Sebenarnya, ada spesies strawberi yang sesuai untuk ditanam di tanah rendah Malaysia yang tidak memerlukan kaedah rumah hijau pun. Anak benihnya yang mudah didapati secara online juga menyebabkan tanaman ini kian menjadi popular. Namun anda perlu pastikan perkara-perkara tersebut perlu dipatuhi bagi menjadi habitat sempurna untuk tanaman ini:
1. Medium/tanah
Strawberi memerlukan medium tanaman yang peroi dan bersaliran baik. Yang menjadi keutaman ialah medium tersebut mampu memegang kelembapan dalam jangka masa yang lama. Kebanyakan nurseri menggunakan sabut kelapa yang telah dirawat sebagai medium tanaman tanpa tambahan bahan lain. Ini kerana sifat sabut kelapa yang ringan serta mampu mengekalkan kelembapan amat sesuai dengan kondisi pokok strawberi. Secara tidak langsung sabut tersebut berupaya menjadi baja kompos.
2. pH Medium
Pokok strawberi memerlukan pH yang seimbang dengan keperluannya. Untuk mendapatkan saiz buah yang optimum, pH ideal untuk tanaman ini adalah antara 5.5 hingga 7.
Ads
3. Pencahayaan
Pokok strawberi memerlukan pencahayaan sekurang-kurangnya 4 jam sehari untuk iklim malaysia. Berbanding di negara beriklim sejuk, strawberi perlukan pengamatan cahaya minimum 6 jam sehari. Namun tidak terlalu terus. Letakkan di kawasan separa teduhan. Oleh itu, strawberi sesuai ditanam di ruang anjung kediaman.
4. Keperluan saiz kawasan
Pokok strawberi tidak suka tumbuh secara berhimpit. Ia akan mengakibatkan kesukaran penghasilan bunga dan secara tidak langsung memberi kesan kepada hasil buah. Hal ini terjadi disebabkan apabila pokok terlalu berhimpit, bahagian bawah atau pangkal pokok yang menghasilkan kudup bunga mengalami kesukaran menerima cahaya matahari. Oleh itu, jarak bagi setiap tanaman perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 20 inci setiap satu.
5. Siraman
Jika anda menggunakan sabut kelapa sebagai medium tanaman, penyiraman boleh dilakukan apabila medium kelihatan kering atau jika perlu. Perlu diingat,strawberi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap bukan basah tau. Jika terlalu banyak air, ia akan merosakkan akar serta menggalakkan pertumbuhan kulat. Siraman paling perlu dijaga ketika buah sedia dipetik. 3-5 hari sebelum dipetik, penyiraman perlu dikurangkan untuk mengelak buah masam.
Ads
6. Baja
Pokok strawberi paling sesuai dengan baja cecair kerana ia lebih mudah diserap. Tambahan pula, sistem akar strawberi yang terlalu pendek sukar menyerap atau mencapai baja jenis slow release. Baja kimia yang sesuai digunakan untuk strawberi adalah larutan 12:12:12 untuk tujuan tumbesaran pokok manakala larutan 15:15:15 digunakan untuk penggalak buah. Pembajaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Namun AWAS! Baja kimia bersifat panas dan mudah merosakkan akar pokok. Oleh itu, penggunaan baja dan racun kimia perlu minima.
Seeloknya, pokok strawberi sesuai menggunakan baja organik. Walaupun produktivitinya tidak optimum, jangka hayat tanaman lebih tahan lama berbanding penggunaan baja kimia.
Ads
7. Pemangkasan
Daun pokok strawberi perlu dipangkas setiap bulan. Sebaiknya, 7-9 daun sahaja yang dibenarkan bagi setiap pokok. Ini kerana, jika daunnya terlalu banyak penghasilan buah akan terganggu. Ia disebabkan oleh permukaan bawah batang pokok yang menghasilkan daun, sulur dan bunga terlindung dari cahaya matahari. Lebih kerap anda memangkas, lebih banyak sulur dan buah yang dapat anda hasilkan. Selain itu juga, bilangan sulur perlu dikurangkan untuk membolehkan hasil buah lebih banyak.
Bila sebut tanam sayur pasti nampak tanah dan kebun yang seluas alam. Manakala, sebut mengenai ternak ikan pulak nampak kolam ikan kan? Rasa macam ni la alamatnya tak tanam sayur dan ternak ikan sampai bila-bila.
Zaman sekarang ni kalau boleh semua benda nak jimat, dengan perkhabaran makanan pun semakin berkurangan, harga barang meningkat. Sakit kepala kalau hendak fikirkan perkara macam ni. Hidup mesti diteruskan. Kalau jadi ketua rumah lagi pastinya runsing dengan keadaan masa kini. Banyak perut nak kena isi di rumah tu. Gaji tak la pula naik macam harga barang. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
IMPIANA nak bantu followers IMPIANA di luar sana, jangan segan jangan silu. Paling penting ‘jangan malas’ hehehehe…
Tanam sayur sambil ternak ikan memang mudah memang senang. Tak perlu ada kebun atau kolam ikan yang anda bayangkan. Mempunyai tanah sekangkang kera pun boleh buat. Tak kisah la duduk di bandar atau di kampung semua boleh tanam sayur, ternak ikan.
Tahukah anda kenapa IMPIANA ajak tanam sayur dan ternak ikan? Sebab baja untuk sayur yang sihat dan segar datangnya dari hasil ternakkan ikan tersebut. Tak perlu pun tanam dan ternak secara berasingan. Ia boleh dilakukan sekali jalan, mudahkan. Dalam satu tempat anda oleh tanam sayur dan ternak ikan apa yang anda suka.
Konsep tanam sayur dan ternak ikan ini dipanggil konsep aquaponik yang ramai kat luar sana rasa susah dan tak faham. Tak perlu pun bersusah payah untuk cari kawasan atau tempat yang luas untuk miliki sayur dan ikan yang segar. Anda boleh buat dekat rumah je.
Hasil dari tanaman ini juga memang menakjubkan. Sayur dan ikan yang anda ternak dan tanam ini akan sihat dan membesar dengan baik tanpa bahan kimia, kerana baja untuk sayur datangnya dari ikan yang anda ternak. Ikan yang anda ternak hanya perlukan nutrisi yang baik dari bahan makanan yang telah dikhaskan.
Tengok hasil dari tanaman Puan Maisarah ni. Pasti ramai yang akan gigit jari. Bermula dari kecil kecilan sehinggalah kini. Dari makan sendiri sampai boleh jual pada jiran tetangga keran sayuran yang ditanamnya terlalu subur.
Jika ramai yang dah tersangkut hati dengan konsep ini boleh PM IMPIANA untuk penyertaan workshop yang bakal IMPIANA adakan tidak lama lagi. Boleh la IMPIANA booking slot anda dulu.💋
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bahan terbuang dari dapur dan taman sering kali dilambakkan sehingga menggunung di tempat pembuangan sampah. Apa kata mulai saat ini anda mulakan tradisi penghasilan bahan kompos kerana ia telah terbukti mengandungi nutrien yang tinggi dan dapat memenuhi keperluan tanaman anda sebagai baja mahupun perapi tanah.
Sisa Makanan
Terdapat pelbagai nutrien berguna di dalam sumber ini. Antaranya pada buah pisang terdapat kalium yang dapat membantu proses pengeluaran buah-buahan dan bunga oleh tanaman. Manakala kulit telur mengandungi banyak nutrien yang dapat meningkatkan kualiti buah-buahan dari taman anda seperti kalsium karbonat, kalium dan zink. Buah-buahan yang telah dimakan juga mengandungi nitrogen untuk tumbesaran tanaman. Seterusnya tulang ayam menggalakkan tumbesaran dan merangsang pembuangan menerusi kehadiran asid fosforus yang terkandung di dalamnya.
Bahan pembungkusan (non-recycleable)
Kertas daripada kotak minuman, pinggan dan kertas pembungkus dan beg teh yang tidak boleh dikitar semula mengandungi karbon yang dapat membantu menyuburkan tanaman anda. Karbon yang terkandung pada kertas ini akan menyeimbangkan nisbah nitrogen di dalam bahan kompos serta menjadi ejen pengkomposan yang baik apabila digabungkan dengan bahan kompos runcit yang lain.
Hasil pemangkasan
Bahan hasil daripada pemangkasan seperti ranting kayu, rumput dan daun hijau boleh dikompos dan kandungan nutrien yang terdapat di dalamannya sangat baik bagi pertumbuhan tanaman. Ia sangat tinggi kandungan mineral seperti nitrogen dan kalsium untuk perkembangan tanaman.
Penggunaan bahan-bahan kompos ini membuatkan tanaman anda tumbuh sihat secara semula jadi. Bagaimanapun, terdapat juga beberapa bahan dalam kediaman yang tidak boleh dikompos antaranya :
Tulang: Sangat lambat untuk dikompos dan boleh menyebabkan kehadiran serangga perosak
Najis kucing/haiwan lain: mengandungi bakteria, virus dan parasit yang berbahaya kepada manusia
Arang: mengandungi sulfur oksida dan bahan kimia tidak sesuai untuk tanah dan tanaman
Makanan yang telah dimasak: mengandungi lemak yang boleh menarik perhatian serangga dan haiwan perosak.
Produk tenusu: menghasilkan bau busuk, mengambil masa yang lama untuk dikompos dan menarik perhatian serangga
Kertas berkilat: mengandungi dakwat yang tidak sesuai untuk bahan kompos.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bukan je khuatir lihat lalat banyak hinggap di rumah, mata pun rimas. Macam-macam cara dah cuba, selesainya sekejap je. Nak guna gam, bukan lalat je melekat, orang pun sekali. Nak hilangkan kesan gam tu bukan mudah. Nak guna lampu biru tu, lalat macam dah pandai lah pula. Tak ada pun yang tertarik. Nak dipukul guna reket lalat tu, lagi banyak pula yang datang.
Apa kata kita tambah cara lebih organik. Buat perangkap sendiri dengan menggunakan botol terpakai dan pisang. Cara-caranya boleh lihat dalam video yang disediakan.
Teknik perangkap lalat ni sebenarnya sesuai juga digunakan pada lalat buah di kebun. Teknik penyediaan sama, cuma botol bersaiz kecil seperti yang dikongsikan oleh Wiwi Suryani.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.