7 Bahan Mudah Untuk Bersihkan Kotoran Minyak dan Daki Pada Dinding

Share

Kotoran yang paling mudah untuk dilihat adalah kotoran pada dinding. Jika anda malas untuk membersihkannya maka kotoran itu mungkin akan kekal dan sukar untuk ditanggalkan kelak. Antara kotoran yang sering terdapat pada dinding seperti dakwat pen, sisa makanan, debu hama dan lain-lain. Walaupun produk cat kini mempunyai kelebihan untuk bersihkan kotoran hanya menggunakan air sahaja namun prosesnya memerlukan waktu yang cukup lama. Untuk lebih efektif, Kenapa tidak anda menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah berikut untuk membersihkan kotoran dinding anda?

1. Lemon

Buah lemon sering digunakan sebagai bahan pembersih utama dalam apa jua produk. Ini kerana asid yang terkandung dalam lemon sangat kuat tindak balasnya. Oleh itu, salah satu manfaat buah ini adalah mampu menghapuskan kotoran pada dinding. Anda hanya perlu potong buah lemon kemudian gosokkan buah lemon itu pada permukaan dinding yang kotor sehingga bersih. Tidak perlu dibilas dengan air, anda hanya perlu mengelap ia menggunakan kain bersih supaya bau lemon itu kekal mengharumkan segenap ruang.

2. Ubat Gigi

Selain mampu membersih serta memutihkan gigi anda, ubat gigi juga boleh digunakan sebagai bahan untuk menaggalkan kotoran pada dinding. Ubat gigi mampu menanggalkan kotoran jenis crayon serta dakwat pen pada dinding. Calitkan sedikit ubat gigi pada kain kemudian gosokkan pada kotoran permukaan dinding. Kemudian anda perlu membilas kotoran itu dengan kain basah.

3. Bedak

Bedak juga mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh digunakan untuk menanggalkan kesan kotoran pada dinding. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu mengusap bedak pada permukaan dinding menggunakan tangan kemudian lap sahaja menggunakan kain bersih.

4. Baking Powder

Bersihkan kotoran pada permukaan dinding menggunakan baking powder. Campur sedikit baking powder dengan air kemudian sapukan pada kotoran permukaan dinding.

5. Cuka

Kegunaan cuka sebenarnya amat banyak selain dijadikan sebagai bahan masakan. Untuk membersihkan kotoran dinding menggunakan cuka, anda perlu menuang cuka pada kapas bersih kemudian sapukan pada kotoran.

6. Losyen Kulit

Sangat mudah untuk tanggalkan kotoran pada dinding, calitkan sahaja losyen kulit pada dinding kemudian lapkan ia menggunakan kain bersih.

7. Alkohol

Alkohol bukan sahaja terkandung dalam minuman, malah terdapat juga dalam minyak wangi. Jadi anda semburkan sahaja minyak wangi anda pada kotoran dinding kemudian sapukan menggunakan kertas tisu.

Published by
Impiana