Dalam memilih tema dekorasi, agak sukar untuk kita tentukan jenis warna yang akan kita gunakan sebagai warna utama agar ianya nampak sepadan dengan perabot yang kita pilih. Terdapat beberapa faktor yang wajar diberikan pandangan yang serius seperti kombinasi warna asas serta utama dan jenis ruangan yang akan dicat.
Anda pasti tidak mahu kelihatan sama warna dengan rumah orang lain, pastinya sebagai pemilik kediaman kita ingin muncul dengan idea tersendiri untuk mewarnai mahligai indah kita.
Oleh itu, IMPIANA menggariskan beberapa panduan pemilihan warna yang boleh anda terapkan di kediaman anda nanti.
Try and error di ruangan yang kecil
Saat ini anda masih lagi was-was dengan pilihan warna yang ada, jadi cuba dahulu di ruangan dinding yang kecil saiznya agar anda nampak kesannya setelah cat ditepek ke atas dinding. Ataupun anda boleh memilih dinding yang mudah untuk dilihat dan suai padankan perabot anda dengan dinging percubaan tersebut. Tetapi jika ianya nampak tidak sesuai, anda boleh tutupi kesilapan tersebut dengan hiasan wallpaper yang sesuai mengikut citarasa anda sendiri.
2. Pilih warna yang sesuai dengan mood anda
Tahukah anda jika anda tersalah memilih warna untuk bilik tidur, anda akan rasa susah untuk tidur seperti diganggu dan ia mempengaruhi kadar rehat anda dan kesan buruknya amat nyata di pagi hari selepas anda bangun dari tidur yang tidak lena. Oleh itu, pemilihan warna neutral seperti biru air laut serta hijau muda amat sesuai.
Ads
3. Periksa dahulu adakah warna cat anda sesuai dengan pencahayaan di kediaman
Sebelum anda membeli cat, anda pasti akan ditunjukkan oleh wakil penjual tentang pilihan kotak warna untuk rujukan anda. Di sini ketelitian anda amat diperlukan dalam menentukan warna apa yang sesuai dengan lampu yang digunakan di rumah kerana di Malaysia terdapat dua jenis lampu yang amat popular digunakan iaitu lampu pijar, warnanya agak kekuningan manakala lampu kalimantang pula menghasilkan warna putih serta sedikit biru.
4. Fahami susunan keluarga warna dari cerah hingga ke warna gelap serta ketahui jumlah kecerahannya.
Ads
Berikut adalah di antara dua sebutan yang popular dalam penentuan kadaran warna iaitu Hue dan Saturation. Merah dan biru adalah warna hue. Nilainya bergantung kepada tahap keterangan atau kegelapan sesuatu warna tersebut.
Saturation pula adalah tentang tahap kepekatan sesuatu warna tersebut. Ianya amat penting kerana cara ini dapat menentukan kombinasi warna yang akan anda gunakan samada kuning terang bercampur biru muda atau sebagainya.
5. Uji warna pilihan secara terus ke dinding utama pada skala kecil
Ads
Anda boleh cuba padankan segala pilihan warna terus ke atas dinding. Tetapi anda perlu bersedia dengan cat warna asal dinding, kerana anda perlu menutupnya kembali jika segala warna yang anda cuba tidak menetapi citarasa anda. Ini kerana di peringkat permulaan tadi, anda hanya bayangkan warna yang mengikut katalog yang disediakan, tetapi anda kini membawa pulang beberapa sampel yang bersesuaian.
6. Pemilihan warna mengikut skala lingkaran warna
Senjata utama para designer adalah skala lingkaran warna. Ianya membantu mereka dalam pemilihan kombinasi warna yang tetap. Contohnya, padanan warna merah terang dan hijau muda merupakan padanan ideal untuk tema gelap-terang. Skala ini membantu adunan warna tersebut tampak hebat apabila diaplikasikannya nanti.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Siapa sangka ‘Extension Plug’ juga boleh menyebabkan kebakaran di kediaman anda.
Menurut laporan Hong Kong’s Electrical and Mechanical Services Department (EMSD) April lalu lima jenis extension ini bahaya jika digunakan kerana wayar di dalamnya nipis menyebabkan ia cepat panas dan boleh jadi punca kebakaran.
Sebelum membina rumah idaman, sudah tentu anda akan membuat perancangan yang rapi dan teliti kerana sebuah kediaman merupakan pelaburan jangka panjang dan boleh mempengaruhi kehidupan seharian dimasa hadapan. Jadi sebelum memulakan proses pembinaan atau pembelian, pertimbangkan posisi dan orientasi setiap ruang agar anda tidak menyesal dikemudian hari.
KEDUDUKAN RUMAH
Sememangnya tiada dalil atau hadith yang menyatakan arah mana sesebuah rumah harus didirikan tetapi sebagai seorang muslim, kediaman kita haruslah dapat memenuhi setiap keperluan penghuninya yang beragama Islam. Ini termasuklah keperluan melakukan ibadat solat fardhu mahupun solat sunat jadi sebaiknya rumah diletakkan pada posisi yang mengadap kiblat. Hal ini bertujuan untuk memudahkan penghuni dan tetamu beribadah tanpa perlu berasa ragu-ragu atau tercari-cari arah kiblat yang betul.
Selain arah kiblat, sebuah rumah yang memenuhi ciri islamik ialah rumah yang mengadap cahaya matahari dan arah mata angin. Selain mendapat pencahayaan semulajadi dan melancarkan peredaran udara kedalam rumah, hal ini juga dapat membantu menjimatkan tenaga dengan penggunaan yang lebih efisyen.
KEDUDUKAN BILIK TIDUR
Kamar tidur merupakan ruang privasi buat individu dan juga merupakan salah satu tempat yang penting di dalam sesebuah kediaman. Bilik tidur juga mempunyai aturan yang digalakkan menurut Islam. Contohnya, katil mestilah diletakkan dalam posisi dimana kepala akan mengadap kiblat dan kaki pada arah bertentangan. Hindari dari meletakkan katil dimana kaki akan mengadap ke arah kiblat ketika tidur sebagai tanda menghormati. Selain itu, kita juga digalakkam tidung mengiring ke kanan, mengikut sunnah Rasullullah SAW.
KEDUDUKAN BILIK AIR
Bilik air dalam rumah seorang muslim juga mempunyai aturan yang telah ditetapkan sebagai panduan memandangkan ruang ini dianggap kotor kerana tempat terkumpulnya najis. Jadi, bilik air atau tandas tidak elok dibina mengadap kiblat, mahupun membelakangi arah tersebut. Walaupun begitu, ia tidaklah menjadi satu dosa jika tandas yang telah sedia ada memang mengadap kiblat. Cuma, lebih baik jika dapat dielak.
KEDUDUKAN DAPUR
Dalam Islam, dapur adalah sebuah ruang yang amat penting untuk diberi perhatian kerana melalui dapurlah seorang muslim dan keluarganya menyediakan makanan dan berkumpul bersama untuk menikmati hidangan tersebut. Sebuah dapur yang dibina dengan aturan yang sistematik dan efisyen adalah dapur yang amat digalakkan dalam agama Islam. Perletakan ruang dapur juga perlu di titik beratkan agar tidak diletakkan pada bahagian yang boleh mendedahkan aurat penghuninya. Seeloknya pisahkan dapur dengan ruang utama yang lain dan letakkannya pada bahagian belakang kediaman.
KEDUDUKAN RUANG SOLAT
Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakkan rumah muslim akan ada disediakan bilik atau ruang untuk melakukan ibadah yang khusus. Tidak kiralah saiznya besar atau kecil, ruang ini perlulah dibina mengadap kiblat, yakni pada posisis dimana ia memudahkan pemilik menunaikan solat sesuai dengan fungsi utama ruang ini. Sentiasa menitikberatkan kebersihan dan kesucian ruang ini kerana ia merupakan tempat untuk kita merasa lebih dekat dengan Tuhan.
KEDUDUKAN DALAM KEJIRANAN
Sesebuah rumah muslim dilarang menghalang atau menutupi sumber cahaya dan udara lancar yang diperlukan oleh jirannya. Kawasan perumahan yang baik seharusnya dibina dengan kedudukan teratur yang tidak akan menyulitkan pergerakan jiran disekitarnya. Kesimpulannya, rumah kita tidak sepatutnya mendatangkan sebarang mudarat atau keburukan buat mereka yang tinggal disekitarnya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jambangan bunga artificial yang ada di rumah harus dibersihkan untuk mrngrlsk lebih banyak habuk yang terperangkap. Jika tidak dilakukan segera, habuk yang melekat akan sukar dicuci dan akan menjadikan bunga artificial anda kusam. Bagaimanakah cara mencuci atau membersihkan buga artificial ni? Anda boleh gunakan 5 cara ini untuk pembersihan bunga artificial anda;
Garam dan brown bag/plastik beg
1) Tuangkan satu cawan garam ke dalam brown bag/plastik beg. Dan masukkan jambangan bunga ke dalam beg itu (pastikan kelopak bunga yang masuk dan bahagian batang keluar)
2) Pegang brown bag/plastik beg dan pastikan ia benar-benar kedap udara. (untuk lebih rapat, genggam erat pada batang bunga). Setelah itu goncangkan brown bag/plastik beg itu tadi
3) Anda mendapati gubahan bunga kembali bersih,segar dan berseri.
Semburan dari cuka
1) Sediakan botol semburan, 1 mangkuk kecil cuka putih dan 1 mangkuk kecil air
2) Isikan botol semburan dengan kedua –dua bahan di atas
3) Semburkan pada bunga artificial 4) Untuk keringkan, hamparkan tuala dan susun bunga yang telah disembur tadi di atas kain tuala tersebut.
Sabun pencuci pinggan
1) Sediakan sabun pencuci pinggan , air dan bekas
2) Campurkan air dan beberapa titik sabun pencuci pinggan ke dalam bekas
3) Ambilkan beberapa kuntum bunga artificial dan dicuci satu persatu.
4) Hamparkan tuala dan biarkan ia kering dengan sendirinya
Pelembut fabrik
1) Penuhkan bekas dengan air suam dan campurkan dengan 3 penutup pelembut fabrik
2) Pegang bahagian batang bunga artificial dan lakukan gerakan upside down 3) Hamparkan tuala dan biarkan bunga yang telah dibersihkan kering di atas kain tersebut
4) Tip ini berkesan mengembalikan warna bunga artificial tersebut.
Pengering rambut
1) Halakan pengering rambut kearah bunga artificial lebih kurang 15 sentimeter.
2) Anda akan mendapati sawang/debu-debu hilang dengan pantas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.