Minyak masak kebiasaan, selepas 3 kali diguna mula rosak dan ada yang tahan lama. Jadi, minyak tersebut perlu dibuang. Tapi, sebenarnya ada cara untuk anda pastikan minyak masak tahan lebih lama. Cara-caranya ialah:
1. Jangan biarkan minyak terlalu panas tanpa sebarang bahan untuk menggoreng. Ia akan mengubah tekstur dan aroma minyak
2. Segera padamkan api selepas selesai menggoreng
3. Untuk deep fry, pastikan anda mencapai suhu sesuai iaitu 180-190 darjah C secara api sederhana. Ia dapat membantu gorengan anda kelihatan lebih sempurna dan masak dengan cepat. Secara tidak langsung, ia mengurangkan penggunaan minyak
4. Tapis keledak setiap kali selesai menggoreng dengan menggunakan penapis teh jenis kain. Selain itu juga anda boleh gunakan kertas turas berbentuk kon untuk menapis. Keledak yang tersimpan kebiasaanya antara punca utama minyak cepat rosak
5. Jika anda melakukan proses menggoreng berulang, pastikan tapis sisa sebelum masukkan bahan gorengan seterusnya
6. Gunakan bekas kedap udara untuk menyimpan minyak masak
7. Simpan minyak terpakai di dalam peti sejuk. Minyak akan membeku, tapi ia akan cepat cair apabila dibiarkan seketika di dalam suhu bilik