Denggi, pembawa penyakit ini berpunca daripada nyamuk Aedes Tapi, cukup ke sekadar kita malakukan pembersihan kediaman dan menggunkan semburan nyamuk dapat mengawal masalah nyamuk aedes ini? Tambahan, penggunaan racun atau semburan nyamuk memberi ancaman kepada kesihatan.
Mengambil langkah tindakkan pencegahan secara biologi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kaedah dan langkah pencegahan lain kepada masyarakat. Antara saranan KKM bagi mengawal masalah nyamuk aedes ni adalah dengan menggunakan tanaman.
Menurut beberapa kajian sepeti, Zaridah et. Al (2005) yang dilakukan di Kepung, Ferreira et. Al (2015) di India mendapati tumbuhan-tumbuhan yang disenarai kan di bawah berupaya mencegah dan mengawal populasi nyamuk aedes
1. Lantana camara (Bunga Tahi Ayam)
2. Cymbopogon nardus (Serai Wangi)
3. Ocimum basilicum (Bunga Selasih)
4. Vetiveria zizanioides (Akar Wangi)
5. Aloe barbadensis miler (Lidah Buaya)
6. Fernandoa adenophylla (Floramaster)
7. Eurycoma longifolia (Tongkat Ali)
Untuk mendapatkan manfaat bagi tanaman-tanaman yang disenaraikan untuk mencegah dan mengawal nyamuk aedes, jadikan ia sebagai sebhagaian tanaman landskap di kediaman anda.