Ramai buntu apabila saliran di dalam bilik air tersumbat. Bukan tersumbat terus, masih ada air mengalir tetapi perlahan. Tidak seperti membersihkan atau menyelesaikan masalah sinki yang tersumbat [klik sini untuk artikel: 2 Penyelesaian Mudah Bila Sinki Tersumbat Yang WAJIB Anda Cuba], saliran di dalam bilik air lebih kritikal kerana kebiasaanya bahan yang menyebabkan tersumbat terdiri dari rambut yang tidak mudah mereput.

Sebab itu, kebiasaanya pemilik akan memanggil tukang paip untuk menyelsaikan masalah ini. Tapi, tahu je lah harga tukang paip ni. Kalau dapat jenis berlesen mahu diketuk RM300 terus. Anggaplah itu sebagai penyelesaian terakhir anda. Impiana sarankan anda lakukan 7 penyelesaian mudah ini terlebih dahulu. Jika ke semua langkah gagal, barulah pilihan yang ke-8 iaitu dengan memanggil tukang paip

1. Curah air panas
Curahkan air panas terus ke dalam lubang saliran bilik air anda. Lakukan beberapa kali. Sebaiknya, sehingga air yang dicurah terkeluar semula dari saliran lantai. Jika ini berlaku, segara pam. Jika tiada air bertakung, ini menunjukkan saliran anda tidak tersumbat lagi

2. Guna pum getah atau plunger
Ini antara peralatan wajib setiap kali berhadapn dengan masalah sinki atau saliran tersumbat. Namun, tak semu menggunkannya dengan kaedah yang betul. Untuk memastikan tekanan cukup untuk mengepam saliran yang tersumbat, sapu kan sedikit petroleum jelly atau vasellin pada mulut getah. 7 Cara Untuk Selesaikan Masalah Saliran Bilik Air Tersumbat Tanpa Perlu Panggil Tukang Paip

IKLAN

3. Cuka dan baking soda
Tuangkan satu cawan baking soda dan 1 cawan cuka terus ke dalam lubang saliran yang tersumbat dan biarkan 1 jam. Selepas itu, tuangkan air panas beberapa kali. Jika air masih bertakung, pumkan dengan menggunkan plunger

4. Tarik bahan yang tersumbat dengan tangan
Jika ke tiga- tiga kaedah tadi masih gagal. Nampaknya anda tiada pilihan dengan menarik sendiri bahan yang tersumbat di dalam saliran. Jika tangan anda tidak muat atau tidak sampai menarik bahan yang tersumbat. boleh terus langkah ke-5 7 Cara Untuk Selesaikan Masalah Saliran Bilik Air Tersumbat Tanpa Perlu Panggil Tukang Paip

IKLAN

5. Hook (pencangkuk saliran)
Jika tangan anda gagal mencapai bahan yang tersumbat di dalam saliran, boleh dapatkan pencangkuk saliran dari kedai. Namun, pencangkuk saliran mempunyai jarak yang terhad. Jika masih tidak sampai, boleh cuba menggunkan plumber’s snake 7 Cara Untuk Selesaikan Masalah Saliran Bilik Air Tersumbat Tanpa Perlu Panggil Tukang Paip 7 Cara Untuk Selesaikan Masalah Saliran Bilik Air Tersumbat Tanpa Perlu Panggil Tukang Paip

6. Plumber snake
Plumber snake sama seperti plumber hook, beranya ia mempunyai jarak yang lebih jauh untuk dicapai. Tambahan, plumber snake disertakan dengan sistem menggerudi menual di mana ia dapat menyelinap di dalam bahan yang tersekat. Ini lebih memudahkan anda untuk menarik keluar bahan yang tersumbat di dalam saliran 7 Cara Untuk Selesaikan Masalah Saliran Bilik Air Tersumbat Tanpa Perlu Panggil Tukang Paip

IKLAN

7. Menggunakan bahan kimia
Terdapat pelbagai produk di pasaran yang dikhaskan untuk menyelesaikan masalah saliran yang tersumbat. Namun, keberkesanannya bergantung kepada produk yang digunakan. Tambahan, anda perlu berhati-hati ketika menggunkan bahan kimia ini. Khuatir mengancam keselamatan dan kesihatan anda. Namun, tiada satu pun yang dapat dibuktikan bereksan. Ini kerana, penyelesaian saliran bilik air yang tersumbat dengan menggunkan kimia hanya bersifat sementara dan akan berulang. 7 Cara Untuk Selesaikan Masalah Saliran Bilik Air Tersumbat Tanpa Perlu Panggil Tukang Paip

8. Panggil tukang paip
Jika kesemua cara di atas masih gagal, langkah terakhir adalah dengan memanggil tukang atau juru paip. Tanya dulu tafsiran harga bagi kerosakkan yang berlaku takut nanti anda akan terkejut dengan resit yang diberi tukang paip selepas selesai lakukan tugas. Walaupun hanya membuang atau mengeluarkan bahan yang tersumbat dengan menggunkan plumber snake, si tukang paip boleh mengenakan harga ratusan.7 Cara Untuk Selesaikan Masalah Saliran Bilik Air Tersumbat Tanpa Perlu Panggil Tukang Paip

Sumber: https://dengarden.com

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI