Dalam kita membersihkan rumah, sesekali pasti kita terlepas beberapa bahagian atau alat dalam rumah kita lupa untuk dibersihkan. Selalunya kita akan fokus kepada tempat biasa seperti bilik air, countertop dapur, mop lantai tetapi bagaimana pula tempat yang selalu kita terlepas pandang, tetapi kesannya dalam jangka masa yang panjang?
Mari ikuti senarai yang disediakan IMPIANA agar anda boleh buat pemeriksaan secara menyeluruh di setiap ruangan dalaman rumah anda.
1) Pintu Kabinet
Selalunya kita akan memfokuskan pembersihan hanya di sebelah atas countertop sahaja, tetapi tahukah anda air yang dilap ke atas counter top selalunya akan mengalir ke bawah dan tanpa kita sedari alirannya sehingga ke pintu kabinet. Tidak dapat dibayangkan berapa banyak kuman yang tersimpan di dalam air tersebut. Begitu juga dengan kabinet di sebelah atas, asap masakan yang dilepaskan ke udara selalunya akan terperangkap menjadi habuk dan memberi kesan terhadap ruang pernafasan seisi rumah.
2) Handle pemegang peti ais
Ramai dari kita selalu membersihkan bahagian dalam peti ais tanpa kita sedari bahagian luar juga memerlukan pembersihan yang sama seperti bahagian dalam. Ini kerana, bakteria dan kuman amat mudah untuk berpindah dari satu tempat ke tempat lain terutamanya di bahagian dapur. Bayangkan anda pulang dari bekerja, tanpa membasuh tangan, anda terus memegang handle peti ais dan mengambil makanan, agak-agak berapa banyak kuman yang sudah dipindahkan dari tangan ke pemegang dan makanan?
3) Kain pengelap kaki
Secara jujurnya, bila kali terakhir anda tukar kain lap kaki di bilik air dan dapur? Pasti sudah lama bukan. Realitinya, kain ini adalah kain yang amat kotor sekali dan ianya digunakan hari-hari, selagi ianya digunakan, selagi itulah ia akan sentiasa kotor dan memerangkap jutaan kuman berikutan keadaan kain tersebut yang lembap.
Anda sepatutnya membasuh kain tersebut sekali dalam seminggu.
Ads
4) Pelapik tetikus
Untuk mereka yang meluangkan masa yang panjang di komputer dan menggunakan pelapik tetikus/mouse pad, agak-agak bersih tak pelapik yang anda sedang gunakan selepas bergesel dengan tangan, mouse dan pelapik. Tidak masuk lagi jika mouse anda terlalu atas air bekas minuman, kalau air kosong tidak apa, kalau air bergula? Anda bayang sendiri berapa banyak kuman sudah terkumpul di atas pelapik tersebut.
5) Bersihkan bahagian dalam kabinet
Point ini terpakai untuk semua jenis kabinet, baik di dapur, bilik air, bilik tidur dan sebagainya. Fokusnya adalah kabinet yang menjadi perumah kepada segala barangan berasaskan cecair terutamanya di dapur. Sebagai manusia biasa, kadangkala kita terlupa untuk menutup rapat botol sos dan kicap. Anda bayangkan tanpa anda sedari, sudah banyak cairan sos yang tertumpah dan ianya bakal mengundang pelbagai spesis makhluk perosak dan kesannya menganggu tahap kesihatan kita kerana bahan mentah makanan sudah tercemar.
Ads
6) Celahan sofa
Berapa kali anda seluk tangan ke dalam celahan sofa rumah anda? Pasti sudah lama bukan, di celahan ini pasti terdapat pelbagai khazanah yang tersimpan. Jangan sampai nanti, ada seluk nak ambil duit syiling yang terjatuh, anda dapat lipas. Jadi, selalukan untuk vacuum kawasan sofa terutamanya di celah-celah sofa, pasti anda akan rasa bertapa kotornya sofa yang anda sangkakan selama ini bersih dan wangi.
7) Bahagian bawah permukaan
Apabila membersihkan rumah, jangan hanya fokus kepada persekitaran hadapan mata/eye-level sahaja, guna sedikit tenaga untuk eksplorasi bahagian bawah kabinet, meja makan, bawah karpet atau lebih mudah, segalanya yang ada permukaan atas, pasti ada ruang bawah, fokus lebih di bahagian bawah.
Ads
Selain itu, tumpahan air pasti akan mengalir sehingga ke bawah dan masuk ke celahan yang tidak nampak dengan mata kasar dan mengundang hurungan semut.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Lampu LED dan Lampu Pendarflour. Kedua-dua lampu ini adalah lampu yang pernah dan sering kita pakai. Cumanya, dahulu kita selalu pakai lampu pendarflour tapi sekarang, dengan adanya LED, ramai yang memasang lampu LED di rumah. Walaupun kedua-duanya benda dan berfungi dengan sama, tapi apakah perbezaanya? Maka dengan itu lah, pada harini, saya akan membahaskan apa perbezaan Lampu LED dan Lampu Pendarflour.
Antara perbezaan lampu LED dan lampu pendarflour ini, ia terletak pada sumber cahayanya, pengeluaran haba dan kecekapan cahaya. Sumber cahaya. Lampu biasa ialah lampu pendarfluor, dan prinsip pemancar cahayanya berbeza daripada lampu LED. Pencahayaan lampu pendarfluor disebabkan oleh balast yang menghasilkan voltan tinggi pada saat elektrifikasi, yang menyebabkan nyahcas antara dua pin dalam tiub lampu, yang seterusnya menyebabkan pencahayaan fosforus. Teknik ini menghasilkan banyak haba. Pemancar cahaya LED adalah hasil penghijrahan elektron di dalam semikonduktor, yang menghasilkan cahaya tanpa menghasilkan haba.
Kedua, adalah penghasilan haba. Senang sahaja perbezaan kedua-duanya, di mana lampu pendaflour menggunakan tenaga haba yang banyak manakala LED, tidak menggunakan tenaga haba yang banyak kerana ia mengubah semua menjadi tenaga cahaya.
Ketiga, jangka masa hidup atau berapa lama boleh bertahan. Kalau lampu pendaflour, ia boleh bertahan selama 10 Ribu hingga 20 Ribu jam tanpa bekalan tenaga manakala lampu LED, boleh bertahan selama 50 Ribu jam tanpa bekalan tenaga.
Yang keempat pula, kecekapan ringan. Lampu LED sangat cekap dan cemerlang. Pada masa ini, lampu LED yang baik di pasaran mempunyai kecekapan cahaya lebih daripada 130, iaitu lebih kurang dua kali ganda daripada lampu pendarfluor. Dalam erti kata lain, mentol LED 18W boleh digunakan sebagai ganti lampu pendarfluor 36W. Mentol LED 130lm / W 18W mempunyai kesan pencahayaan yang sama seperti lampu pendarfluor 48W.
Maka, berakhir saya dalam membahas tentang perbezaan lampu pendaflour dan lampu LED. Jadi yang manakah pilihan anda? Itu semua ketentuan sediri.
Tabur Garam Untuk Hasilkan Jambu Madu Cantik, Padat Dan Buahnya Besar. Jambu madu kalau lambat dibalut memang bila masak nanti, luar je cantik, tapi dalam nya ada penghuni. Tapi, nak layan balut buah jambu ni pun, jenuh juga. Nak-nak kalau pokok dah besar dan tinggi. Susah nak gapai.
Tapi Iffah Effa ada cara nak pastikan pokok jambu madu mengeluarkan hasil yang cantik dan sedapa macam beli dekat kedai.
Masalah orang kita bila tanam jambi dia biar pokok besar-besar. Lepas tu, susah nak kutip. Sayang buah jadi busuk. Dah lah nak dapatkan baka buah jambu yang baik dan cantik pun payah
Nak kongsi ilmu. Kalau salah, tolong tegur. Jambu saya ni tak pakai racun pun. tapi buah padan dan sedap. Ini yang saya lakukan:
1. Kalau pokok dah lama tapi tak berbuah, cara dia anda boleh guna garam kasar sedikt. Caranya, diri dekat pangkal pokok dan menghadap keluar.Tabur garam tadi menghadap kelur mengelilingi pangkal pokok (sebab akar dah bergerak jauh dari batang) Teknik ini juga sesuai digunakan ketika membaja pokok.
Garam tersebut bagi tujuan untuk tambah manis pada buah. Lagi pun, orang dulu-dulu selalu cakap, sebelum kau hidup, aku dah makan garam
Terjual lebih dari 23,000 unit Pelbagai Baja Booster / Paksa Subur di shopee. Nak beli juga, klik link ni https://invol.co/cl7y6dx
2. Cantas poko. Jangan biarkan pokok terlalu tinggi. Tinggalkan pada ketinggian 10 kaki sahaja. Selebihnya, boleh cantas. Ia bagi tujuan untuk memudahkan anda menuai hasil dan membungkus buah
3. Ketika putik buah sebesar ukuran 20sen, boleh cepat balut buah dengan plastik atau kertas surat khabar. Jika menggunakan plastik, pastikan ada lubang air bagi mengelak air bertakung ketika hujan
4. tujua balut, supaya lalat buah tak rosakkan buah. Jika terdapat bintik hitam pada permukaan buah sebelum dibungkus, buangkan terus buah tersebut. Hanya pilih yang cantik sahaja.
5. Jika terdapat buah yang dah rosak atau jatuh ketanah, segera buang kan jauh-jauh atau bakar terus. Pastikan bawah pokok sentiasa kosong. Ini kerana, buah yang dah busuk mempunyai fangus. Hal ini akan mengundang ancaman kepada akar pokok pula.
6. Cantas dan kurangkan kuantiti daun pada pokok. Bila terlalu banyak buah, ia akan mengakibatkan hasil kurang
Tabur Garam Untuk Hasilkan Jambu Madu Cantik, Padat Dan Buahnya Besar
Tidak dinafikan, sememangnya ada segelintir di kalangan masyarakat kita yang memandang enteng terhadap mengenai soal pengambilan pembiayaan perlindungan tambahan untuk kediaman atau erti kata lain insurans rumah.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mengganggap pengambilan pembiayaan perlindungan tambahan untuk kediaman ini bukan satu perkara yang penting atau mustahak buat mereka. Tetapi, sudahkah anda benar-benar mengetahui secara lebih mendalam mengenai pengambilan insurans rumah ini?
Maka oleh itu perkara tersebut sudah semestinya menjadi persoalan orang ramai antaranya kesan jangka masa panjang kepada pemilik sekiranya membeli rumah tanpa mengambil sebarang perlindungan tambahan kediaman khususnya.
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan perkara tersebut di bawah program khas yang bertajuk ‘Elakkan Beli Rumah Tanpa Perlindungan’ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Puan Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Mohamed Zaki Atip selaku Pengarah Wilayah, Central 2, Bank Islam Malaysia Berhad.
Ketika sesi temu bual bersama hos berlangsung, Encik Mohamed Zaki berkata setiap pemilik sememangnya amat digalakkan untuk mengambil pembiayaan perlindungan tambahan setelah membeli rumah bersama pinjaman pihak bank bagi menjamin masa hadapan yang lebih baik.
Katanya lagi, ekoran daripada masalah bencana banjir yang berlaku dalam negara baru-baru ini, orang ramai telah mulai sedar serta mendapat kesedaran dalam diri mengenai betapa pentingnya memiliki perlindungan tambahan untuk kediaman.
“Di Bank Islam sendiri, untuk makluman anda semua selepas berlakunya banjir teruk di sekitar kawasan Shah Alam dan juga Klang, sudah ramai yang mula ambil pembiayaan perlindungan tambahan untuk rumah mereka.
“Ini di mana secara tidak langsung mereka sudah mula sedar betapa pentingnya untuk memiliki perlindungan tambahan untuk rumah. Jadi, jumlah polisi yang telah dikeluarkan banyak juga,” katanya.
Jika anda ingin ketahui kesemua kupasan topik perbincangan ini, anda boleh menonton pautan video episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Di samping itu, kepada anda semua jangan lepaskan peluang keemasan merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.