2019 Semakin menyingkap tabir. Mesti ramai antara kita ada yang berhajat untuk ubahsuai rumah. Al maklumlah, inginkan persekitaran yang segar dan baru. Tapi bajet tak berapa mengizinkan. Macama mana? siapa kata untuk ubahsuai dekorasi kediaman memerlukan bajet yang besar? dengan menghias sudut dan ruang tertentu, ia mampu menyerlahkan dan memberi aura baru kepada dekorasi kediaman anda. Tak perlu beli perabot baru. Ini antara tip yang perlu anda lakukan untuk mengelak poket bocor tapi hasil ubahsuainya memang meletop:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sentiasa In Trend. Ini 6 Sebab Tak Rugi Kalau Bina Rumah Ada Elemen Kayu
Kayu merupakan bahan yang sentiasa in trend. Walaupun pelbagai konsep baru yang datang dan pergi, setiap satunya boleh dipadankan dengan kayu. Jadi tidak hairanlah jika material ini akan sentiasa mendapat tempat dihati pengguna. Selain gayanya yang tidak lapuk dek zaman, kayu juga merupakan bahan semulajadi yang versatile. Terdapat banyak kegunaan kayu yang dapat kita manfaatkan dalam kehidupan seharian. Banyak lagi faktor-faktor yang menjadikan kayu salah satu bahan yang masih kekal digunakan sehingga ke hari ni. Jadi mari kita selami elemen-elemen yang menjadikan material kayu ini menarik dan timeless.
Memiliki Nilai Seni Tersendiri
Rumah kayu dikatakan mempunyai nilai estetika semulajadi yang mampu bertahan dalam jangka masa yang lama. Warna natural kayu dan urat yang menarik juga menambah elemen kesenian yang sentiasa menjadi pilihan pemilik.
Memberikan Suasana Yang Nyaman
Rumah kayu tak kira moden atau tradisional sememangnya akan dapat memberikan persekitaran yang lebih selesa dan juga segar. Aliran udara yang lancar datang dari material itu sendiri juga dapat memastikan kediaman sentiasa berada dalam keadaan yang sesuai untuk didiami.
Menghadirkan Penampilan Yang Unik
Semakin sulit corak atau ukiran kayu yang digunakan, semakin tinggi pula nilai seni yang dimiliki rumah tersebut. Rumah kayu mempunyai penampilan yang unik dan menarik serta dapat memikat hati sesiapa pun yang melihatnya.
Material Kedap Bunyi
Bagi anda yang menggemarkan ketenangan dan menginginkan privasi, material kayu adalah salah satu bahan yang patut anda pertimbangkan. Kayu merupakan penyerap bunyi yang baik dan boleh menjadi pelaburan yang tepat buat anda menciptakan suasana yang aman di rumah.
Pelaburan Yang Bijak
Seperti yang sudah dikatakan pada perenggan sebelum ini, rumah kayu tidak hanya dapat dimanfaatkan sebagai kediaman impian tetapi juga sebagai pelaburan bijak. Ini adalah kerana rumah kayu yang kukuh dan tahan lama digabungkan bersama reka bentuk yang menarik akan dapat meningkatkan daya penarik rumah tersebut. Dan sudah tentu nilainya juga akan meningkat, menjadikannya sebuah pelaburan buat masa hadapan.
Struktur Tahan Gempa
Rumah kayu dikatakan memiliki daya tahan yang cukup baik terhadap gempa. Sifat kayu yang dikatakan elastik menjadikannya lebih tahan dan kebal dalam situasi gempa, berbeza dengan material binaan lain yang lebih mudah runtuh dan mendatangkan bahaya.
KEBURUKAN
Kos Yang Agak Tinggi
Buat anda dengan bajet yang minimum, material kayu bukan lah pilihan yang tepat. Ini kerana kekurangan sumber kayu telah mempengaruhi harganya sehinggakan menjadi semakin mahal dan hampir mustahil untuk memiliki sebuah kediaman yang dibina dengan 100% kayu.
Proses Pekerjaan Rumit
Tidak seperti batu bata yang di ‘ikat’ menggunakan simen, proses pemasangan kayu adalah amat rumit dan hanya boleh dilakukan pakar. Selain harga kayu yang mahal, bayaran upah membina daripada material kayu sudah tentunya lebih mahal kerana prosesnya yang susah.
Risiko Kebakaran
Perkara yang bukan lagi rahsia. Kayu merupakan bahan yang tidak tahan haba atau panas jadi ia bukanlah penebat yang baik. Satu kepincangan daripada material ini ialah jika berlaku kebakaran, segalanya akan dengan mudah dijilat api.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ada Yang Terkejut Apabila Fius Plug Meletup? Jangan Panik! Ini Cara Mudah Untuk Baikinya
‘Pop!’ Jika anda terdengar bunyi ini sewaktu memasang plug perkakas elektrik kepunyaan anda, ini bermakna fius pada plug barangan elektrik anda telah pun rosak dan perlu dibaiki.
Ada di kalangan anda yang sedang atau pernah mengalami situasi sedemikian sebelum ini? Tahukah anda, ada cara mudah untuk membaiki fius pada kepala plug anda yang telah meletup dan sudah rosak? Mari sini bersama IMPIANA bagaimana untuk membaikinya!
Baca artikel berikutnya: Cara Mudah Untuk Baiki ‘Extension Cord’
Dalam episod Tip Impiana bersama Sis Letrik, kami tampilkan Cik Aqilah, pengasas dan pemilik Aiszzy Electronics Enterprise untuk berkongsi tip dan cara mudah untuk membaiki fius pada kepala plug dengan cara yang mudah.
Apa yang cuma anda perlu lakukan adalah untuk mengantikan atau fius yang telah rosak lalu ditukarkan dengan fius yang baharu. Anda boleh sahaja mendapatkan barang alat ganti tersebut di mana-mana kedai elektrik atau hardware berdekatan dengan anda.
Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana caranya untuk membaikinya, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Sekiranya anda ingin mendapatkan alat ganti fius ini, anda boleh sahaja membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tak Nak TV Cepat Rosak, Pastikan LCD Televisyen Dicuci
Tak Nak TV Cepat Rosak, Pastikan LCD Televisyen Dicuci. Nak tanya, bila kali terakhir anda bersihkan TV LCD dan bagaimana? Mesti ada yang tak pernah langsungkan? kalau ada pun hanya lap guna kain. Tahukah anda, TV LCD merupakan antara perkakas elektrik yang sensitif dan memerlukan penjagaan khas. Silap gosok, bukan sekadar skrinnya mudah tercalar malah boleh merosakkan pixels (Bintik halus yang menghasilkan gambar pada setiap skrin tv)
Peringkat asa, pastikan TV LCD tidak dilekattan diruang yang menjadi tempat permainan anak-anak. Lebih mudah nak cakap, jangan mudah dicapai atau disentuh oleh kanak-kanak. Walaupun dengan sentuhan jari, permukaan skrin LCD anda mudah rosak. Selain dari itu, pastikan setiap minggu lakukan pembersihan habuk pada keseluruhan terutamanya permukaan skrin TV dengan menggunkan kain lembut atau Mikrofiber. Lakukan secara perlahan-lahan tanpa sebarang tekanan atau gosokkan.
GARISPANDUAN MENCUCI SKRIN TV LCD
1. Pastikan suis telah ditutup sebelum melakukan pembersihan. Ia bagi mengelak terkena renjatan ketika anda mencuci
2. Semak pada buku panduan yang dibekalkan ketika membeli TV cara untuk mencuci. Ada sesetengah pengilang menyarankan anda untuk menggunkan pencuci khas untuk komputer atau barang elektronik. Jika tidak mengikut manual yang telah diberikan, warenti kedai akan terbatal
3. Gunakan kain mikrofiber yang lembut dan berkualiti tinggi. Bersihkan habuk pada keseluruhan TV dengan menggunakan kain mikrofiber kering terlebih dahulu. Kebiasaanya, teknik ini sudah memadai untuk menyingkirkan semua habuk yang melekat pada TV.
4. Namun, jika masih ada kotoran, basahkan kain mikrofiber tadi dengan air tanpa klorin. Lap bahagian kotoran degil tadi dari bahagian atas skrin hingga ke bawah secara menegak dan berterusan. Pastikan tekanan yang diberikan perlahan dan keringkan air yang tersisa sepenuhnya.
5. Jika Masih ada kesan kotoran yang melekat, sediakan solusi 1 bahagian air bersama 1 bahagian cuka. Basahkan sedikit kain mikrofiber dan lapkan dari bahagian atas skrin tv ke bawah secara menegak dan berterusan. Lakukan beberapa kali
PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN
1. Jangan guna bahan pencuci yang mengandungi alkohol dan amonia. Bahan ini akan menyingkir atau mengikis lapisan perlindungan permukaan skrin dan menyebabkan paparan gambar berwarna pudar
2. Jangan semburkan sebarang cecair pada televisyen. Air yang disembur akan meleleh dan memasuki bingkai skrin. Ia akan menyebabkan kerosakkan kekal
3. Jangan sesekali guna tuala tisu, span, atau kain keras kerana ia boleh mencalarkan permukaan skrin
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV
BACA: Tip Pilih Jubin Rumah: Jenis, Tips Pilih, Corak & Cara Kira
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI