. Jika anda tanam pandan hanya untuk kegunaan sendiri, setakat 3-5 rumpun pandan sudah memadai. Selebihnya buang atau diberikan pada jiran.
2. Bersihkan bahagian bawah batang. Elakkan dari daun pandan yang telah kering mereput di batang mahupun lantai yang menjadi tempat habitat pandan. Ini kerana, keadaan yang selesa tersebut mengundang binatang lain untuk bertapa seperti tikus, ular, musang dan sebagainya.
3. Ambil daun pandan dari bahagian tengah. Bukan pucuknya yang muda. Kerana daun pandan yang sederhana matang baunya lebih enak. Kalau yang sudah tua ia tidak mengeluarkan bau harum.
4. Jika anak pandan mula bercambah dari rumpun yang sama, potong sahaja rumpun yang lama. Baru nampak kemas
5. Tidak perlu dibaja tapi perlu air untuk memastikan daun yang terhasil lebar dan subur.
6. Jangan tanam berhampiran dengan saliran air atau paip rumah. Ini kerana akar pandan aktif. Ia boleh merosakkan struktur konkrit mahupun paip.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI