6 Tip Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama-SIRI 1

Share

6 tips cat rumah anda supaya cat tahan lebih lama ini sesuai digunakan untuk anda yang ingin hias dalaman rumah saiz kecil mahupun sederhana. Bagi anda yang inginkan kelainan pada rumah anda, selain daripada menukar perabot baru, cara paling murah dan menyeronokkan adalah mengecat rumah. Namun begitu, anda pasti menghadapi masalah jika cat tersebut tidak tahan lama dan mula merekah seawal tiga bulan pertama selepas mengecat.

1. Perkakas Mengecat Rumah Lengkap.

Sebelum memulakan sebarang aktiviti mengecat, ada baiknya jika anda ke kedai hardware dan membeli beberapa peralatan asas mengecat bagi kelancaran proses mengecat rumah anda. Banyak orang terlepas pandang bahawa asas untuk kesempurnaan cat rumah terletak pada perkakas mengecat anda. Senarai perkakas mengecat rumah anda mestilah merangkumi:-

Cat.
Bekas Cat.
Roller
Brush
Canvas/ Surat khabar lama.
Kain lap.

2. Lapisan Dinding Rumah Licin dan Bersih.

Pastikan lapisan dinding yang bakal anda cat tersebut bersih dari sebarang habuk, kotoran dan najis cicak. Gunakan surat khabar lama mahupun kain basah bagi melicinkan permukaan dinding tersebut. Jika wujud bonggolan kecil akibat dari cat lama, anda perlu mengikis dinding tersebut terlebih dahulu menggunakan scrapper. Dan jika terdapat lubang pada dinding, maka tutuplah lubang tersebut dengan filter terlebih dahulu.Pastikan anda dinding dalam keadaan rata dan kemas. Untuk impak lebih baik, gunakan filler yang dijual di kedai hardware pada harga serendah RM8 sahaja.

3. Gunakan Sealer Cat.

Apabila anda telah selesai membersihkan dinding, adalah lebih bijak jika anda menggunakan cat sealer bagi membuat lapisan sebelum mengecat supaya hasilnya nanti lebih tahan lama. Untuk kekemasan yang maksimum, anda digalakkan untuk mengecat sealer dari hujung dinding terlebih dahulu. Gunakan brush pada peringkat awal di bahagian tepi dinding.

Selepas itu, gunakan roller pada bahagian tengah dinding. Teknik ini terbukti lebih praktikal, cepat dan memudahkan anda. Ramai sekali orang yang tidak tahu kelebihan menggunakan sealer cat ini. Sealer cat ini membantu dari sudut:-

– Lapisan perlindungan asas sebelum cat utama.
– Berfungsi sebagai ejen pelekat cat utama pada dinding.
– Cat akan bertahan lama apabila melekat dengan betul pada dinding.
– Salah satu cara mengelakkan cat menjadi lapuk dan luntur.

Teruskan membaca: 6 Tips Cat Rumah Supaya Cat Tahan Lama-SIRI 2

close-up-colors-hands-1573831
Published by
Impiana