
[por.se.lin] | ڤورسلين
Definisi : bahan seramik yang diperbuat daripada campuran tanah liat, kuarza dan lain-lain, yang digunakan sebagai penebat elektrik, peralatan dapur/ makmal dan sebagainya.
(SUMBER : Dewan Bahasa dan Pustaka)
Jubin porselin merupakan salah satu cabang bahan daripada kelompok jubin seramik. Ia sering menjadi pilihan pengguna kerana sifat dan ketahanannya, selain mempunyai pilihan corak dan tekstur yang luas dan pelbagai. Walaupun porselin diperbuat daripada bahan asas yang sama seperti seramik, ia mempunyai keistimewaan dan manfaatnya yang tersendiri. Kali ini, IMPIANA ingin kongsikan faedah penggunaan jubin porselin supaya anda boleh menilai sendiri sama ada kemasan ini berbaloi atau tidak untuk digunakan di kediaman anda.
- Tahan kelembapan
- Tahan karat (mempunyai rintangan asid dan alkali yang tinggi dan penyerapan air rendah)
- Jangka hayat yang panjang
- Mudah dibersihkan
- Mudah diselenggara
- Sesuai untuk kegunaan di kawasan trafik tinggi
- Ditawarkan dalam pelbagai gaya dan corak
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nak Beli Mahal Macrame Ni, Apa Kata Kita Buat Sendiri Beli Bahan Online Je!

Semakin hari semakin jemu, bila kurang aktiviti bersama keluarga di rumah. Hanya lakukan kerja-kerja kebiasaan. Mula la timbul rasa cepat marah dan sebaginya. IMPIANA nak kongsikan aktiviti membuat Macrame yang bukan sahaja cantik boleh jadikan hiasan dalam rumah tapi boleh membangkitkan rasa seronok dalam hubungan kekeluargaan.
Nak buat Macrame ni bukannya susah sangat pun, bila dah dapat momentum nak buat tu pasti tak berhenti. Jom ajak anak-anak kita buat sama-sama. Lepas dah buat dah jadi apa kata anda cuba jual di media sosial, pasti mendapat sambutan, kerana Macrame kini mendapat tempat dihati pengemar konsep Bohemia.
Contoh Macrame
Boleh dapatkan bahan untuk membuat Macrame anda di sini.
1. Macrame Natural Wool Rope White Cotton Yarn for DIY Crafts 3MM x 100M Natural Jute Twine
https://invol.co/cl51r9l
2. 10mm Cotton Rope Macrame Twisted Cord Beige for Scrapbooks Handmade Cards Gardening
https://invol.co/cl51rbg
3. Macrame dowel Wood Branches Teak Wood 1 meter
https://invol.co/cl51rcr
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Seni Bina Ruang Tamu Untuk Orang Islam, Privasi Dan Aurat Tuan Rumah Lebih Terjaga

Isi Kandungan
ToggleRekabentuk rumah lama sangat mementingkan privasi penghuni kediaman. Jika diperhatikan, rekaan rumah lama telah diadakan sudut khas untuk tetamu tanpa perlu mengganggu privasi penghuni kediaman yang lain.
Khairunnisa Hamzah seorang pengasas Reka Bentuk 3D Online telah berkongsi ilmu bagaimana ruang tetamu yang sesuai dibina untuk rumah orang Islam.
Sekiranya anda berkeinginan untuk membina rumah sendiri dan mempunyai modal lebih, apa salahnya jika mengikuti saranan ini. Keselesaan ahli keluarga anda pastinya akan terjamin selain mengikut tuntutan syarak terutama dari segi menjaga aurat. Semoga bermanfaat untuk semua.

BAGAIMANA RUANG TAMU YANG SESUAI UNTUK RUMAH ORANG ISLAM?
Adalah lebih baik jika tetamu tidak dapat melihat langsung aktiviti dan dalaman rumah keluarga. Cukuplah pergerakan tetamu di ruang tetamu sahaja.
“Minta maaf, nak tumpang tandas, boleh?” Biasa tetamu akan buat permintaan mengejut sebegini apabila datang berkunjung.
Sekiranya ada tandas di ruang tetamu, tetamu tidak perlu lagi masuk ke dalam bilik-bilik tuan rumah atau terus terjah ke dapur.
Saya ada menonton kuliah agama seorang ulama Indonesia yang mengatakan:
“Yang terbaik adalah jika kamu boleh mengasingkan ruang tetamu dengan ruang keluarga. Kalau boleh, diasing terus dari rumah kamu sehingga apabila kamu menutup pintu dan menguncinya sekalipun, tetamu masih boleh aman di situ.”
Maksud beliau kita sememangnya wajib melayan tetamu sebaiknya. Oleh itu sediakan ruang untuk tetamu semampu boleh namun paling penting ialah mengambil kira aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.
Siapkan ruang duduknya, ruang bersucinya (tandas), ruang solatnya dan juga ruang berehatnya (bilik tidur) di satu kawasan yang sama yang tidak perlu melalui ruang keluarga.
Ini dapat membataskan aurat, pandangan dan pergaulan antara tetamu dan ahli keluarga.
Orang putih ada wujudkan ‘powder room’ di ruang tamu. Ia adalah bilik bersiap yang dilengkapi dengan kemudahan tandas.
Namun berbeza dengan rumah-rumah di negara kita yang kebanyakkannya tandas diletakkan di ruang dapur atau di dalam bilik tidur.
“Nisa, macam mana ya nak buat? Kalau tetamu datang, dari pintu masuk terus boleh nampak akak tengah memasak di dapur. Tak selesalah. Kadang tak sempat pakai tudung atau baju lengan panjang,” luah salah seorang pemilik kediaman masa sesi makeover rumahnya.
Sekarang banyak rumah buat konsep terbuka (open concept). Namun, apabila menerima kehadiran tetamu secara mengejut, ia menyebabkan wanita Islam tidak selesa kerana belum bersedia menutup aurat. Apatah lagi ketika itu sedang sibuk beraksi dengan kuali di dapur.
Jika kita lihat senibina rumah lama dahulu, mereka sudah ambil berat tentang hal ini terlebih dahulu. Di dalam rumah mempunyai ruang publik, semi publik dan ruang privasi.
RUANG PRIVASI
Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya ditapis dan dilayan hanya di serambi (ruang publik).
SEMI PUBLIK
Sekiranya merupakan tetamu rapat seperti kenalan atau saudara, barulah dapat masuk sehingga ke ruang menonton, ruang rehat dan ruang makan.
RUANG PRIVASI
Manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur (ruang privasi) hanya untuk tuan rumah sahaja.
Ramai antara kita sudah siap beli rumah daripada pemaju. Jadi bagaimana untuk menjadikan rumah kita terpelihara aurat dan pandangan dari tetamu?
MUNGKIN BOLEH BUAT BEGINI:
1. Boleh buat penghadang pandangan seperti tambahan tembok atau tabir yang menghalang pandangan terus ke ruang privasi tuan rumah.
2. Boleh tambah tempat wuduk dan ‘powder room’ (tandas) di hadapan rumah.
3. Boleh siapkan bilik tidur/bilik solat tetamu di hadapan rumah.
PENGALAMAN BERKUNJUNG KE RUMAH KENALAN DI INDONESIA:
Saya pernah datang berkunjung ke rumah kenalan di Indonesia. Ia merupakan rumah bertingkat (apartment). Apa yang menariknya, setiap rumah itu dilengkapi dengan ruang yang sangat menarik perhatian saya.
Pemaju menyiapkan ruang untuk pembantu rumah yang boleh dipisahkan terus dari rumah keluarga. Ini bermakna apabila tutupnya pintu dapur dari dalam, maka pembantu rumah boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa kerana dilengkapi dengan tempat tinggal, tandas, fasiliti lain dan boleh terus keluar dari kawasan pagar rumah di bahagian tersebut. (Ada 2 akses)
Mungkin apa yang boleh kita buat akan datang ialah merekabentuk rumah di mana ruang tetamu boleh direkabentuk sebegitu. Ruang tamu mempunyai akses yang berlainan dan terpisah terus dari rumah keluarga. Dengan cara ini privasi keluarga di rumah tersebut akan terus terpelihara.
Sumber: Khairunnisa Hamzah
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Demam Denim ! Revolusi Fesyen Ke Dekorasi….

Biasan biru beri inspirasi dekorasi sensasi. Bagaimana warna yang selama ini dirangkum dalam warna dingin, boleh diubah menjadi rona hangat dan begitu ideal dipadankan dengan rona kusam yang membentuk sebuah tata hias indah. Luar Biasa!
Biru yang selama ini dilihat begitu lembut membelai dan dilihat antara warna yang mampu memberi ketenangan kini kembali meledak dalam gaya serta rentak baru. Ragam rekaan ala denim diangkat oleh pereka sebagai satu bentuk warna baru dalam konsep sezaman. Padanan antara material lasak seperti kulit sememangnya menampakkan material ini sangat fleksible. Begitu juga jika dijahit lusuh juga akan menampakkan satu style ranggi seperti kedesaan Amerika.
Antara produk yang menjadi kegilaan kini seperti bin bag, sofa, kusyen kecil malah cadar. Siapa sangka produk yang asalnya untuk kerja-kerja lasak seperti di lombong seumpama ini mampu memberi pilihan lain kepada kita dalam menata hias kediaman. Malah di dalam carta warna dinding pengeluar cat juga sudah mengeluarkan pilihan biasan dan padanan ideal demi menghidupkan gaya ever green ini.
Pilihan warna biru yang berinspirasi daripada biasan seluar denim selama ini telah banyak melahirkan inspirasi dan rasa ranggi. Bagaimana sesuatu yang begitu lembut menjadi ranggi, lasak dan urban. Daripada bersifat feminin menjadi maskulin yang luar biasa indahnya. Itulah yang dikatakan idea dan inspirasi itu ada di mana-mana. Simple-simple je di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI