6 Tip WAJIB Tahu Untuk Pilih Langsir Yang Sesuai Untuk Dapur

Share

Kain langsir, bukan boleh sebarang beli. Corak, rekabentuk dan material yang digunakan bakal mempengaruhi gaya hias atau dekor untuk kediaman anda. Nak tahu, tip memilih langsir yang sesuai untuk kediaman [KLIK SINI].

Berbeza pula dengan pemilihan langsir untuk ruang dapur. Separuh orang lebih gemar gunakan langsir lama yang dah rosak kemudian dipotong pendek untuk dijadikan sebagai langsir dapur. Betul tak? sebenarnya, cara tersebut salah sama sekali terutamanya jika anda menggunakan langsir lama yang diperbuat daripada kain tebal.

Ruang dapur terdedah kepada kadar kelembapan dan pelbagai aroma terutama bagi anda yang rajin memasak. Sebab itu, kalau anda perasan, langsir didapur lebih mudah kelihatan kotor berbanding di ruang lain walaupun ia baru sahaja dicuci atau ditukar. Yang paling teruk, akan kelihatan bertahi lalat. Itu menunjukkan humidity

di dapur anda tinggi.

Jadi, untuk memilih langsir yang bersesuaian untuk dapur anda, jadikan tip-tip ini sebagai panduan

1. Jangan guna langsir yang tebal
Ramai beranggapan guna langsir tebal untuk tujuan tahan lebih lama. Salah sama sekali. Langsir tebal lebih cepat dan banyak memerangkap kelembapan dan mudah berbau hapak atau busuk.

2. Pencahayaan semula jadi yang banyak
Ruang dapur memerlukan pencahayaan yang lebih. Selain penggunaan lampu yang banyak di malam hari, sebaiknya pastikan dapur anda menerima cahaya matahari terus disiang hari. Oleh itu, gunakan jenis kain langsir seperti day curtain

atau langsir yang nipis

3. Pengudaraan yang baik
Selain itu juga, penggunaan kain langsir yang ringan atau nipis mampu memberi pengudaraan baik untuk dapur anda. Jadi, bau-bau masakan akan mudah keluar melalui tingkap.

4. Jenis material yang sesuai
Untuk dapur, anda digalakkan untuk memilih material kain langsir jenis lace, nylon atau kapas. Selain mudah dibuang habuk, Kotoran yang terperangkap pada langsir mudah dicuci.

5. Blind curtain
Blind curtain adalah antara jenis langsir dapur yang tahan lama dan mudah untuk dijaga. Namun, pastikan anda memilih jenis material yang digunakan harus betul. Impiana menyarankan anda untuk menggunakan blind curtain

jenis matel atau kayu kerana ia lebih mudah untuk dicucui dan mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

Selain itu juga, anda boleh guna roman blind yang diperbuat daripada wallpaper. Nak tahu cara DIY roman blind super mudah dan jimat dari wallpaper [KLIK SINI]

6. Cara pasang
Pastikan kondisi atau labuh langsir yang akan dipasang jauh daripada api. Jika tidak, ia boleh mendatangkan sebarang perkara yang tidak diingini seperti disambar api.

 

Published by
Impiana