[por.se.lin] | ڤورسلين
Definisi : bahan seramik yang diperbuat daripada campuran tanah liat, kuarza dan lain-lain, yang digunakan sebagai penebat elektrik, peralatan dapur/ makmal dan sebagainya.
(SUMBER : Dewan Bahasa dan Pustaka
)Jubin porselin merupakan salah satu cabang bahan daripada kelompok jubin seramik. Ia sering menjadi pilihan pengguna kerana sifat dan ketahanannya, selain mempunyai pilihan corak dan tekstur yang luas dan pelbagai. Walaupun porselin diperbuat daripada bahan asas yang sama seperti seramik, ia mempunyai keistimewaan dan manfaatnya yang tersendiri. Kali ini, IMPIANA ingin kongsikan faedah penggunaan jubin porselin supaya anda boleh menilai sendiri sama ada kemasan ini berbaloi atau tidak untuk digunakan di kediaman anda.