Tip IMPIANA pada kali ini khas untuk semua pemilik kediaman yang mempunyai balkoni. Tidak kiralah sebesar mana pun ruang balkoni anda, dekor tetap dekor.
Amat sedih apabila kita lihat mahligai indah yang mempunyai pemandangan cantik tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa hiasan yang sesuai sehinggakan ianya dibiar kosong begitu sahaja serta menjadi tempat sidaian kain basahan.
IMPIANA kongsikan beberapa idea balkoni menarik dan praktikal agar anda boleh merenovasikan balkoni anda menjadi segar dan sedap mata memandang, jangan sampai ruang tamu serta dapur cantik, tetapi balkoni hambar.
1) Susun atur sofa L Shape di balkoni
Jangan ingat ruang tamu sahaja anda boleh letak L-Shape sofa, di balkoni juga anda boleh muatkan sofa ini dengan memilih secara teliti mengikut ukuran saiz balkoni yang anda miliki. Pulang kerja selain daripada melepak di ruang tamu, balkoni juga berupaya untuk menjadi ruang rehat yang memuaskan disulami angin bayu.
2) Ruang pejabat mini
Untuk pemilik kediaman balkoni bukan open air, anda boleh jadikan ruang balkoni anda ruang pejabat mini. Di kala anda tidak punyai idea yang bernas, apa kata rehat sebentar sambil menghirup secawan kopi sambil menikmati pemandangan indah. Mana tahu, tiba-tiba pelbagai idea awesome datang. Who knows!
Ads
3) Makan malam romantik
Dari berbelanja mewah di restoran hanya untuk makan malam romantis, lebih baik anda masak sendiri hidangan serta juadah dan fully utilized balkoni kediaman anda untuk menyambut hari istimewa bersama pasangan. Percayalah, pasangan anda lebih menghargainya daripada berbelanja besar di restoran mewah. Hari-hari lain anda boleh jadikan ianya sebagai ruang makan tidak kira sarapan atau makan tengahari. Ianya milik anda, tidak perlu book table pun.
4) Merasai pengalaman Marakesh, Morocco di balkoni sendiri
Untuk mereka yang gemarkan idea dekorasi timur tengah. Anda boleh pasangkan ruangan balkoni dengan lampu malap yang cukup untuk menerangi ruangan balkoni. Hanya tambah sofa yang selesa dan pastinya jug Shisha untuk menambahkan lagi elemen timur tengah. Jangan lupa untuk pasang sliding door kedap udara. Anda pastilha tidak mahu cemari ruang tamu anda dengan asap shisha sehingga menimbulkan ketidakselesaan tetamu yang berada di dalam.
Ads
5) Cucuk tanam di tengah kota
Idea biasa tetapi menarik untuk dilaksanakan di balkoni anda. Jadikan ianya ruang untuk anda bercucuk tanam secara kecil. Anda boleh tanam cili, daun sup, daun pandan, daun kari, kunyit, pokok selasih, daun kesum, serai dan sebaginya lagi. Tetapi ingat, anda kena jaga dengan betul segala tanaman yang diusahakan, takut nanti balkoni anda menjadi sarang untuk tetamu yang tidak diundang.
6) Rumah untuk si comel
Ads
Daripada kita biarkan si comel duduk di luar rumah dan berpotensi besar untuk diganggu penduduk lain, apa kata anda gunakan balkoni anda sebagai taman permainan buat kucing kesayangan anda. Mereka akan bebas daripada gangguan haiwan lain serta orang ramai pun tidak akan mengata jika mereka membuang air besar. Kucing anda, tanggungjawab anda.
7) Parti BBQ di balkoni
Siapa kata nak anjurkan parti BBQ di rumah kondominium atau apartment tidak sesuai. Kalau persiapan keselamatan anda mantap, ianya tidak menjadi masalah. Yang penting anda kena pastikan pemisah antara balkoni dan ruang dalam kediaman adalah sliding door yang kedap udara. Tinggal di kediaman kompak, persiapan BBQ anda juga seharusnya berskala kecil untuk tetamu yang tidak ramai.
Bagaimana dengan paparan yang IMPIANA sajikan, jika anda berpuas hati, realisasikannya mengikut kreativiti anda dan jangan lupa untuk tag FB page IMPIANA agar idea menarik anda dapat diikuti oleh pembaca lain. Salam dekorasi!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rata-rata pemilik rumah sewa kini tidak berminat nak menghias kediaman mereka kerana beranggapan rumah itu bukan milik mereka dan mungkin hanya tinggal sekejap saja disitu jadi tak perlu membazir wang nak deko pun. Tapi sedarkah anda, rumah kita melambangkan keperibadian kita. Kalau rumah tak selesa dan kusam, apa pula orang akan fikir tentang tuan rumah tersebut nanti?
Itulah yang pemilik akaun fb Puan Syafiqah Syaza ingin tekankan kepada semua penyewa rumah diluar sana. Supaya jangan malas nak menghias atau mencantikkan kediaman walau hanya disewa sementara kerana ianya tidak memerlukan kos yang tinggi pun. Yang penting, perancangan yang teliti dan bijak. Kerana bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” jelas menggambarkan yang jika benar mahukan rumah yang cantik dan selesa, tak perlu tunggu cukup duit nak beli rumah sendiri pun. Mulakan dengan rumah yang disewa juga sudah memadai.
Terletak di Semabok, Bandar Melaka rumah sewa kampung yang mempunyai 2 bilik serta 1 bilik air ini dihias dengan konsep modern chinoiserie yang menggabungkan warna biru dan putih. Walaupun ruang terhad dengan keluasan 600 kaki persegi, tema itu dapat dizahirkan dengan baik sekali oleh pemilik. Perlu selalu diingat, hiasan dan susuan atur perlu disesuaikan dengan saiz ruang agar tidak nampak terlalu sarat dan serabut.
Mendapat ilham dan idea daripada perkongsian di IMPIANA sendiri, Puan Syafiqah mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja untuk menyiapkan rumahnya sebelum musim perayaan yang lalu. Berlainan bagi setiap individu, beliau lebih selesa membeli barang online seperti di Shopee kerana mudah dan jauh lebih murah berbanding harga barang diluar sana. Jumlah RM1.5k termasuk perabot ruang tamu yang dibeli di kedai secondhand perabot hotel telah dibelanjakan. Pesan Puan Syafiqah lagi,
Bagi saya, untuk mula menghias kediaman, kena bermula dari rajinkan diri mengemas. Bila kemas, dari situ kita boleh fikir untuk idea dekorasi mengikut citarasa sendiri. Dan bagi saya, untuk menghias tidak perlu barang yang mahal, cukup nampak cantik dan harga berbaloi sudah memadai.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Oleh kerana kita semua menghabiskan lebih banyak masa di rumah sambil menjalankan rutin harian kita, tempat tinggal kita telah menjadi nadi kehidupan kita. Untuk membiasakan diri dengan cara hidup baru, penting untuk memastikan persekitaran rumah kita terus memenuhi keperluan masa depan yang pelbagai fungsi. Dengan menyuntik rasa segar dengan penyelesaian yang tepat, kita akan dapat memanfaatkan ruang di rumah kita secara kreatif sambil mencari fungsi yang lebih besar di dalamnya.
Untuk memberikan penjimatan yang lebih besar kepada rakyat Malaysia, IKEA kembali dengan potongan 50% untuk pembelian di atas talian. Semasa penghantaran trak hanya RM10 untuk penghantaran bungkusan. Menawarkan barang keperluan yang berpatutan untuk setiap bahagian kediaman, berikut adalah beberapa inspirasi dan penyelesaian pantas untuk menghidupkan semula ruang di dalam kediaman anda.
Tunggu apa lagi jom shopping!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pelakon Azhar Sulaiman,53 atau juga lebih mesra membahasakan diri ‘Behar’ baru-baru ini berkongsi antara aktiviti malamnya di bulan Ramadan. Dalam perkongsian di media sosial, jelas pengacara yang juga seorang arkitek ini, sejak 1 Ramadan dirinya tak boleh tidur malam dan memenuhi waktu malam tersebut dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti mencuci karpet di rumah.
“Sejak 1Ramadan Behar takleh tido malam. I think i dah terkena Amnesia – Terlupa untuk tido malam!” katanya.
Kreatif Jemur Karpet Guna Rangka Laundry Bag
Dalam video ringkas yang dikongsikan, pelakon yang dikenali suka bertukang serta melakukan aktiviti DIY ini juga turut berkongsi tip cara dia mencuci dan menjemur karpet di laman rumah.
Menariknya Behar cukup kreatif menggunakan rangka laundry bag IKEA dan rod panjang untuk dijadikan tempat menjemur karpet yang telah dicuci nanti.
Bukan itu sahaja, ayah kepada Kasih Iris Leona, Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin ini turut merancang untuk memperbaiki semula rumah kucingnya yang rosak terbiar sebelum ini. Behar merancang untuk mengecat, meletak lampu raya sebelum diletakkan di laman rumah menjelang raya nanti.
Memang rajin sungguh dan cukup kreatif pelakon Azhar Sulaiman ni. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.