Television atau TV rosak walaupun sikit kebiasaanya kita akan hantar ke kedai untuk dibaiki. Walaupun sikit, upah baiki TV ni boleh tahan mahal juga harganya. Nak buat sendiri, teknik baik pulih TV ni tak semudah menukar kapasitor pada kipas. Sedar akan keperluan ini, Hobbyzone
membuka pusat fasiliti lengkap bagi mereka yang ingin membaik pulih TV mereka sendiri.Hobbyzone adalah fasiliti yang ditubuhkan khas untuk mereka yang gemar DIY &berjimat 70% dari biasa bila Tv rosak.Bawa & DIY disini
Bagi pelanggan yang berminat membaik pulih TV sendiri, apa yang perlu anda lakukan adalah hanya bawa TV yang rosak. Fasiliti sedia disewa pada harga yang sangat murah. Tambahan, ada guru yang akan mengajar sehingga selesai.
Seperti perkongsian Muhamad Nur Faizul V di dalam group Tukang Apa Hari Ini