Dalam masa tujuh bulan siap dekor satu rumah, renovasi dan hiasan dalaman yang telah dirancang oleh Wan Halimatun Syeimaa Mohamed,37 tahun bekerja sebagai seorang Eksekutif di Prudential sebelum dapat kunci rumah. Sering kali kita mendengar, kalau rajin menghias pasti malas masak.
Tetapi lain pula dengan kisah pemilik rumah ini pada waktu lapang beliau juga mengambil tempahan kek gula hangus. Laris menjual di media sosial @putehgamdum walaupun tidak menang tangan dengan tempahan, kediaman ini tetap bersih dan berseri serta rapi.
Melihat rumah yang serba serbi putih ini langsung tidak menyangka akan beliau rajin memasak dan juga memiliki tiga ekor kucing di dalam rumah ini. Bagi Syeimaa, disiplin dalam menjaga ruang dalam kediaman adalah penting. Warna putih memang pilihannya. “Saya memang ada masalah tak boleh duduk diam, saya mesti kemas rumah walaupun rumah dah bersih,” kongsinya sambil ketawa.
Rumah berkonsepkan minimalis dan muji ini menjadi pilihan Syeimaa. Inginkan suasana yang lebih terang agar nampak lebih luas untuk kediaman yang bersaiz 880 kaki persegi ini. Pemilihan kayu oak dalam ruang kediaman ini memberi nikmat yang sempurna untuk beliau. Warna kayu yang lembut ini mampu memberi rasa yang lebih tenang.
Ads
Melihat kediaman yang terlalu rapi dalam sentuhan ini, tertanya di mana terletaknya barang-barang seperti kotak, beg dan sebagainya di dalam rumah ini. Penggunaan barang yang minimal dan tempat penstoran yang cukup membuatkan ruang dalam rumah ini tidak bersepah dan berserabut.
Memiliki tiga buah bilik tidur, di mana salah satu bilik ini dijadikan bilik kucing. Ini yang membuatkan siapa pun tidak tahu yang beliau ada memiliki kucing tiga ekor di dalam rumahnnya. Tiada langsung bau kucing di dalam kediaman ini.
Syiemaa juga berkongsi beberapa tip untuk yang baru memiliki rumah. “Pertama mesti tahu apa yang anda inginkan. Buat persiapan sebelum masuk rumah. Pastikan bajet mengikut kemampuan. Jika tidak buat sedikit demi sedikit. Kedua, kalau nak barang murah dan berbaloi kena rajin berjalan dan buat survey banyak tempat, kemudian baru buat keputusan untuk membeli. Katanya, “saya sanggup turun sampai ke Muar untuk dapatkan set perabot yang saya idamkan serta kualiti yang terbaik.
Ads
Melihat ruang dapur yang bersaiz kompak yang terbahagi kepada dua ruang dapur iaitu ruang dapur kering dan basah ini memang sempurna. Walaupun kompak tetapi ia selesa dan teratur dari serba serbi perkakas yang ada.
Melangkah ke dalam ruang kamar utamanya yang mengenakan dekorasi ringkas ini memang selesa. Tertanya-tanya di mana Syiemaa menyimpan pakaian dan juga beg bagasinya. Tertawa besar apabila, saya seakan pelik mencari di mana tempatnya. “Almari baju saya letakkan di dalam kamar ke dua yang terletak di hadapan bilik saya. ‘Luggage pulasaya simpan di bawah katil saya. Katil yang saya beli ini mempunyai ruang penyimpanan di bawahnya.” Inilah rahsia rumah saya kemas tanpa barang bersepah.
Ads
Pendek kata, sesiapa memiliki rumah kompak juga boleh menghias dan tidak benar kalau mengenakan warna putih akan membeban kita untuk menjaga ruang dalam rumah, Syiemaa telah membuktikan kediamannya tetap sempurna dan bukan sahaja indah di dalam instagram @atree.littlenest zahirnya memang beliau seorang yang pembersih dan kemas.
Join Geng Borak IMPIANA/ LAMAN dalam channel telegram IMPIANA untuk dapat artikel terkini dan boleh berkongsi tip menarik bersama https://t.me/GENGLAMANIMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kenapa api dapur gas tiba-tiba merah hingga berjelaga periuk atau kuali? tak kira lah dapur gas baru atau lama, masalah ini akan berlaku. Sebenarnya api dapur gas boleh menjadi berjelaga disebabkan oleh pembakaran yang tidak sempurna.
Untuk mendapatkan pembakaran yang sempurna, gas oksigen diperlukan secukupnya. Dalam kes ini, jelaga terhasil disebabkan oleh saluran yang sepatutnya membenarkan gas oksigen (daripada udara persekitaran) tertutup, maka api yang dihasilkan berjelaga. Konsep sama seperti penunu Bunsen (Bunsen Burner).
Api yang berjelaga juga boleh terjadi sekiranya lubang permukaan tempat api keluar tersumbat dengan makanan yang melimpah. Maka, boleh juga membersihkan lubang-lubang berkenaan dengan lidi atau apa-apa alat yang bersesuaian.
Sharina Binti Othman berkongsi cara mudah untuk menyelesaikan masalah tungku dapur yang tiba-tiba merah. tak perlu pakar atau tenaga lelaki, anda boleh lakukan sendiri.
Caranya.:
1. Buka tungku api, ketuk² untuk keluarkan segala karat² yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
2. Spray dengan anti karat ( ada dijual kedai hardware/mr.diy ).
3. Dan pasang semula tungku api
4. Pusingkan benda tu. ( Yang anak panah tu. )Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu ( anak panah ).
5. Nah hasilnya
Jika anda menggunakan dapur kaca, bahagian yang perlu anda pusing sperti dalam gambar
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ruangan dapur tidak wajar dipandang enteng kerana selain daripada menjadi tempat kita memasak, ianya juga berupaya menjadi ruangan sosial untuk mengeratkan hubungan antara keluarga.
Tetapi, bagaimana kalau dapur berbau busuk sehingga tetamu kita ingin lekas pulang?
Tidak perlu pening, IMPIANA menggariskan beberapa tip untuk memastikan dapur anda bebas dari segala bau busuk.
Ikuti tip ini.
Pertama sekali, anda perlu pastikan segala peralatan dapur anda dilap kering sebelum letakkan di dalam bekas atau digantung pada cangkuk. Anda bayangkan jika segala sudip dan senduk diletakkan secara menegak dalam bekas plastik dan airnya bertakung di dalam? Anda pasti tidak akan menggunakan lagi perkakas tersebut.
Kedua, jangan bertangguh untuk membuang sampah di tong atau bilik sampah yang disediakan oleh majlis bandaraya serta jawatankuasa penduduk. Mahukah anda bau isi perut ikan menyelubungi kediaman anda?
Pastikan anda mencuci bersih segala pinggan dan mangkuk yang telah kita gunakan sewaktu makan. Pasti anda tidak mahu tidur bersama aroma lauk basi dibiarkan semalaman. Jadi, masalah ini boleh diselesaikan dengan menyegerakan pencucian segala perkakas, kerana bau sahaja sudah cukup menyeksakan dan belum lagi dengan kehadiran lalat serta makhluk perosak yang lain.
Seterusnya, bezakan papan pemotong di rumah anda. Jangan campurkan papan pemotong daging dengan papan pemotong sayur dan papan pemotong roti. Sewaktu mencuci, fokuskan cucian anda terhadap kesan potongan pisau kerana tanpa kita sedari, terdapat jutaan bakteria yang membiak di dalam ruang potongan kecil tersebut. Penulis akan memastikan untuk melalukan air panas kepada setiap papan pemotong untuk membunuh bakteria dari terus membiak.
Kelima, gunakan lilin aromaterapi sebaik sahaja anda selesai membersihkan dapur sebagai salah satu alternatif daripada menyembur pewangi malahan kaedah ini tempoh wanginya bertahan lebih lama dari semburan pewangi aerosol yang bersifat sementara. IMPIANA mencadangkan bauan serai atau lemon.
Akhir sekali, ganti atau cuci kain langsir yang menghiasi dapur anda. Ini amat penting kerana material yang digunakan untuk kain langsir ada yang nilon, polyester, dan kain cotton. Kain cotton meresap segala partikel halus masakan anda dan ianya berisiko tinggi untuk memerap bau yang akan membuatkan anda tidak selesa di kemudian hari. Selain itu, jika anda menggunakan sistem ventilasi udara, pastikan anda mengikut jadual servis berkala yang ditetapkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pokok sup memang antara tanaman yang cerewet. Tak boleh terkurang dan terlebih air langsung. Sebanarnya, nak tanam pokok sup tak lah susah jika kena pada tekniknya. Ia mudah dibiakkan melalui keratan batang yang dibeli dipasar ataupun biji benih. Sebelum ini LAMAN Impiana ada kongsikan tip atau cara untuk biakkan pokok sup yang dibeli dari pasar. [klik sini untuk artikel lengkap]. Kali ini, nak kongsi pula cara pembiakkan melalui biji benih yang dikongsikan oleh page “Tip Tanaman Subur Gebu Menghijau”
1. Pilih biji benih yang berkualiti. Kebiasaanya guna jenama Green World. Jarang sekalai tak menjadi.
2. Rendam 10-15 minit benih pokok sup di dalam air suam. Suam-suam kuku sahaja 3. Semai di dalam kulit telur yang berisi Peat moss
Tip: Lebih mudah semai dalam kulit telur. Bila sudah tiba masa untuk di tanam di batas kekas, boleh tanaman bersama kulit telur tersebut. Secara tidak langsung ia boleh jadi baja untuk pertumbuhan pokok. Disamping itu juga, ia mampu mengelak masalah serangan siput babi
4. Siram ala kadar sahaja dengan menggunakan semburan. Biji benih akan mengambil masa untuk bercambah 5. Sementara tunggu benih sediah dipindah, boleh sediakan medium. Gunakan medium siap campur yang banyak jual di nurseri tetapi perlu ditambah sedikit dengan cocopeat siap proses.
6. Bila anak benihdah keluarkan lebih dari 4 daun (seperti dalam gambar) boleh semai terus di tapak kekal. Untuk yang guna bekas semaian, boleh rendam dahulu anak benih di dalam air seketika supaya mudah di tarik kelaur dari bekas semaian tanpa merosakkan akar.
Tip: waktu yang sesuai untuk alihkan atau transplant anak pokok adalah diwaktu petang. Ia supaya anak pokok tida terkejut dengan iklim panas
7. Letakkan anak pokok yang telah di transplant tadi di bawah teduhan.
8. Lakukan pembajaan 2 minggu sekali. Sebaiknya, guna baja jenis cecair seperti baja AB
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.