Isi Kandungan
ToggleMenghias dan mendekor kediaman merupakan terapi bagi sesetengah orang. Selain perabot dan aksesori lain, kita juga boleh penuhi ruang kediaman dengan tumbuhan hijau yang memberikan banyak mafaat buat penghuni.
Namun, ada yang masih skeptikal dan tidak mahu mengambil risiko kerana khuwatir tumbuhan akan layu dan mati.
Antara penyebab utama tanaman indoor mati termasuklah cara menyiram yang salah ataupun kerana kurang pencahayaan.
Jadi kali ini IMPIANA akan senaraikan 7 jenis tanaman indoor yang low maintenance agar mudah untuk pemilik menjaganya
1. Areca Palm
2. Boston Fern
3. Chinese Evergreens (Aglaonema Plant)
4. Dracaena Fragrans (Corn Plants)
5. Monstera Deliciosa (Cheese Plant)
6. Golden Pothos (Money Plant)
7. Sansevieria (Snake Plant)
Sumber gambar : Google
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Perabot Taman Dengan 45 Kayu Palet
BUAT SENDIRI memang menyeronokkan kalau berhasil, apa kata kita cuba projek BUAT SENDIRI ni. BUAT SENDIRI perabot taman dengan 45 kayu palet. Laman yang dah lama hambar tu boleh la berwajah baru lepas ni. Bersantai dengan keluarga tercinta hujung minggu memang terbaik tambah pulak buat BBQ…
Untuk projek ini, anda akan memerlukan kira-kira 45 batang kayu palet dan…
- Berus cat roller dan dulang cat yang kecil
- Berus atau penyembur cat (lebih bagus)
- Cat kapur perabot taman
- Drill elektrik dengan skru
- Kusyen
Kemudian, anda boleh mengubah taman anda dalam hanya beberapa jam.
Bersih dan gosok semua kayu palet dengan kertas pasir.
Tugas ini lebih mudah sekiranya anda mempunyai mesin pengamplas kayu, tapi jika tiada, anda boleh menggosoknya secara manual. Mungkin, ia agak remeh tetapi hasil akhirnya berbaloi dengan peluh dan air mata anda.
Selepas itu, cat semua palet dengan warna pilihan anda. Untuk mendapatkan rekaan gaya Inggeris, kami sarankan anda memilih warna putih. Jika anda mahu membuatkan taman nampak lebih luas, pilih warna lembut seperti warna pastel.
Penyembur cat automatik akan membuatkan tugasan ini lebih pantas. Namun, saya cadangkan anda untuk menyewa atau meminjam satu penyembur dari rakan anda kerana masa yang diperlukan untuk mengecat 45 kayu palet dengan berus cat tidaklah menyenangkan.
Selepas anda mengecat palet anda, biarkan ia kering selama 24 jam.
Sekarang, masa untuk memakukan kayu palet anda.
Ia lebih bagus sekiranya anda membuat lakaran rekaan taman mengikut keinginan anda. Ini akan memberikan kepada anda idea tentang berapa banyak kayu palet yang anda perlukan dan di mana dan bagaimana untuk menyusunnya.
Selepas anda selesai meletakkannya di mana perlu dengan paku dan gam kayu, langkah terakhir adalah hiasan.
Anda boleh menghias teres kayu anda dengan kusyen dan bantal berwarna-warni dan juga elemen hiasan yang lain untuk mendapatkan rupa taman yang hangat dan selesa seperti yang anda inginkan.
Siapa yang tak suka untuk berehat di teres kayu pada waktu petang yang redup? Saya sudah tentu suka. Sambil duduk bersembang, sambil minum teh dengan keluarga atau rakan-rakan!
Ya! Sekarang anda tahu yang anda boleh membuat sesuatu yang kreatif dan cantik dengan kayu palet tanpa perlu berbelanja besar.
Pada era DIY ini, ia sungguh bermanfaat untuk menemui benda kreatif yang boleh anda buat dengan objek-objek biasa di sekeliling anda.
Artikel Berikut: Meriah Raya Dengan The LEGO Group memperkenalkan dua set baharu koleksi LEGO® Botanical yang indah untuk dijadikan hiasan rumah Syawal nanti
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Betul Ke? Sebab Terlalu Cantik Hias Rumah Macam Ni, Mesti Orang Ingat Kita Ni Rakyat Bunian
Memperhiasi rumah dengan tanaman pokok, amatlah sesuatu perkara yang bagus untuk dilakukan kerana pokok dapat memberi kita oksigen yang baik. Akan tetapi, menghiasi tanaman pokok dengan betul pun, penting juga. Jadi, mari sini saya beritahu apakah cara untuk menghias tanaman pokok bagi menampakkan rumah nampak sangat cantik dan kemas.
PERIKSA KESESUAIAN RUANG DAN POKOK
Kerana tanaman itu akan menjadi sebahagian daripada reka bentuk rumah anda, pastikan ia mempunyai ruang yang cukup dan tidak menghalang laluan atau pemandangan. Kebanyakan tumbuhan hiasan memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk berkembang, kadar pengambilan cahaya juga penting. Perkara lain yang perlu dipertimbangkan ialah kelembapan udara di dalam rumah, tahap suhu bilik, bilangan tingkap, dan sebagainya. Jika anda sudah mempunyai tempat yang sesuai, anda boleh memilih mana-mana tumbuhan untuk menghiasi dan meningkatkan persekitaran tempat tinggal anda.
PADANKAN DEKORASI DENGAN RUMAH SEDIA ADA
Sebaik-baiknya, kita meletakkan dulu perabot-perabot yang sedondon dengan warna dinding atau persekitaran ruangan rumah. Lepas itu, baru lah meletakkan tanaman pokok yang bersesuaian dengan dekorasi dalam rumah itu. Pastikan, semasa anda memilih tanaman pokok, lebih elok jika anda dapat memilih warna pasu atau yang boleh masuk dengan warna cat dinding rumah anda.
GUNAKAN JENIS TANAMAN YANG BERBEZA.
Dalam perhiasan tanaman pokok, kita juga mesti ada kesenian dalam diri selain kreatif dalam penyusunan. Oleh itu, penggunaan tanaman yang berbeza juga penting kerana ia tidak mahu nampak terlalu bosan dengan dekorasi tanaman pokok dalam rumah tersebut. Malahan, ia dapat menceriakan lagi keadaan rumah itu sekiranya menggunakan tanaman pokok yang berbeza.
Secara kesimpulannya. Tak semua orang tau mampu menggayakan tanaman ni, umpama macam nak menggubah bunga lah. Nampak mudah, tapi susah sebenarnya. Maka dengan itu, selesailah saya dalam menerangkan tentang tips untuk menghiasi dalaman rumah dengan tanaman pokok.
Sumber: Property Guru, Penulis: Tramizi Hussin
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Petua Supaya Pokok Kesum Elok Subur Dan Akar Bercambah Dengan Sempurna
Seperti umum mengetahui, daun Kesum antara sayur-sayuran yang penting dalam setiap masakan. Maka oleh itu, anda disarankan untuk menanam pokok Kesum ini di halaman rumah anda. Jadi, anda tidak perlu lagi membeli di pasar jika mahu mendapatkannya kalau sudah ada di halaman rumah.
Pasti ada di kalangan anda yang mahu mengetahui bagaimana caranya untuk menanam pokok Kesum di halaman rumah anda. Jika sebelum ini anda pernah cuba menanamnya tetapi tanaman pokok Kesum anda tidak berhasil, apa kata anda cuba lakukan petua ini.
CARA-CARANYA:
1. Pilih dahan pokok kesum yang segar dari pokok induk dan kerat.
2. Sediakan botol atau balang lutsinar sama ada plastik atau kaca.
3. Buang daun-daun di bahagian bawah dan rendam pokok kesum dalam botol berisi air. Guna air paip saja
4. Letak pokok kesum yang direndam di tempat yang mudah dapat cahaya tapi bukan cahaya matahari terus.
5. Saya guna balang lutsinar ini supaya mudah nampak kalau ada jentik-jentik. Tapi setakat ini belum ada lagi.
6. Tambah air jika nampak dah surut. Tak perlu tukar air air hari-hari. Setakat 2-3 minggu air masih elok jernuih. Kalau mula nampak hijau cuci balang atau bekas saja.
7. Dalam tempoh sebulan selepas tanam, pokok kesum ini tak perlu letak baja lagi. Selepas tempoh sebulan bolehlah letak baja AB atau NPK 15.
8. Tapi, jika berhasrat nak pindahkan pokok kesum ini ke tanah tak perlu letak baja. Boleh terus tanam dalam pasu atau ke tanah. Boleh guna media tanah campuran kelapa sawit dan cocopeat.
Kredit: Nur Izzah Mahmud
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: 8 Kesalahan Ketika Menggunakan ” Air Fryer ” Yang Ramai Tak Tahu
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI