6 tips cat rumah anda supaya cat tahan lebih lama ini sesuai digunakan untuk anda yang ingin hias dalaman rumah saiz kecil mahupun sederhana. Bagi anda yang inginkan kelainan pada rumah anda, selain daripada menukar perabot baru, cara paling murah dan menyeronokkan adalah mengecat rumah. Namun begitu, anda pasti menghadapi masalah jika cat tersebut tidak tahan lama dan mula merekah seawal tiga bulan pertama selepas mengecat.
Untuk tip 1-3: 6 Tip Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama-SIRI 1
4. Cat Warna Kesukaan Anda.
Mulakan aktiviti mengecat dinding rumah anda dengan pemilihan warna yang betul, jenis, jenama dan kuantiti cat. Dikhuatiri jika terkurang cat maka dinding anda akan kelihatan berlapuk dek tidak cukup cat. Terdapat banyak jenis cat di pasaran dan anda disarankan untuk mengambil cat yang kurang berbau dan anti-mosquito bergantung kepada bajet anda.
5. Tekanan Pada Roller Cat.
Kesilapan umum ramai orang dalam mengecat rumah ialah mereka tidak meletakkan tekanan roller dengan betul pada permukaan dinding dan mengakibatkan cat menjadi tidak rata. Cara yang betul ialah dengan menekan sedikit roller cat pada dinding tersebut agar lapisan cat menjadi lebih sekata.
6. Lebihan Cat Yang Terjatuh.
Akan berlaku tumpahan cat pada lantai mahupun jubin. Oleh yang demikian, anda perlu bersihkan cat tersebut dengan baik. Jika cat dalam keadaan basah, maka gunakanlah kain basah dan lapkan. Jika cat kering, sentallah menggunakan scrapper tetapi jangan sehingga merosakkan lantai atau jubin rumah.