Dekorasi rumah adalah proses yang menyeronokkan lagi kreatif yang membolehkan anda mengubah ruang menjadi tempat yang indah dan membahagiakan.
Dengan menggabungkan elemen-elemen reka bentuk seperti warna, tekstur, perabot dan hiasan, anda dapat mencipta suasana yang memenuhi citarasa dan keperluan anda.
Oleh itu, berikut adalah beberapa tips asas yang boleh membantu anda memulakan proses dekorasi rumah dengan lebih yakin dan berkesan.
Cara asas untuk dekorasi rumah termasuklah:
1. Pilih tema atau gaya dekorasi yang anda suka seperti moden, klasik, minimalis atau vintage.
Ads
2. Gunakan warna-warna yang sepadan dan seimbang untuk cat dinding, perabot dan hiasan rumah.
3. Susun perabot dengan bijak untuk mencipta ruang yang kemas dan selesa.
Ads
4. Tambahkan hiasan seperti lampu suluh, tirai, karpet dan bantal untuk memberi sentuhan tambahan.
5. Gunakan tumbuhan hidup atau lukisan sebagai hiasan dinding untuk menghidupkan ruang.
Ads
6. Pastikan cahaya cukup dengan menggunakan lampu yang sesuai dan tirai yang boleh dikawal.
7. Kreatif dengan hiasan Do It Yourself (DIY) atau barang antik untuk memberi personaliti kepada rumah anda.
Harap panduan ini membantu!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dekorasi rumah bergaya Inggeris menawarkan gabungan yang elegan antara keanggunan klasik dan keselesaan yang menawan.
Dengan fokus pada perabot yang berkualiti tinggi, warna-warna yang hangat, dan perincian klasik, gaya ini membawa sentuhan warisan tradisional ke dalam ruang moden.
Bagi memulakan dekorasi, anda boleh mempertimbangkan beberapa elemen yang klasik dan tradisional. Berikut adalah beberapa panduan umum:
Warna: Gunakan warna yang hangat dan lembut seperti krim, putih tulen, biru lembut atau hijau zamrud. Warna-warna ini membawa rasa keselesaan dan kehangatan kepada ruang.
Perabot: Pilih perabot yang bersifat klasik dan tradisional. Misalnya, sofa Chesterfield yang berkulit dan kerusi bergaya wingback adalah pilihan yang baik. Kayu gelap seperti mahoni atau oak sering digunakan untuk perabot bagi memberikan kesan mewah.
Tekstur: Tambahkan tekstur dengan menggunakan kain seperti baldu, sutera dan tweed untuk permaidani, langsir dan hiasan meja. Sisipan-keluar atau corak bunga-bungaan juga sesuai untuk menambahkan corak dan tekstur.
Perabot & Hiasan Dinding: Gantungkan lukisan atau tirai klasik, cermin berbingkai besi dan papan papan lama di dinding untuk menambahkan elemen klasik dan keunikan.
Karpet: Letakkan karpet besar yang berat dan berbunga di bawah meja makan atau di ruang tamu bagi menambahkan lapisan dan mengisi ruang dengan keselesaan.
Perincian Kecil: Berikan perhatian kepada perincian kecil seperti lampu meja bergaya antik, vas tembikar dan hiasan dinding seperti jam atau lukisan.
Penghijauan: Tanam pokok-pokok hijau dalam pot atau letakkan bunga-bungaan segar dalam vas untuk menyegarkan ruang dan menambahkan sedikit kehidupan.
Semoga panduan ini membantu anda dalam mencipta dekorasi rumah bergaya Inggeris yang menawan!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Railing tangga atau pemegang tangga sebenarnya mampu membuatkan sesebuah rumah itu nampak gah dan menawan. Tapi ramai yang tak sedar akan kepentingan dan rekaan pemegang tangga dalam rumah ini. IMPIANA hari ni nak kongsikan kepentingan pemegang ini dan juga rekaan atau design yang cukup menawan untuk kediaman anda.
Bila sebut dan sentuh tetang dekorasi pasti semua akan nampak set sofa dan juga perkakas dekorasi yang lain bukan. Sebenarnya banyak perkara dalam rumah yang boleh dijadikan perhatian untuk menarik perhatian dalam dekorasi.
Bila dapat kunci rumah perkara utama dalam fikiran nak dekor macam mana dan nak cat atau pakai wallpaper kan? Tapi ada juga yang berfikiran nak luaskan lagi rekaan dan bukaan dalam rumah. Tetapi ubah suai itu akan berlaku pada ruang dapur dan ruang makan yang akan dipecahkan dinding asalnya untuk terus ke arah ruang dapur.
Jika anda perasan apabila masuk rumah dan ke arah ruang tamu mata kita akan menghala ke arah tangga yang gah dengan jayanya di sebalik ruang tamu dan ruang makan. Betul tak? Dan kadang kala anda perasan tak binaan tangga yang terlalu besar ini mampu membuatkan ruang yang sepatutnya luas tetapi kini nampak lebih sempit.
Ada banyak railing sebenarnya. Tapi IMPIANA memilih untuk railing kaca yang banyak akan membantu ruang dalam rumah anda nampak lebih berbeza dan lebih menawan.
Jika Anda tertarik untuk menerapkan railing tangga kaca, ada beberapa hal yang perlu anda ketahui terlebih dahulu. Berikut ada beberapa kelebihan dan kekurangan, serta inspirasi rekaan railing tangga kaca untuk anda.
Kelebihan railing tangga kaca
Diperbuat dari kaca, membuat railing tangga kaca memiliki tampilan lut sinar yang bisa memberikan kesan moden, minimalis, dan clean. Inilah yang membuat railing tangga kaca sangat cocok diterapkan pada rumah bergaya moden minimalis. Kelebihan lain railing tangga kaca iaitu dapat menciptakan kesan ruangan yang lebih luas kerana diperbuat dari kaca lut sinar.
Kelemahan railing tangga kaca
Di sisi lain, railing tangga kaca juga memiliki kelemahan. Kelemahan utamanya iaitu mudah pecah, kerana materialnya yang terbuat dari kaca. Jika hal ini terjadi, tentulah sangat berbahaya untuk anggota keluarga di rumah. Namun, anda dapat mengurangkan masalah tersebut dengan memilih material kaca yang tepat.
Kaca tempered dan kaca laminate merupakan dua material kaca yang sesuai untuk railing tangga kaca. Kaca tempered dinilai lebih tahan dan lasak kerana dalam pembuatannya, material kaca ini melalui proses pemanasan dan pendinginan secara cepat yang membuatnya lebih kuat untuk menahan beban dari kaca biasa.
Apabila pecah pun, pecahan kaca tempered juga cukup selamat sebab akan hancur dalam bentuk pecahan kecil bulat dan tumpul. Selain itu, kaca tempered juga dapat memberikan kesan elegan dan moden pada sebuah ruang, yang biasa menambah nilai estetika.
Sementara itu, kaca laminate adalah material kaca yang menggabungkan dua kaca atau lebih yang dilapisi oleh interlayer film PVB (Polyvinyl Butyral). Lapisan interlayer film ini akan menjaga agar kaca tetap kuat walaupun saat pecah. Inilah yang membuat kaca laminate menjadi salah satu material kaca pilihan untuk railing tangga kaca.
Kombinasi Apa Yang Sesuai Untuk Railing Kaca
Apabila memilih pemegang tangga kaca pastinya buntu padanan apa pula untuk kemasan tangga ini. Pastikan kemasan tangga itu anda padankan dengan material stainless steel hitam, manakala tangga pula gunakan lantai kayu. Ini akan memberi mood nyaman dan effect WOW dalam rumah.
Barn Door ataupun pintu bangsal kini dilihat semakin mendapat tempat dihati pemilik kediaman di Malaysia. Barn door bukan sahaja dilengkapi dengan fungsi yang praktikal malah ia juga mempunyai nilai-nilai estetikanya yang tersendiri.
Set barn door yang ideal juga berupaya mengubah penampilan sesebuah ruang dengan memberikannya karakter, mahupun sebagai titik fokal yang menarik. Rekabentuk pintu seperti ini akan memberi anda kebebasan untuk bereksperimentasi dengan pelbagai konsep seperti kontemporari, moden, dan klasik.
SUMBER FOTO : PINTEREST DAN CARIAN GAMBAR GOOGLE
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.