6 Trik Rumah Sewa Tetap Cantik Macam Rumah Sendiri

Share

Jumlah mereka yang menyewa kediaman pada hari ini masih lagi tinggi. Ia berikutan harga pasaran rumah yang membebankan masyarakat kita untuk membeli kediaman sendiri. Jadi, pilihan yang terbaik adalah  dengan menyewa.

Walaupun menyewa, keinginan dan niat untuk mendekor kediaman sentiasa menjadi halangan. Ia disebabkan oleh peraturan yang telah ditetapkan oleh pemilik seperti tidak boleh mengecat, memaku, menebuk lubang dan sebagainya.

Namun, itu bukanlah halangan kerana penyewa punya pilihan yang lain. Oleh itu, IMPIANA mencadangkan beberapa item dekorasi yang boleh anda terapkan di dalam rumah tanpa melanggar sebarang terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik.

Gunakan langsir yang bercorak

Kebanyakan rumah pada hari ini sudah dilengkapi dengan rel langsir yang mana penyewa hanya perlu mencangkukkan langsir bercorak pilihan anda. INGAT, pastikan anda memilih warna yang sesuai mengikut tema warna dinding rumah.

Troli hidangan

Solusi terbaik untuk mereka yang cemerkap, anda boleh gunakan troli ini sebagai elemen hidangan buat tetamu serta membantu anda menjaga kebersihan terutamanya daripada lauk yang berkuah tumpah ke atas lantai. Bayangkan hidangan lazat anda yang disediakan di dapur, diarak dengan megah dari dapur ke meja makan ruang tamu. Selain itu juga, troli hidangan ini boleh berfungsi sebagai rak hiasan atau meja konsol

Wallpaper mudah tanggal

Cat antara perkara yang paling tidak diendahkan oleh pemilik. Walaupun sudah beberapa kali bertukar penyewa, rumah yang disewakan tetap begitu. Walaupun ada tawaran dari penyewa untuk mengecat kediaman tapi perlu di tolak harga sewaan bulanan, ada pemilik tidak sanggup kerugian. Apa kata gunakan wallpaper yang mudah untuk ditanggalkan, hasilnya anda tidak perlu membazir tenaga mengecat rumah sewa kerana bila sampai masa untuk anda angkat kaki, anda perlu tepekkan semula dinding kediaman menggunakan warna yang sama seperti warna asal.

Lapisan bercorak

Untuk penyewa yang tidak mahu membazirkan tenaga menggantung serta membuat lubang untuk menggantung langsir pada tingkap, apa kata tampal sahaja film cermin bercorak ke atas tingkap rumah anda. Pastikan pilihan anda itu berupaya melindungi privasi tanpa menghalang kemasukan matahari pada waktu siang.

Lampu lantai

Pencahayaan tidak mencukupi. Nak letak lampu disiling tidak dibenarkan melakukan sebarang ubah suai. Apa kata, lengkapkan kediaman anda dengan tambahan lampu lantai. Lampu sebegini boleh diubah alih mengikut kesesuaian. Anda tidak perlu pening kepala nak drill dinding, gantung lampu bagai, nanti nak pindah, satu kerja nak tampal balik dinding yang ditebuk. Kalau dapat pemilik baik hati, tidak mengapa. Kalau jenis cerewet dan tidak mahu pulangkan deposit, anda sendiri yang rugi. Sentiasa bijak dalam mendekor.

Lampu Chandelier

Jika anda perasan, di tengah ruang tamu utama terdapat cangkuk khas. Ianya sama ada digunakan untuk menggantung kipas ataupun lampu. Jika kediaman anda sudah menggunakan air-conditioner, mungkin anda boleh gantikan bahagian siling yang kosong dengan meletakkan lampu chandelier sebagai hiasan utama. Jangan risau, anda tidak akan pening untuk mengalihkannya di kemudian hari apabila berpindah ke rumah baharu nanti.

 

 

 

 

Published by
Impiana