Apabila pergi ke pusat jualan perumahan, jualan perabot serta perkakas rumah, anda perasan tak kenapa semuanya nampak sempurna, cantik dan orang kata apa tu, instaworthy. Tapi bila balik rumah, kita rasa rumah kita macam tiada aura yang menaikkkan semangat seperti mana berada di tempat-tempat yang disebutkan tadi.
Ini kerana mungkin anda terlepas pandang segala rahsia disebalik idea, susun atur yang telah dibuat oleh para Interior Designer (ID) berpandukan beberapa garis panduan. Kali ini IMPIANA akan bantu anda bagaimana nak make sure rumah anda juga instaworthy malahan layak untuk dimasukkan dalam mana-mana majalah dekorasi.
Pilihan warna yang betul
Seperti kita semua maklum, pilihan warna dalam kediaman memainkan peranan yang penting seperti contoh, warna cerah seperti beige (warna kuning air) akan membuatkan pangsapuri kecil nampak luas. Fakta ini benar, tetapi warna tersebut warna yang pudar serta akan cepat terhakis dimakan masa, mungkin anda boleh cuba aplikasikan warna seperti biru muda, lavender, mint, dan kelabu. Kesemua pilihan warna ini menampakkan elemen segar dalam kediaman dan nampak mewah.
Gunakan warna accent (warna timbul) dengan cermat
Dalam satu ruang, pasti akan ada penggunaan warna serta aksesori yang sepadan serta setona ataupun warna mono (satu hala). Kalau dinding kelabu, perabot pun ikut turut warna kelabu. Ianya jelas menunjukkan kediaman anda berada dalam keadaan sendu. Jadi gunakan warna accent (timbul/highlighter) untuk membezakan tarikan yang berlainan dalam ruangan tersebut. Contoh lain, warna accent boleh diterapkan kepada karpet, anda akan nampak kelainannya.
Ads
Jangan takut untuk mencuba idea segar
Dalam menata rias rumah, anda perlu berani mengambil risiko untuk try n error segala idea baru yang telintas di fikiran serta dari rujukan online. Selain itu, jangan hadkan percubaan anda hanya kepada perabot serta aksesori sahaja, lantai anda juga boleh menjadi salah satu cubaan untuk mencantikkan lagi hiasan dalaman rumah. INGAT, tiada siapa boleh mengawal imaginasi kecuali diri anda sendiri.
Main dengan ruang
Ads
Selain daripada permainan pilihan warna untuk membuka ruang lebihan di rumah, terdapat satu lagi alternatif mantap yang berupaya menberi ruang yang banyak iaitu pemasangan cermin. Cermin akan membiaskan cahaya serta memantulkan semula segala imej yang berada dihadapannya. Hasilnya, voila, ruang baharu di dalam rumah.
Guna lampu yang betul
Lagi banyak lampu, lagi bagus. Anda boleh gunakan pelbagai lampu dalam kediaman untuk menaikkan lagi seri serta keindahan dalaman rumah. Antara lampu hiasan yang bagus adalah lampu utama di tengah kediaman, lampu recess (selalunya tertanam dalam siling), lampu accent, lampu meja, dan lampu lantai.
Ads
Jangan over
Dalam dekorasi juga ada hadnya, ya anda bebas untuk mencurahkan segala idea dan imaginasi, tetapi sesuatu perkara akan jadi buruk kalau ianya terlampau banyak. Disini anda boleh aplikasikan apa itu, cukup sekadarnya, tidak perlu terlebih-lebih, kalau anda rasa sudah cukup, cukup setakat itu, rujuk gambar di bawah ini, anda akan faham penjelasan ini.
Kredit penghargaan gambar: bright side
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pernah dengar pepatah ‘one man’s trash, another man’s treasure’ ianya bermaksud, sesuatu perkara yang dianggap tiada guna, ianya dipandang tinggi oleh orang lain. Di sini objek yang ingin dibangkitkan adalah kayu palet. Kepada syarikat perindustrian besar, ia adalah kayu yang digunakan untuk menyusun barangan yang berat muatannya.
Tetapi, bagi pencinta hiasan dalaman, ianya merupakan objek yang paling berharga dan boleh dikomersialkan. Sudah banyak kita lihat di pasaran serta penggunaanya dalam pembuatan meja makan, kerusi rak buku dan sebagainya.
Di sini IMPIANA ingin menggariskan beberapa kebaikan kayu palet yang mana ianya amat berguna dan anda sendiri boleh menukar skop pemikiran bahawa hari ini ianya bahan buangan, tetapi esok nilai jualannya mencecah ribuan ringgit.
1) Ia bukan selamanya bahan buangan
Jika melewati lorong belakang kedai, pasti anda akan terjumpa di longgokan timbunan sampah kayu palet yang samada menutup sampah atau menjadi base sebagai penanda tempat meletakkan sampah. Anda boleh selamatkan harta karun ini dan jadikannya sebagai item yang amat berharga di rumah atau anda jual kembali selepas ditatarias dengan cantik.
2) Kualiti serta ketahanan kayu palet di pandang tinggi
Kayu palet dihasilkan daripada Pokok Pine (Pinus Densiflora) yang mana kayu berkenaan digunakan untuk menampung beban barangan seberat 1000 kilogram yang dibawa keluar daripada kontena dan diangkut menggunakan jentera forklift dan ianya tahan lasak. Selain itu, di eropah kayu ini banyak digunakan dalam pembuatan perahu dan rumah.
3) Kualitinya dapat dipelihara selepas dibersihkan
Anda pasti tidak mahu menggunakan kayu palet yang sudah dicemari dengan pelbagai kimia yang dikeluarkan melalui haiwan atau yang sudah dialiri air sampah. Bersihkan dengan teliti dan apabila ianya telah siap diproses serta ubahsuai sapukan varnish sebagai coating agar kualitinya bertahan lama.
4) Boleh menampung beban
Umum mengetahui penggunaan kayu palet ini sinonim di kilang perusahaan serta industri berat. Ini kerana ianya boleh menampung beban seberat 1000KG. Itu dalam industri, untuk lapangan dekorasi dalaman, beban yang ditanggung kayu palet jauh lebih ringan dan ianya juga terkenal dengan ciri-ciri yang mudah lentur serta diproses dalam pelbagai bentuk.
5) Berguna untuk semua
Kayu palet juga bukan sahaja memberi manfaat kepada manusia, malah haiwan peliharaan juga turut menikmati kebaikannya. Hari ini kayu palet dikomersialkan dalam pembuatan sangkar kucing serta menjadi tempat buangan sementara najis kucing. Kayu ini bersifat penebat haba berupaya melindungi si comel dari panas terik mentari dan boleh menghalang bau najis dari tersebar.
Berikut adalah beberapa idea daripada kayu palet di bilik tidur, dapur dan ruang tamu untuk tatapan pembaca IMPIANA:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Durian belanda biasanya dibuat jus. Selain rasanya yang begitu sedap, ia juga mengandungi pelbagai kelebihan dan khasiat tersendiri.
Bukan sahaja buahnya, malah daun durian belanda juga dikatakan mempunyai banyak manfaat kesihatan untuk kita. Ini termasuklah ;
1) Mencegah Dan Mengubati Kanser Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.
2) Sakit Pinggang Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.
3) Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.
4) Mengatasi Diabetis Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.
5) Menurunkan Tekanan Darah Tinggi Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.
6) Mengatasi Buasir Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.
7) Mengubati Sakit Urat/Saraf Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.
Caranya :
Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat.
Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas.
Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.
Kredit : Salimah Olie
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jangan Buang, Ini 2 Manfaat Abu Arang BBQ Yang Boleh Anda Gunakan. Memang ramai yang guna medium campuran yang mempunyai abu yang juga dikenali sebagai tanah bakar. Tapi, tahukah anda apakah sebenarnya kegunaan dan manfaat abu arang pada tanaman? sebenarnya, banyak kegunaan abu ni. Sejak dulu, abu arang ni mempunyai pelbagai kegunaan. Bukan sahaja pada tanaman malah untuk kegunaan harian lain
BAJA UNTUK SUBURKAN TANAH
Terdapat pelbagai nutrisi yang bermanfaat pada abu kayu. Antaranya ialah 20% kandungan kalsium, potasium, magnesium, fosforus dan belerang. Selain itu juga, ia terkandung sedikit miniral zat besi, mangan, aluminium dan banyak lagi yang diperlukan untuk tumbesaran tanaman
Kesemua nutrisi ini amat diperlukan tanaman seawal usia tanaman untuk meyokong tumbesaran yang lebih optimum dan sihat.
Abu kayu juga mempunyai jumlah karbonat yang tinggi. Secara tidak langsung ia boleh memulihkan pH tanah berasid menjadi nuetral secara efektif. Namun, sebelum meletakan abu kayu untuk tujuan membetulkan pH tanah, pastikan anda periksa jenis tanah terlebih dahulu. Jika pH tanah sudah tinggi, tak perlu lah untuk meletakkan abu kayu lagi
UNTUK TUJUAN MENCUCI
Abu kayu tu nampak macam kotor je kan sebab ia berdebu dan bila tersentuh, habis comot. Namun, tahukah anda ia berupaya menjadi pencuci paling efektif. Abu kayu ni dari zaman tok nenek dah guna untuk mencuci baju dan sebagainya.
Untuk membersihkan permukaan yang keras seperti tembaga, kaca atau logam. caranya adalah dengan menggunakan kain yang telah dilembapkan dan celupkan ke dalam bekas berisi abu kayu kemudian gosok terus pada permukaan tembaga. Lantas lap semula permukaan yang digosok dengan kain basah dan bersih
Memandangkan sifat abu kayu beralkai, ia juga digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat sabun. Secara tradisional, untuk menghasilkan bahan cucian berasaskan abu kayu adalah dengan merebus abu kayu tersebut dan hanya bahagian atas air rebusan sahaja diambil. Ia merupakan air yang beralkali dan sesuai digunakan untuk cucian.
Jangan Buang, Ini 2 Manfaat Abu Arang BBQ Yang Boleh Anda Gunakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.