Sebuah meja kopi merupakan fokus utama yang dapat membentuk ataupun memecahkan rekaan konsep sesebuah ruang. Pada awalnya, perabot ini hanya dilihat sebagai tempat meletak kopi dan hidangan ringan apabila ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah tapi kini tidak lagi. Meja kopi moden boleh dijadikan ruang simpanan tambahan, ruang kerja pop-up, malah menjadi tempat untuk menyimpan buku atau majalah kegemaran anda. Dari pelbagai fungsi mahupun hanya untuk bergaya, mari kita sama sama lihat koleksi meja kopi moden yang IMPIANA kumpulkan khas untuk para pembaca.
Sekali pandang, nampak macam kerusi tapi jangan terpedaya kerana ini adalah sebuah meja kopi ottoman yang mana bahagian kayu itu boleh dilaras ke kiri dan kanan. Sesuai buat mereka yang sukakan gaya kontemporari unik.
Ads
Hanya dengan satu pergerakan, meja kopi yang diperbuat daripada kayu dan besi ini boleh bertukar menjadi meja kerja bagi memudahkan pemilik menyelesaikan tugasan pejabat dirumah dengan selesa. Meja dwi fungsi sebegini kini sudah banyak terdapat di pasaran.
Set meja kopi berpermukaan ala marble dengan reka bentuk yang sama tetapi berbeza saiz dipadankan dengan karpet ‘black and white’ kelihatan begitu sempurna dan menawan.
Ads
Meja kopi bulat yang diperrbuat daripada kayu ‘solid’ ini juga mempunyai bahagian khusus untuk kita letakkan buku atau majalah. Nampak sempurna hasil gabungan earth tone dengan padanan warna krim dengan coklat.
Ads
Dengan rekabentuk organik dan minimalis, meja kopi walnut ini bukan saja menyediakan permukaan yang luas malah mempunyai tempat susun majalah yang lain dari yang lain. Rekabentuk sleek menambah seri ruang.
Meja kopi ini menyediakan ruang khas untuk menyusun majalah, buku atau surat khabar dibawah permukaan kacanya. Kelebihan kaca ialah ia mampu membuatkan sesuatu rekaan nampak lebih elegant dan menarik.
Tidak tahu dimana ingin menyimpan barangan anda? Usah risau kerana meja kopi ini mempunyai empat ruangan menyimpan apabila dibuka. Rekabentuk menarik dengan ciri penjimatan ruang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai beranggapan untuk menghias rumah memerlukan tenaga kerja yang ramai, kalau yang membantu itu sanak saudara mungkin upahnya belanja makan dan minum selepas siap segala kerja deko tetapi lain pula halnya kalau kita mengupah pihak lain untuk membuat pemasangan, perlunya membayar kos tenaga kerja dan pelbagai lagi kos tambahan.
Lain pula kisahnya dengan seorang pemilik rumah jenis teres dengan kapasiti 4 bilik dan 2 bilik air iaitu En Zaidi Manaff yang menetap di Beserah, Kuantan yang mana beliau lebih suka untuk menatarias kediamannya seorang diri mengikut citarasa dan kegemarannya.
Untuk mengisi masa lapang, dia banyak merujuk laman web dekorasi rumah dan gabungkan dengan ilhamnya yang tersendiri. Selain itu, pemilik kediaman ini hanya memilih konsep hiasan minimalist berikutan masih belum mendirikan rumah tangga dan suka dengan tema yang simple serta tidak serabut.
Menurut perkongsian gambar daripada tuan rumah, penulis amat terkejut dengan hasil dekorasi rumah ini kerana setiap ruang kediaman tidak dibiarkan kosong tanpa hiasan. Daripada ruang parkir hadapan rumah hinggalah ke dapur, ada sahaja idea bijak pemilik untuk mencatikkan rumah.
Dari porch, pemilik banyak meletakkan tumbuhan segar dan juga sebuah bangku untuknya berehat sebentar sebelum masuk ke rumah atau memakai kasut sebelum meninggalkan kediaman. Pemilik nampaknya seorang yang amat sukakan material asas kayu kerana di ruang tamu pemilik banyak menggunakan perabot kayu seperti sofa kayu, tv kabinet dan juga kemasan lantainya bercorak urat kayu dipasang dari ruang tamu hingga ke dapur.
Bahagian hallwaynya tidak dibiarkan kosong selepas ditampal dengan wall sticker foam bercorak batu-bata dan serinya ditambah lagi dengan menggantung frame gambar. Walaupun bujang, itu tidak bermakna dapurnya dibiarkan begitu sahaja, terdapat sebuah meja makan 6 tempat duduk untuk beliau dan tetamu dan juga meja kaunter.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kediaman adalah cerminan keperibadian kita, bagaimana segala susunan dekorasi, warna dan konsep yang kita pilih kebiasaannya melambangkan personaliti kita. Paling utama peletakan perabot perlu lah hadir dan berfungsi seperti yang kita inginkan. Bukan kecil atau besar sesebuah kediaman menjadi ukuran tetapi andai ia bersih, kemas dan cantik sudah semestinya membuat kita rasa tenang dan menyejukkan hati – home sweet home. Tidak kiralah rumah teres, rumah banglo mahupun rumah flat, setiap perincian yang kita pilih akan mempengaruhi mood keseluruhan rumah.
Bagi pemilik akaun FB Syuki Cuki, rumah flat tingkat 4 yang didiami bersama suaminya sejak bulan Mac 2018 ini merupakan kanvas untuk beliau berkarya. Kediaman berkeluasan 590 kaki persegi ini mempunyai 2 bilik tidur dan 1 bilik air yang telah di’transform’ dengan baik sekali. Ruang yang terhad tidak menghalang pemilik untuk megekspresikan personaliti mereka menerusi pemilihan warna cat serta susun atur perabot. Menurut tuan rumah lagi, anggaran kos keseluruhan renovasi rumah ini tidak lebih dari RM20k.
Kerana gemarkan corak geometrik abstrak, tuan rumah memilih untuk mengecat sendiri dinding rumah dengan hanya menggunakan cat dan masking tape. Walaupun penat, tapi dapat jimat banyak wang dan masa.
Saya memilih untuk buat corak pada dinding berbanding wallpaper kerana nak pasang wallpaper perlukan kesabaran yang tinggi. Sebenarnya kalau nak buat dinding bercorak abstrak macam ni, (penggunaan) cat warna sangat jimat . Bayangkan, untuk satu rumah saya cuma guna 5 liter cat berwarna dan selebihnya cat putih..jimat kan??
Jom kita sama-sama lihat transformasi mengagumkan rumah flat PKNS ini menjadi sebuah kediaman moden yang santai.
SEBELUM
SELEPAS
Menarik kan? Kalau ada yang mahu meniru gaya cat geometrik seperti ini, anda boleh klik pada pautan video di bawah untuk tutorial step-by-step. Selamat mencuba semua!
Ni contoh sahaja taw. Cara tampal tape bergantung pd corak n kreativiti uolsss k.
Memiliki sebuah kediaman di usia muda sememang menjadi idaman semua orang. Ini kan pula kediaman yang dimiliki terletak di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur. Bagi si muda, kebiasaanya apabila memiliki kediaman sendiri, konsep dekorasi yang dipilih sudah pasti gaya yang terkini seperti tema industi, Scandinavian, electric dan sebagainya.
Namun tidak bagi jejaka yang dikunjungi IMPIANA baru-baru ini. Di kenali dengan nama Syed Saiful Fazli, jejaka berusia 34 tahun ini merupakan pengasas Charismatic Leaders Academy telah memilih dekorasi berkonsepkan Moden Inggeris sebagai dekorasi keseluruhan kediaman miliknya.
Info kediaman Nama pemilik: Syed Saiful Fazli Jenis kediaman: Kondominium Konsep: Modern inggeris Keluasan: 1710 kaki persegi spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur, anjung, ruang tamu dan ruang makan
“Untuk menzahirkan dekorasi impian, saya telah melantik perunding rekaan dalaman. Namun, di saaat-saat akhir ketika proses perletakkan perabot, pereka telah lari di sebabkan item dihantar tidak sama seperti yang telah dicadangkan. Jadi saya tak boleh terima dan arahkan pereka untuk ikut seperti mana yang telah dicadangkan.” Pemilik membuka bicara
Walaubagaimanapun, apa yang dapat penulis perhatikan idea si pereka asal memang bijak. Ia jeles dapat di lihat melalui pembahagian ruang yang asalnya lebih bersifat terbuka diberi ruang pribadi mengikut kegunaan agar ia tampil lebih terancang. Menurut pemilik, dari awal pemilikkan rumah ini keluar sahaja dari lif peribadi tetamu akan disambut dengan pemandangan ruang dapur dan makan yang terbuka.
Memberi perivasi ruang tersebut, pemisah yang dibina menggunkan gypsum board membentuah sebuah entry way sebelum memasuki kediman ini. Begitu juga di ruang tamu. Keluar dari lif peribadi keunit kediman ini aura dekorasi mewah yang bertemakan moden inggeris sudah dapat di rasai. Dari entry way ke segenap ruang mempunyai perinci dekorasi yang diilhamkan pemilik.
Pegunaan wainscoting bagi dekorasi inggeris mewah bagaikan sesuatu yang wajib. Setiap inci dari ruang tamu sehingga ruang makan perincian pada dinding di utamakan. Memandangkan dinding dan permaidani yan ditempah khas telah sarat dengan perincian, pemilihan perabotnya harus lah ringkas.
Dari segi pemilihan perabot, jelas melihat citarasa orang muda. Tidak terlalu besar dan mempunyai sentuhan moden. Lebih gemar memilih perabot yang mempunyai design dan warna berbeza, namun ia masih mengekalkan keseimbangan pada keseluruhan dekorasi. Pemilihan arm chair yang mempunyai ciri-ciri neo classical tetap padan dengan keseluruhan dekor yang cuba ditampilkan dek penggunaan metarial kain baldu.
Memandangkan pemilik kerap dikunjungi sedara mara dan sahabat handai, paduan sofa chesterfield 3 tempat duduk tetap turut disediakan untuk memberi keselesaan. Menghangatkan lagi gaya mewah yang dibawa, pemilihan perincian terutamanya pada kaki meja sisi dan meja kopi yang di letakkan diruang tamu ini di sadur dengan rona emas.
Melihat pemandangan di laur balkoni bersebelahan dengan ruang tamu, jelas menunjukkan kenapa unit ini menjadi pilihan si pemilik. Sajian pemandangannya yang memaparkan keindahan kota metropolitan Kuala Lumpur sentiasa menjadi idaman ramai. Lokasi ini harus menjadi salah satu spot kegemaran buat tetamu yang hadir untuk mengabadikan sekeping foto peribadi.
Selesai menatap pemandangan KLCC, penulis dibawa ke ruang makan yang menjadi kegemaran si pilik. “walaupun hanya tinggal seorang, saya kerap di kunjungi oleh ahli keluarga yang lain. Sebab itu, saya peruntukkan satu meja makan yang mampu memuatkan 8 orang dalam satu masa. Namun, meja kaca berbentuk bulat menjadi pilihan. Ia bertujuan memberi ruang tambahan di sekitar yang pada asalnya terlalu terhad”. Ulas pemilik
Kelihatan, pemilik bijak memanipulasi ruang. Ruang makan yang kelihatan terhad, di suaikan dengan dinding yang diberi kemasan cermin. Secara tidak langsung, penggunaan cermin tersebut berupaya memberi ipak visual yang luas. Tak cukup hanya di situ, membangkit gaya kemewahan di dalam dekorasi engglings moden yang disampaikan, pencahayaan dari lampu chandelier kaca dipadankan pada siling ruang makan ini.
“Dapur, bukan lah ruang yang menjadi kepentingan kerana saya jarang sekali memasak. Hanya apabila dikunjungi ibu, barulah dapur ini berasap. Namun, ia tetap penting dalam sesebuah kediaman. Oleh itu, penataan di ruang dapur seringkas yang mungkin.” Terang pemilik. Pemilihan kabinet dapur yang berona putih mampu mengelak ruang dapur yang kelihatan kecil menjadi sempit.
Keterujaan penulis bertambah apabila melihat bilik utama dan kamar mandi yang berdidingkan tempered glass menyajikan pemandangan kota metropolitan Kuala Lumpur. Namun untuk perivasi, langsir jenis blackout curtain menjadi tirai penghadang di kamar beradu. Walaupun bujang, pilihan katil bersaiz queen dengan rekaan engglish moden menjadi keselesaan si pemilik. Segenap ruang telah diterokai penulis. Puas menghayati gaya engglish moden yang diketengah oleh pemilik. Tanggapan selama ini si bujang lebih gemarkan gaya dekorasi yang terkini seperti minimalis, Scandinavian dan industri telah terpeleset jauh. Ada juga jiwa-jiwa sentimental yang gemarkan dekorasi engglish namun diolah dengan gaya yang tersendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!