Tidur dengan anak atas katil. Ramai yang amal konsep ni kan. Tapi ramai tak sedar, sebenarnya cara ini mengudang bahaya kepada si anak terutamanya bagi bayi bawah 1 tahun. Ikuti kupasan yang dipaparkan di dalam facebook Public Health Malaysia.
Ada yang berpendapat, tidur bersama bayi di atas katil yang sama dapat meningkatkan kadar penyusuan susu ibu dan memudahkan ibu untuk menyusu pada waktu malam.
Namun faktor keselamatan bayi juga perlu dipertimbangkan. Dari 8,207 kes kematian bayi mengejut (Sudden Death Infant Syndrome) di US, 69% kes berlaku pada bayi yang berkongsi katil dengan ibu bapa.
Risiko lemas, dihempap bantal atau selimut, terjatuh dan terjerut boleh berlaku. Lebih merbahaya jika ibu/ bapa merokok, ini memang telah terbukti dengan kajian.
.
Buat pilihan dan keputusan yang terbaik. Cegah kejadian SIDS (Sudden Death Infant Syndrome)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mahukan Idea Rumah Yang Kelihatan Moden Tapi Nak Di Kampung? Ini Lah Design Yang Paling Terbaik.
Satu-satu kawasan yang menjadi tarikan kita kerana kecantikkan semula jadi, adalah persekitaran kampung. Dari kanak-kanak lagi, kita akan suka bila pulang ke kampung kerana suka akan permadangan yang lawa dan nyaman bila dipandang. Jadi, bila sudah meningkat usia tua, kita akan mula terasa hendak mahu ada satu rumah untuk diri sendiri di kampung. Tapi kan, jenis rumah apa yang kita nak bina untuk rumah kita di kampung? Mari sini saya tunjukkan jenis-jenis rumah kampung tapi kelihatan moden.
KOTEMPORARI
Selain memanfaatkan ruang tamu yang besar, ia tetap tampil kemas dan cantik dengan gaya kontemporari antara konsep dekorasi yang menekankan keasliannya sendiri. Walaupun ia kelihatan sempit dari luar, menggunakan reka bentuk ini, kawasan kecil mungkin kelihatan luas. Tanggapan ini sesuai untuk mereka yang menghargai kesederhanaan daripada berlebihan. Kayunya masih jelas, tetapi ia telah diselitkan dengan bahan tambahan untuk menambah ciri moden seperti mainan warna, corak perabot, dan sebagainya. Ia juga penting untuk memilih warna asas, komponen warna bumi, dan gabungan warna tertiari sekunder dan dramatik.
MINIMALIS
Ringkas, teratur dan tidak terlalu panjang. Itu adalah pendekatan mudah yang sesuai untuk memodenkan kediaman kampung. Idea minimalis tidak memerlukan sejumlah besar perabot dan butiran. Warna cat yang memenuhi tanggapan ini selalunya merupakan campuran neutral. Pilihan rona neutral menyerlahkan nilai estetik kotej dusun yang sederhana namun menarik.
STAIL KABIN
Rumah kabin atau rumah kontena adalah kediaman alternatif yang dibina di Malaysia menggunakan kontena kargo. Oleh itu, jangan hairan jika anda terjumpa rumah kampung yang diperbuat daripada bekas yang saiznya mungkin sedikit.
Biasanya, saiznya adalah sekitar 20 kaki × 10 kaki, namun ia bukan bekas besi sepenuhnya. Ia masih mempunyai unsur seperti papan dan kayu jati.
Ia juga dikemas kini dengan menggunakan batu, simen, dan besi berongga untuk mengukuhkan asasnya. Untuk membahagikan kawasan di dalam rumah, papan fascia dan papan gypsum digunakan untuk membina dinding.
Jadi, ini sahaja jenis rumah kampung yang boleh kelihatan moden. Anda boleh cuba pilih dan cari jenis-jenis lain untuk rumah kampung anda.
Sumber: Property Guru (https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/inspirasi-reka-bentuk-rumah-kampung-moden-39385)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kisah Perpaduan dan Spektrum Warna
Jumlah penduduk dunia kini mencecah lebih 7.7 bilion.Terdapat aneka ragam dan kebiasaan dan agak sukar menemui suatu faktor persamaan yang dapat menyatukan semua. Contohnya, di New York yang bergelar ‘bandar raya yang tidak pernah tidur’, tiada siapa akan tersinggung jika anda memanggil seseorang yang baharu ditemui buat pertama kali, dengan nama pertamanya. Namun di ‘negeri matahari terbit’, menjadi kurang manis jika anda memanggil seseorang secara demikian. Mungkin satu faktor yang serasi dengan semua tempat di dunia ini ialah makna yang diberikan kepada warna. Lampu isyarat contohnya, merah untuk berhenti; kuning jingga perlahankan kenderaan; dan hijau memberi isyarat untuk bergerak maju (sila sentiasa pandu dengan cermat, berlumba itu hanya sesuai di trek perlumbaan).
Bila kita renung lebih mendalam, kita akan menyedari betapa dunia ini lebih kaya, lebih dinamik dan lebih bertenaga dengan adunan warna. Mana lebih bagus –meluangkan masa berjam-jam di pejabat dengan berlatar dinding kelabu dan putih, lengkap dengan meja warna coklat dan kerusi hitam yang membosankan; atau mengisi ruang pejabat yang dihiasi dengan cahaya biru ambien, dinding pastel dengan alatan kelengkapan pejabat yang beraneka warna? Salah satu nama terhebat cat dan warna pada hari ini ialah Dulux, iaitu jenama terkemuka dunia dari AkzoNobel. Berbekal pengalaman berdekad lamanya dalam bidang cat, Dulux memainkan peranan besar dalam menambah warna kepada alam kehidupan.
Renung sebentar, warna boleh menyatukan? Bagaimana? Cuba lihat bendera sesebuah negara – seluruh negara bersatu di bawah warna. Selain itu, warna jersi pasukan bolasepak. Atau masih ingatkah kita ketika di sekolah rendah, kita dibahagikan mengikut warna, Rumah Kuning, Hijau, Merah dan Biru. Tanpa segan silu kita berlumba lari, berlompat ke garis penamat semata-mata untuk rumah sukan masing-masing dalam kejohanan sukan tahunan. Bercakap mengenai rumah, kediaman kita adalah tempat kita meluang masa berehat, merawat dan memulih diri dan melepas lelah saban hari, dan paling penting, ia tempat kita bersatu dan bersama dengan keluarga. Sebab itulah rumah tempat paling sesuai untuk diadun dengan warna.
Kunjungilah laman web Dulux di www.dulux.com.my/en/colour- inspiration dan temui berbagai inspiransi yang boleh digunakan sebagai ilham untuk projek mewarna alam anda. Dari menambah jalur mudah ke bentuk geometri dan juga gabungan warna untuk mencari idea yang menakjubkan yang boleh digunakan untuk merapikan ruang tamu, ruang makan, dan bilik tidur. Proses cat semula bakal menjadi projek sekeluarga yang bermakna – mungkin memakan masa beberapa jam, beberapa hari, lebih mantap tanpa gangguan TV dan peranti. Pada skala lebih besar, cuba perhatikan bangunan warisan dan monumen yang telah sekian lamamenjadi lambang perpaduan. Bangunan Stadthuys di Melaka, contohnya, merupakan bangunan ikonik buat warga Malaysia, menjadi medan tumpuan bagi rakaman Instagram buat pelancong tempatan dan luar negara. Bangunan Stadthuys yang dicat warna merah, mula dibina pada abad ke-17 dan kini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Urusan memulihara bangunan itu menjadi sesuatu yang sangat penting. Dulux turut membantu memikul tanggung jawab ini, dengan membekal produk cat luaran yang terdiri daripada pelbagai warna dengan jumlah yang signifikan, disamping khidmat nasihat pakar bagi mengekal struktur penting bangunan tersebut. Dan tentunya, mengguna rangkaian produk Dulux Weathershield suatu kelebihan – melindung daripada elemen cuaca ekstrim, supaya dinding tegar bersih lagi tahan lama – dan inilah sumbangan AkzoNobel bagi mengekal elemen perpaduan.
Baru-baru ini pun, AkzoNobel dan Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI) juga telah berganding bahu untuk menghias dinding sepanjang Jalan Raja Chulan dengan mural yang melambang dan meraikan kasih sayang, hormat dan perpaduan. Hiasan mural berwarna warni ini merangsang minda para pejalan kaki yang tentunya menceriakan hari atau kehidupan orang yang memandangnya.
Kesimpulannya, ada perkara lebih penting dari setakat butiran warna dan sentuhan berus, warna mempunyai kuasa untuk merentasi budaya dan menyatukan kita di bawah satu sepanduk. Kita hanya perlu tinjau sekeliling, dan meraikan seri warna yang telah sekian lama mencorak kehidupan kita bersama.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sudah Bosan Dengan Tempat Peranginan Yang Biasa? Apa Kata Cuba Resort Tasik Kebun Di Serendah, Sangat Menarik!
Apabila menjelang sahaja musim cuti persekolahan, sudah pasti ada yang di kalangan anda sudah mula merancang percutian bersama keluarga tercinta. Meski ada pelbagai tempat peranginan yang menarik di serata negara, pasti ada yang berasa bingung dalam membuat pilihan lokasi percutian.
Tahukah anda, kini ada sebuah tempat peranginan dan penginapan yang sangat menarik terletak di kawasan Serendah, tidak jauh dengan pusat bandar Kuala Lumpur iaitu Tasik Kebun Resort.
Mesti ada yang tertanya-tanya kan, apa yang menariknya mengenai tempat penginapan Tasik Kebun Resort ini. Untuk maklumat anda, Tasik Kebun Resort ini telah dibangunkan di sekitar kawasan perkebunan yang sangat cantik.
Di samping itu, di sekitar kawasan tempat penginapan ini dikelilingi dengan pohon-pohon hijau semula jadi. Maka oleh itu, lokasi tempat penginapan ini sememangnya amat sesuai bagi anda yang pencinta alam semula jadi.
Selain itu, Tasik Kebun Resort ini menyediakan tempat penginapan yang sangat selesa dan cantik. Lihat sahaja lah dekorasi hiasan dalaman ruang kamar yang disediakan, tampak begitu sangat kemas dan cantik.
Sudah pasti, dengan kelengkapan yang sangat kemas dan cantik ini akan memberikan pengalaman penginapan yang sangat selesa buat anda. Tak begitu?
Kolam renang yang disediakan juga kepada para penggunjung juga boleh tahan, tidak begitu menghampakan kerana ia kelihatan seperti sebuah kolam renang hotel yang bertaraf lima bintang!
Lihat sahaja di kawasan kolam renang, anda pasti akan merasai pengalaman yang menyeronokkan!
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Curah Idea Untuk Dekorasi Rumah Bersama Suami, Feeya Iskandar Tampilkan Kediaman Yang Bertemakan Konsep Inggeris Moden
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI