Kain langsir, bukan boleh sebarang beli. Corak, rekabentuk dan material yang digunakan bakal mempengaruhi gaya hias atau dekor untuk kediaman anda. Nak tahu, tip memilih langsir yang sesuai untuk kediaman [KLIK SINI].
Berbeza pula dengan pemilihan langsir untuk ruang dapur. Separuh orang lebih gemar gunakan langsir lama yang dah rosak kemudian dipotong pendek untuk dijadikan sebagai langsir dapur. Betul tak? sebenarnya, cara tersebut salah sama sekali terutamanya jika anda menggunakan langsir lama yang diperbuat daripada kain tebal.
Ruang dapur terdedah kepada kadar kelembapan dan pelbagai aroma terutama bagi anda yang rajin memasak. Sebab itu, kalau anda perasan, langsir didapur lebih mudah kelihatan kotor berbanding di ruang lain walaupun ia baru sahaja dicuci atau ditukar. Yang paling teruk, akan kelihatan bertahi lalat. Itu menunjukkan humidity di dapur anda tinggi.
Jadi, untuk memilih langsir yang bersesuaian untuk dapur anda, jadikan tip-tip ini sebagai panduan
1. Jangan guna langsir yang tebal
Ramai beranggapan guna langsir tebal untuk tujuan tahan lebih lama. Salah sama sekali. Langsir tebal lebih cepat dan banyak memerangkap kelembapan dan mudah berbau hapak atau busuk.
Ads
2. Pencahayaan semula jadi yang banyak
Ruang dapur memerlukan pencahayaan yang lebih. Selain penggunaan lampu yang banyak di malam hari, sebaiknya pastikan dapur anda menerima cahaya matahari terus disiang hari. Oleh itu, gunakan jenis kain langsir seperti day curtain atau langsir yang nipis
3. Pengudaraan yang baik
Selain itu juga, penggunaan kain langsir yang ringan atau nipis mampu memberi pengudaraan baik untuk dapur anda. Jadi, bau-bau masakan akan mudah keluar melalui tingkap.
4. Jenis material yang sesuai
Untuk dapur, anda digalakkan untuk memilih material kain langsir jenis lace, nylon atau kapas. Selain mudah dibuang habuk, Kotoran yang terperangkap pada langsir mudah dicuci.
Ads
5. Blind curtain Blind curtain adalah antara jenis langsir dapur yang tahan lama dan mudah untuk dijaga. Namun, pastikan anda memilih jenis material yang digunakan harus betul. Impiana menyarankan anda untuk menggunakan blind curtain jenis matel atau kayu kerana ia lebih mudah untuk dicucui dan mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
Ads
Selain itu juga, anda boleh guna roman blind yang diperbuat daripada wallpaper. Nak tahu cara DIY roman blind super mudah dan jimat dari wallpaper [KLIK SINI]
6. Cara pasang
Pastikan kondisi atau labuh langsir yang akan dipasang jauh daripada api. Jika tidak, ia boleh mendatangkan sebarang perkara yang tidak diingini seperti disambar api.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kita adakala terlepas pandang dek rambangnya mata memilih itu dan ini bagi sebuah ruang kediaman. Maklum sahaja semua yang disajikan di premis hiasan kediaman, cantik-cantik belaka dan adakala kita terbuai dek rekaan atau corak kemasan lembut yang menawan sehingga terlupa situasi sebenarnya di kediaman kita.Namun itu bukan satu masalah jika kita sendiri tahu apakah yang patut kita perolehi untuk dinding dan jendela. IMPIANA memilih enam tip ringkas untuk menghias jendela yang sesuai dengan dinding anda.1. Dinding RendahKediaman anda berdinding rendah atau berjendela tinggi? Jika anda mendiami kediaman bersiling rendah, jangan gusar untuk menutup keseluruhan dinding kecil anda dengan langsir agar ruang nampak lebih luas dan tinggi.Ilusi ini juga membantu anda menyerlahkan tata hias yang lebih kemas dan elegan sebagaimana acap kali anda lihat di hotel lima bintang.Jika siling kediaman anda rendah, cari corak jejalur dan susun lah secara vertikal (menegak) mahu pun horizontal (melintang). Garisan ini selalunya memberi ilusi pada mata dan menjadikan ruang tampil luas dari yang sebenar.2. Dinding tinggiAdakala kita terlupa jendela kediaman kita bukan sebagaimana kediaman lain yang jauh lebih rendah. Selalunya jendela yang tinggi menyebabkan kain langsir menjadi senteng. Jangan malu segan untuk menambah fabrik di bawah mahu pun ¾ dari kaki fabrik langsir . Tambahkan 6 inci hingga 9 inci lebar kain tambahan dan jahit lah dengan kemas sambungannya agar membentuk garisan mewah di atas teks kain tersebut.
Manakala bagi dinding, jika anda bermain dengan kertas dinding, tidak salah jika memilih corak flora fauna yang samar atau ilusi pokok menjalar tinggi bagi kanak-kanak agar dinding yang agak tinggi ini nampak lebih menarik dan disempurnakan dengan hiasan yang ideal. Gantungan ala vertikal juga digalakkan.
3. Dinding adalah jendela
Bagaikan akuarium, kediaman urban kini dilitupi dengan cermin jarang baru pada hampir keseluruhan dinding. Ini adalah kerana kebanyakan kediaman kini mempunyai gaya urban dan banyak menggunakan cermin jarang.
Anda boleh menutup dengan bidai roman yang juga kemas dan didatangkan dalam pelbagai corak dan boleh juga dipadankan dengan kemasan lembut. Kelebihan bidai Perancis ini adalah corak dan warnanya boleh ditukar-tukar oleh tuannya. Anda juga boleh menggunakan bidai horizontal bagi menyukat cahaya yang tidak diperlukan dengan lebih berkesan.
4. Padanan ideal
Pastikan anda melihat dinding kediaman sebelum bertindak memilih langsir yang serasi. Apakah jenis kemasannya dan apakah pula warnanya yang dipilih. Anda perlu peka dengan kesesuaian ruang juga. Misalnya ruang dipalitkan dengan rona tanah dengan konsep harmoni.
Pastikan anda tidak memilih rona yang bertentangan dengan skema warna yang mendominasi ruang agar pandangan fokus mata anda tidak bertelagah di dalam satu ruang. Sebaliknya pilihlah rangkaian warna tanah yang ideal buat ruang tersebut agar teradun sempurna.
Begitu juga jika ruang sudah sarat dengan hiasan dan corak dari kertas dinding. Tergamakkah kita mengenakan langsing bercorak sarat berwarna terang? Pilihan rona pastel yang lebih tenang dan melegakan pandangan di ruang tersebut. Awas, pastikan jendela anda mampu memberi limpahan cahaya matahari dengan sempurna. Jika ruang tamu anda terkepung dengan bangunan atau tidak menghala ke arah matahari, pilihlah langsir renda yang bukan sahaja menarik malah tidak menghalang cahaya semula jadi secara total .
5. Kesilapan lazim
Ramai di kalangan kita yang silap memilih rekaan langsir tanpa mengambil kira keserasian rekaan langsir dan konsep kediaman. Kita merasakan rekaan langsir tidak sama dengan konsep kediaman atau saiz kediaman kita. Namun antara yang lazim dilakukan adalah melangsiri pintu.
Misalnya –
i. Memilih langsir swag di kediaman bersiling rendah dan sempit
ii. Memilih langsir berwarna kontra dengan dinding
iii. Memilih aras langsir yang agak senteng
iv. Memilih langsir ropol ala kedesaan dan dipadankan dengan gaya moden.
v. Memilih kain bercorak sarat untuk langsir rekaan klasik berswag.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memastikan almari anda sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur adalah sesuatu yang agak mustahil. Mungkin, anda boleh, tapi jika melibatkan ahli keluarga yang lain terutamanya anak-anak yang masih kecil, matlamat untuk memastikan pakain di dalam almari sentiasa kemas dan tersusun agak sukar dicapai.
Seorang penulis dan pakar gaya hidup dari Jepun telah memperkenalkan satu sistem khas untuk memastikan almari anda sentiasa kemas dan teratur. KonMari Methods yang diasakan oleh Marie Kondo merangkumi cara mengemas keseluruhan kediaman agar sentiasa kemas dengan mudah. Namun, teknik lipatan yang diperkenalkan kini menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia. Nak tahu, cara pengurusan almari dengan menggunakan KonMari Mathods. Jom tengok video ini.
Untuk teknik melipat baju dan seluar, anda boleh tengok video ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kalau anda betul-betul nak beli perabot yang menjadi idaman hati, terdapat beberapa langkah yang boleh diperhatikan dahulu. Ia merupakan satu langkah mudah agar anda tidak sesal setelah perabot tersebut dibawa masuk ke dalam kediaman anda. Selalunya perabot yang dipamerkan di kedai sudah disusun cantik dan sepadan dengan aksesori yang lain.
Ia bukan sahaja menyerlah rekaan perabot tersebut malah nampak cukup menarik. Ditambah pula dengan pencahayaan yang menawan, ruang dilihat begitu elegan dan mampu membeli hati kita dengan sekelip mata. Namun usah lupa diri jika berkenan sesuatu. Kaji dan lihat beberapa aspek yang serasi dengan gaya hidup atau kediaman kita.
1. Bertepatan dengan konsep
Pastikan perabot yang anda beli menepati konsep asal kediaman. Jika tidak ingin kediaman anda jadi rojak, tetapkan konsep reka bentuk perabot yang dicari dari awal. Perincianya juga perlu diperhatikan kerana ia juga mampu memberi impak kepada keseluruhan dekorasi kediaman anda.
2. Saiz perabot
Adakah saiznya serasi dengan ruang yang telah ditetapkan? Maklumlah adakala kita mempunyai keinginan yang menggunung tinggi tetapi ruang yang amat terhad sekali. Bukan sekadar ruangnya sempit tetapi perabot sedia ada juga tidak mengizinkan kita menambah kuantiti perabot yang ada. Jangan risau perabot kecil juga ada keselesaannya.
3. Lukis Plan
Jika tidak mampu berimaginasi, lukis pelan lantai kediaman anda dan perabot sedia ada. Atau ambil sahaja sekeping foto dan anda boleh rujuk pada gambar tersebut apakah jenis, rekaan, saiz perabot yang bersesuaian di ruang tersebut.
4. Padanan warna
Koordinasi warna! Jangan mudah lupa apakah kelompok warna perabot anda atau konsep keseluruhan kediaman. Adakah anda jenis yang suka menukar warna dinding saban tahun atau seorang yang lebih senang bermain dengan warna selamat? Inilah antara penyebab utama perabot yang dibawa balik gagal menyerlah bahkan menjadikan suasana kediaman bertambah serabut.
5. Kenal pasti materialnya
Jika anda seorang yang cermat dan tinggal pula di kawasan tidak berhabuk, anda boleh memilih apa sahaja material yang hebat. Tetapi jika anda menetap di kawasan yang berhabuk atau mempunyai anak yang sedang aktif membesar, material mudah dibersihkan seperti kulit atau pvc lebih sesuai. Anda sudah pasti tidak mempunyai masa untuk menyedut segala habuk dan kekotoran bukan?
6. Struktur perabot Jangan lihat pada cantiknya rekaan sesuatu perabot sahaja. Ada perabot yang dibuat untuk kadar ekonomi. Cantik, tapi menggunakan stuktur atau kerangka yang diperbuat daripada papan lapis atau hampas kayu yang dimampat sahaja. Sedangkan struktur yang dibina tidak tahan keapda tenan atau beban tinggi. Jadi, tak kira sma ada anda beli perabot ekoni atau mewah, ia bukan jaminan keapda keupayaan struktur perabot tersebut. Jadi pastikan anda memilih perabot yang benar-benar tahan.
Benar adakala harganya agak mahal kerana bertepatan dengabn material yang diganakan. Jadi terserah pada anda memilih ketahanan atau mahu yang murah dan asal ada sahaja di rumah. Jangan pula anda main beli ikutkan hati. Kelak menyesal mengigit jari. Ini juga antara faktor kegagalan tata hias kita kerana tidak sebagaimana yang dirancang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.