Rumah merupakan sebuah hunian yang akan menjadi tempat untuk kita menghabiskan waktu bersama keluarga tercinta mahupun untuk beristerirehat setelah seharian lelah dalam rutin harian. Dimanapun kita bekerja, rumah merupakan tempat yang pasti akan selalu kita rindu.
Di era ini, banyak rekaan rumah moden yang ditawarkan oleh para arkitek, dimana rekaan-rekaan moden yang unik. Malah ia menjadikan kediaman itu bukan sahaja untuk dihuni, ia juga mampu memberikan pengelaman yang indah buat pemilik. Trend rumah minimalis saat ini memang banyak menjadi pilihan kebanyakkan orang, tambahan pula buat mereka yang tinggal di bandar dengan ukuran kawasan yang sangat terbatas. Maka pembangunan rumah minimalis dibina bagai ‘candawan tumbuh selepas hujan’.
Ruang tamu merupakan tempat dimana kita menjamu para tetamu kita saat mereka datang kerumah. Sudah pasti untuk memberikan keselesan kepda tetamu yang datang, haruslah kita menghias rumah sebaik mungkin. Namun, keluasan ruang yang terbatas, maka untuk reka bentuk ruang tamu yang minimalis ini menjadi hal serius yang harus anda perhatikan.
‘Trick’ Hias Ruang Tamu Sempit Menjadi Mewah
Untuk mencipta rekaan ruang tamu sempit agar kelihatna mewah, hal pertama yang perlu anda perhatikan adalah pemilihan cat dinding. Untuk mencipta kesan luas diruang tamu, anda harus memilih cat dengan warna dasar putih atau off white.
Pemilihan warna yang tepat, selain memberi kesan luas pada ruang tamu ia juga mampu mencipta suasana dingin dan sejuk dirumah anda. Malah, ia mampu buatkan tetamu anda berasa nyaman dan selesa ketika berkunjung ke rumah anda.
3. Anda boleh gabungkan dua warna pada dinding anda untuk kelihatan lebih berkarakter.
4. Untuk ruang tamu yang sempit, anda disarankan tidak meletakkan terlalu banyak perabot. Ia supaya ruang tamu anda tidak sesak dengan perabot.
Ads
5. Untuk pemilihan sofa dan juga meja, anda tidak perlu memilih ukuran yang besar. Pilih sahaja meja serta sofa dengan ukuran kecil unutk menjadi alternatif dekorasi diruang tamu minimalis anda. Jangan lupa untuk menambah bantal kecil dengan pilihan warna yang berkilat untuk menambahkan kesan mewah pada ruang tamu.
Ads
6. Agar ruang tamu kelihatan lebih hidup, anda boleh meletakkan sebuah pasu bunga yang berisi bunga segar atau artifikal di salah satu sudut ruang tamu anda.
Ads
7. Untuk pamirkan koleksi barangan kesayangan anda, gunakan rak bertingkat yang bersesuaian. Ia mampu menjimatkan penggunaan ruang berbanding menggunakan almari.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masa kecil-kecil kalau ada siaran TV mengenai program jual barang dalam talian, admin suka tengok. Tengok je, bukan beli tau. Sehinggalah kini ia menjadi tren. Al Maklumlah, ada kalanya barang-barang yang dijual dalam talian sangat menarik dan lebih murah dari pasaran.
Tapi dalam banyak-banyak barang yang dipaparkan masa admin kecil dulu adalah sekeping besi aluminium. Apa hebatnya barang ni? Kegunaan yang paling menarik hati admin adalah ia mampu menyah beku ikan, daging atau ayam dengan cepat. Masa tu rasa macam best sangat kalau ada alat tu. Sebab ia boleh mempercepatkan kerja mak admin. Tak perlu lah lagi merendam ayam atau ikan.Tapi apakan daya, Kecil lagi. Ha, nampak tak bertapa prihatin nya admin masa kecil-kecil terhadap mak. Hehehe..
Maka lahirlah satu ilham untuk letakkan sahaja barang beku tadi atas bekas aluminium. Memang lah tak secepat alat yang dijual dalam TV tu. Tapi paling tidak ia masih mengekalkan khasiat ikan atau ayam berbanding direndam dengan air.
Tiba-tiba, admin terjumpa perkongsian dari En Syamsul Amir Abdul Manaf yang dikongsikan di dalam page Petua Ibu. Dia pun guna kaedah yang sama untuk nyah bekukan daging, ayam atau ikan yang baru keluar dari peti ais.
Berikut adalah cara yang digunakan untuk nyahbeku barang dari peti ais yang dilakukan oleh En Syamsul:
Caranya adalah dengan mengapit daging yang baru keluar dari peti sejuk dengan periuk besi dan tudung periuk besi dan biarkan selama 30 minit.. Anda akan dapat lihat kesannya
Apa logiknya guna periuk besi?Periuk besi berfungsi sebagai konduktor haba. Di sekeliling periuk besi tu ada udara. Haba suhu bilik akan dipindahkan dari udara kepada daging yang sejuk tu secara berterusan melalui proses “convection current” melalui periuk besi
Jadi, untuk memastikan ayam atau ikan tadi cepat dinyah beku kan, sebaiknya pastikan setiap permukaan ayam atau ikan tadi bersentuhan dengan permukaan periuk.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Gunakan Teknik Pomodoro untuk Mengemas Rumah, Mudah & Pantas. Teknik Pomodoro adalah kaedah pengurusan masa yang telah terbukti berkesan dalam meningkatkan produktiviti. Ia melibatkan bekerja selama tempoh tertentu, biasanya 25 minit, diikuti dengan rehat pendek. Teknik ini boleh digunakan secara berkesan dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk mengemas rumah.
Jika anda sering berasa terbeban dengan kerja rumah yang tidak berkesudahan, menggunakan Teknik Pomodoro boleh membantu anda menyelesaikan tugas dengan lebih berfokus dan kurang stres. Berikut adalah panduan tentang cara menggunakan Teknik Pomodoro untuk mengemas rumah.
Apa itu Teknik Pomodoro?
Teknik Pomodoro, yang diperkenalkan oleh Francesco Cirillo pada tahun 1980-an, adalah kaedah pengurusan masa yang melibatkan blok kerja 25 minit, yang dikenali sebagai “Pomodoro”, diikuti dengan rehat 5 minit.
Setelah empat Pomodoro, anda akan mengambil rehat yang lebih panjang, biasanya 15 hingga 30 minit. Teknik ini membantu meningkatkan fokus dan mengurangkan rasa terbeban dengan membahagikan tugas besar kepada sesi kerja yang lebih pendek dan terurus.
Langkah-Langkah Menggunakan Teknik Pomodoro untuk Mengemas Rumah
1. Rancang Tugas Anda
Sebelum memulakan, buat senarai tugas yang perlu dilakukan di rumah. Pecahkan tugas-tugas besar seperti “mengemas ruang tamu” atau “membersihkan dapur” kepada beberapa tugas kecil yang lebih mudah diurus. Sebagai contoh, tugas “mengemas ruang tamu” boleh dibahagikan kepada “membersihkan meja kopi”, “mengatur bantal sofa”, dan “mengumpulkan barang-barang”.
2. Tetapkan Masa untuk Setiap Tugas
Gunakan teknik Pomodoro dengan menetapkan masa 25 minit untuk setiap tugas kecil. Sebagai contoh, jika anda ingin membersihkan bilik tidur, anda boleh mengatur satu Pomodoro untuk mengemas katil dan satu lagi Pomodoro untuk menyusun almari. Dengan cara ini, anda memecahkan tugas besar kepada sesi yang lebih kecil dan lebih mudah diurus.
3. Gunakan Timer
Sediakan Timer atau aplikasi Pomodoro pada telefon pintar anda untuk mengira masa. Mulakan sesi Pomodoro dan tumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang telah ditetapkan selama 25 minit. Elakkan sebarang gangguan semasa tempoh ini untuk memaksimumkan produktiviti anda.
4. Ambil Rehat 5 Minit
Setelah satu Pomodoro selesai, ambil rehat selama 5 minit. Gunakan masa ini untuk berehat seketika, minum air, atau bergerak sedikit. Rehat ini penting untuk memastikan anda tidak keletihan dan dapat mengekalkan tahap tenaga yang tinggi sepanjang sesi kerja.
5. Tandakan Kemajuan Anda
Selepas setiap Pomodoro, tandakan kemajuan anda. Contohnya, jika anda telah selesai membersihkan meja kopi dan mengatur bantal sofa, tandakan kedua-dua tugas tersebut dalam senarai anda. Ini memberi anda rasa pencapaian dan memotivasi anda untuk meneruskan kerja.
6. Ulang Proses
Teruskan dengan sesi Pomodoro seterusnya. Selepas empat Pomodoro, ambil rehat yang lebih panjang, antara 15 hingga 30 minit. Gunakan rehat panjang ini untuk berehat, makan, atau melakukan aktiviti lain yang menyegarkan minda anda sebelum menyambung tugas seterusnya.
7. Sesuaikan Masa Mengikut Keperluan
Teknik Pomodoro adalah fleksibel, jadi anda boleh menyesuaikan tempoh masa mengikut keperluan anda. Jika 25 minit terasa terlalu pendek, anda boleh cuba sesi 30 minit atau sebaliknya. Sesuaikan teknik ini agar sesuai dengan gaya kerja dan tahap keselesaan anda.
Kelebihan Menggunakan Teknik Pomodoro untuk Mengemas Rumah
1. Mengurangkan Rasa Terbeban
Dengan membahagikan tugas besar kepada sesi yang lebih kecil, anda mengurangkan rasa terbeban dan menjadikannya lebih mudah untuk memulakan dan menyelesaikan kerja rumah.
2. Meningkatkan Fokus
Teknik ini membantu anda menumpukan perhatian sepenuhnya pada satu tugas dalam tempoh masa yang singkat, meningkatkan kualiti kerja anda.
3. Meningkatkan Produktiviti
Dengan rehat pendek di antara sesi, anda akan merasa lebih segar dan bersemangat, meningkatkan produktiviti anda dalam mengemas rumah.
4. Memberikan Rasa Pencapaian
Menyelesaikan setiap Pomodoro memberi anda rasa pencapaian yang positif dan mendorong anda untuk terus bekerja.
5. Membantu Menguruskan Masa
Teknik Pomodoro membantu anda menguruskan masa dengan lebih baik, memastikan anda tidak menghabiskan terlalu banyak masa pada satu tugas atau berasa tergesa-gesa.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Dengan membahagikan tugas besar kepada sesi yang lebih kecil, anda dapat menyelesaikan kerja rumah dengan lebih teratur dan fokus. Ikuti langkah-langkah di atas dan sesuaikan teknik ini dengan keperluan anda untuk mencipta rutin pengurusan rumah yang lebih berkesan dan menyeronokkan!
Musim perayaan, kejadian pecah masuk dan kecurian meningkat tinggi. Selain memastikan kediaman sentiasa dalam keadaan selamat sebelum pulang beraya (untuk artikel lengkap,klik sini) hal ini disebabkan ramai penghuni pulang ke kampung dan si penjenayah mengambil kesempatan tersebut untuk memecah masuk kediaman. Baru nak beraya dengan gembira. tiba-tiba dapat maklumat yang menyedihkan. Pernah dengar tak ada rumah yang dipecah masuk habis kosong dicuri perompak. Jiran ingat, si mangsa pindah rumah. Ha, Nampak tak berapa pentingnya berbaik-baik dan saling mengenali jiran tetangga. Menurut Polis Diraja Malaysia, Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kediaman anda mudah atau menjadi mangsa pencuri.
Bila kes pecah rumah sering berlaku?
1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.
Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:
1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan penghantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.
Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:
1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang “door viewer” dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.