7 CARA HILANGKAN BAU TANDAS, KEKAL SEGAR SEPANJANG MASA
Berikut adalah 7 cara hilangkan bau tandas menggunakan bahan semulajadi. Mesra alam, dan sesuai untuk semua kediaman.
1. PASTIKAN PENGALIRAN UDARA YANG BAIK
Jika ada tingkap, buka seluas-luasnya selepas anda mengguna bilik air. Jadi bau yang kurang menyenangkan dalam bilik air akan sentiasa digantikan dengan udara segar dari luar. Jika ada bajet, pasang extractor fan yang bertindak mengalirkan udara dalam bilik air.
2. ELAK GANTUNG BAJU ATAU TUALA
Pastikan tuala yang lembap digantung di tempatnya, bukan di dalam tandas. Seeloknya, cuci alas kaki dengan kerap kerana jika ia lembap, bakteria dan lumut mudah berkumpul sehingga mengeluarkan bau busuk.
3. PASTIKAN TONG SAMPAH SELALU KOSONG
Sebaiknya kosongkan tong sampah setiap hari meskipun belum penuh. Ini kerana bakteria sukakan suasana yang lembap. Pembentukan bakteria boleh menyebabkan punca bau busuk. Gunakan tong sampah bertutup untuk mengurangkan bau.
4. GALAKKAN KEMASUKAN CAHAYA MATAHARI
Sinaran cahaya matahari dapat membunuh kuman dan bakteria dalam bilik air. Sebab itu cuba cari ruang agar cahaya matahari dapat masuk dalam bilik air.
5. GUNA ‘ESSENTIAL OIL’
Masukkan dua cawan air, satu sudu cuka putih, satu sudu soda penaik dan 10 titisessential oil seperti eucalyptus, sitrus atau lavender dalam botol spray. Letak dalam bilik air dan ia akan memberi bau segar yang berpanjangan dalam bilik air.
6. HAMPAS KOPI
Hampas kopi jangan dibuang kerana ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya, masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan ia terendam beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.
7. MENYALAKAN MANCIS
Jika ada tetamu yang akan datang dalam masa yang terdekat, cuba nyalakan mancis seketika di dalam bilik air. Walaubagaimanapun, cara ini dipercayai hanya bersifat sementara kerana nyalaan api tersebut hanya akan ‘menutup’ bau busuk tersebut.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI