






Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Tip Dekorasi Cipta Ruang Tamu Lebih Santai & ‘Welcoming’

Ruang tamu, adalah jantung setiap kediaman. Menjadikan ruang tamu sebagai ruang buat keluarga bersantai dan berkumpul, sekaligus memaksimumkan ruangan mana-mana rumah jenis minimalis, sederhana besar mahupun kecil lebih berfungsi demi mencipta atmosfera yang tenang dan mendamaikan. Apa apa pun ruang tamu dan ruang keluarga untuk sesebuah kediaman kerana kedua-duanya mempunyai peranan yang sama penting.
Rumah minimalis atau berkeluasan sederhana mempunyai ruang tamu dan ruang keluarga secara terpisah yang kadangkala mendatangkan kesukaran. Ini kerana ruangan lain juga perlu dipertimbangkan. Salah satu cara penyelesaiannya ialah dengan memanfaatkan setiap ruang rumah dengan efektif serta semaksimum mungkin.
Jadi apa yang boleh anda lakukan? Jom kita intai 5 tip dekorasi agar ruang tamu anda lebih santai dan ‘welcoming’.
LIHAT KEPERLUAN
Tanya diri sendiri adakah anda benar-benar memerlukan tamu? Jika jawapannya ialah ‘Ya’ maka anggarkan jumlah tetamu yang biasa datang dan siapa mereka. Perkara ini sangat penting sebelum anda mengubah ruang keluarga dan ruang tamu sekaligus.
Ramai yang mudah terjebak dengan tanggapan bahawa rumah perlu memiliki ruang tamu sedangkan tuan rumah jarang menerima tetamu di rumah. Jika memang tidak diperlukan, mengapa perlu tergesa-gesa untuk mengubahnya?
GUNAKAN SINGLE CHAIR
Berapa pun jumlah tetamu yang datang ke rumah akan mempengaruhi letaknya perabot terutama tempat duduk. Jika memang tidak ramai tetamu maka tidak perlulah menempatkan sofa yang berukuran besar. Cara ini lebih praktikal kerana single chair boleh dipindahkan ke ruang lain jika benar-benar tidak digunakan.
REKAAN YANG FLEKSIBEL
Manfaatkan sesebuah ruang untuk dua fungsi yang berbeza. Sebaik-baiknya ialah menggunakan rekaan yang fleksibel agar tidak kelihatan terlalu kosong. Penggunaan sofa pada ruang tamu sekaligus sebagai ruang keluarga dapat mengurangkan sofa yang tidak terlalu formal sehingga terkesan santai seterusnya menjadikan suasana lebih tenang. Agar reka bentuk ruangan terasa semakin rileks anda boleh menambah karpet serta beberapa bantal unik.
TIDAK TERLALU BANYAK BARANG
Perabot yang terlalu berlebihan akan membuatkan ruang rumah terasa sempit. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi sebaik-baiknya pilih dan susun semula barang serta perabot yang dietrapkan untuk ruang tamu yang turut menjadi ruang keluarga.
SUSUN RAPI
Memandangkan ruang tamu juga menggabungkan ruang keluarga maka waktu yang dihabiskan di ruang tersebut akan menjadi lebih banuyak. Oleh kerana itu, mengatur ruangan agar menjadi setenang yang mungkin merupakan perkara yang penting. Setiap sudut dan sisi ruangan dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin. Contohnya, dengan menempatkan tanaman indoor agar ruang kelihatan lebih sejuk dan segar.
Semoga bermanfaat!
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kabinet Dapur Biarlah Binaannya Praktikal, Ini Layout Yang Betul Dan Ideal

Isi Kandungan
ToggleKabinet dapur biarlah binaannya praktikal. Ramai suri rumah yang sudahpun mempunyai gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman mereka sebelum seorang tukang kabinet datang menunjukkan design pada mereka.
Bagaimana pula dengan layout kabinet dapur? Ramai ke yang tahu layout yang bagaimanakah yang mereka mahukan untuk dapur mereka? Perlu difahami bahawa design untuk kabinet dapur yang dipilih mestilah sesuai dengan keluasan dan ruang pada sudut dapur.
Dikongsikan tip layout untuk membina kabinet dapur. Tip ini bagi membantu mereka yang sedang merancang untuk membuat kabinet dapur supaya tidak tersalah membuat kabinet dapur. Semoga bermanfaat.
TIP UNTUK LAYOUT KABINET DAPUR YANG BETUL DAN PALING IDEAL 
Sumber: Asri Meris Anthony
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kilatkan Kembali Periuk Hitam & Berkerak, Guna Dua Bahan Je!

Isi Kandungan
ToggleSudah banyak periuk baru dibeli kerana periuk lama cepat menjadi hitam.
Ini disebabkan oleh warna api dapur yang berwarna oren, yang dikatakan boleh membuatkan periuk cepat hitam dan rosak kerana terlalu kuat. Rupanya, ada cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan kesan api warna oren ini agar kualiti periuk di rumah anda, terutamanya yang mahal, dapat dijaga. Caranya mudah sahaja!
Boleh cuba cara yang dikongsi Makudacun Ibra ini.
Dah cuba, cara ini berkesan
Sebenarnya ada banyak cara tapi ini salah satu cara yang pernah dicuba dan menjadi. Guna bahan yang ada di dapur saja.
Bahannya
Baking powder atau soda bikarbonat
Lemon atau cuka
Caranya
- Mula-mula kita panaskan air dalam kuali atau dalam periuk, masak hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan soda bikarbonat atau baking powder.
2. Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik rendam keseluruhan periuk.
3. Biarkan berapa jam kemudian barulah disental. Kadang-kadang kotoran ia akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manja dah berkilat semula.
Hasilnya
Terus macam periuk baru kan. Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:Nak Bunga Kertas Lebat Berbunga, 8 Perkara Ni Wajib Anda Lakukan
Artikel Menarik:Tanam Sendiri Pokok Selom Dalam Polesterin, Lebih ‘Fresh’ Buat Ulam-Ulaman
Mesti Baca:Pokok KESUM Tumbuh Subur Merimbun, Kena Kerat Selalu Biar Bertunas Baru!
Sumber: Makudacun Ibra
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI