Pengalaman adalah anugerah paling berharga. Setiap kesilapan yang dilakukan juga merupakan pengajaran untuk kita dimasa hadapan. Begitulah dengan kerja-kerja mengecat. Lebih banyak praktis, lebih mudah dan cepat anda siap mengecat. Tetapi buat yang baru pertama kali melakukan aktiviti ini, banyak yang perlu dipelajari dan dihadam. Tetapi jangan risau, dalam entri kali ini, IMPIANA akan membincangkan tentang perkara-perkara yang mungkin berguna buat anda yang baru ingin menjinakkan diri dalam bidang ini atau yang sedang mencuba-cuba untuk ubah suai dinding rumah yang sudah kusam. Mari ikuti senarai ‘patut tahu’ ini.
1. Jenis cat berbeza untuk tujuan yang berbeza.
Ramai yang masih kurang faham tentang kepentingan memilih jenis cat yang sesuai dengan kegunaan. Produk yang berbeza untuk kegunaan yang berbeza, sebagai contoh, cat siling umumnya mempunyai tahap kilauan yang rendah tetapi mempunyai lebih banyak kekangan dari segi penghapusan kotoran berbanding cat interior yang standard. Cat untuk bahagian luar pula sememangnya mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza daripada cat-cat yang lain termasuklah fungsi perlindungan UV dan cuaca.
2. Proses penyediaan lebih rumit berbanding proses mengecat.
Selain teknik yang betul, persediaan yang rapi juga memainkan peranan yang amat penting bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Walaupun anda mempunyai kepakaran mengecat yang paling hebat sekalipun, jika permukaan dinding tidak rata, maka end-product anda pasti mengecewakan. Proses persediaan sebelum mengecat termasuklah meratakan dinding menggunakan kertas pasir atau memastikan tiada lebihan kertas dindig yang masih melekat.
3. Pengurusan masa.
Ads
Anda mungkin akan menghabiskan masa yang lama untuk selesai mengecat bergantung pada saiz ruang. Jika anda mengecat dinding di bilik tidur yang bersaiz sederhana, setiap satu lapisan akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam. Kebanyakan permukaan akan memerlukan dua lapisan cat, jadi anda perlu memperuntukkan dua jam untuk menyiapkan sebuah bilik. Perlu diingat juga, sebelum menambah lapisan, biarkan cat kering terlebih dahulu. Proses ini biasanya akan mengambil masa dalam 10 ke 15 minit.
4. Berapa banyak cat yang diperlukan?
Bergantung pada keluasan ruang, sebuah dinding feature mungkin akan memerlukan kira-kira dua liter cat, ruang 3×3 meter pula akan memerlukan kira-kira empat liter cat untuk dua lapisan, dan untuk memenuhi ruang 6×6 meter, sediakan 8 liter cat dan begitulah seterusnya. Dengan mengetahui idea kasar ini, mudahlah untuk anda membeli cat tanpa pembaziran.
5. Peralatan mengecat berkualiti.
Ads
Jika anda membeli produk cat yang berkualiti sudah tentu anda akan memerlukan peralatan mengecat yang berkualiti juga. Berus dan penggelek yang baik akan meningkatkan penampilan dan mutu kerja anda selain membantu mencegah bulu berus yang tidak diingini termasuk ke dalam pekerjaan mengecat anda.
6. Memilih warna yang tepat tidaklah semudah yang anda sangkakan.
Anda mungkin akan bingung dan keliru dengan pelbagai pilihan warna yang terdapat dipasaran sekarang. Nasihat saya, ambil masa dan jangan teruru-buru membuat keputusan. Ini kerana warna yang anda lihat cantik dikedai tadi mungkin tidak sesuai dengan perabot dirumah. Jadi, bagi mengelekkan perkara ini terjadi, anda boleh cuba cat pada sehelai kertas A4 dan tampalkan pada dinding kawasan yang ingin dicat. Biarkan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum meneruskan proses. Bayak faktor yang perlu anda pertimbangkan antaranya ialah pencahayaan dikediaman dan padanan dengan konsep serta perabot.
Ads
7. Cat sebagai pelindung daripada kulat, cela dan kotoran.
Dengan teknologi yang semakin maju zaman ini, terdapat sebahagian cat yang direka khusus untuk membantu mengurangkan pertumbuhan kulat. Cat seperti ini amat sesuai digunakan dikawasan-kawasan lembab seperti bilik mandi atau laundry area di kediaman anda.
8. Kotor & tumpahan tidak dapat dielakkan, tetapi boleh dibaiki.
Jika terjadi tumpahan atau tompokan, anda perlu segera bertindak. Gunakan kain yang telah dilembabkan untuk mengelap sebarang percikan atau kotoran secepat mungkin setelah ia berlaku.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selepas beberapa tahun, sudah tentu akan ada masalah yang timbul dengan peralatan di rumah. Salah satu benda yang terkesan ialah kelajuan kipas siling. Mungkin ada yang pernah menghadapi situasi ini ; walaupun sudah dibersihkan dan dibuang segala habuk pada bilahnya, kipas masih lagi terasa perlahan dan panas.
Hal ini mungkin terjadi kerana ada kerosakan kecil pada bahagian dalaman kipas. Hendak beli yang baharu, mungkin belum ada bajet lagi. Tapi tahukah anda, sebenarnya terdapat alternatif lain yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kelajuan kipas siling yang sudah menurun prestasinya? Mengikut perkongsian pemilik akaun fb Encik Md Helmee Abu, kipas siling boleh dibaiki sendiri dengan kos yang amat murah. Lebih jimat dan pasti berkesan!
Nota : Didalam posting nya, Encik Helmee telah memfokuskan pada kipas siling jenama KDK atau Panasonic jenis 5 bilah.
LANGKAH #1
Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian :-
Ring
Cover sensor
LANGKAH #2
Tanggalkan ring pada kipas siling tersebut dengan memusing mengikut arah “open” kemudian tanggalkan.
LANGKAH #3
Buka bahagian sensor, ada 3 skru (buka menggunakan Phillips screwdriver)
LANGKAH #4
Tanggalkan 2 wayar socket.
LANGKAH #5
Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.
LANGKAH #6
Alat yang diperlukan ;
soldering iron
solder wire
capasitor
LANGKAH #7
Desolder capasitor lama (di bahagian bawah board)
LANGKAH #8
Tanggalkan capasitor lama.
LANGKAH #9
Kemudian masukkan capasitor baru.
LANGKAH #10
Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan bila selesai. (kaki yg berlebihan)
LANGKAH #11 Board yg telah siap diganti capasitor.
LANGKAH #12
Pasang semula board pada kipas. (sambung semula socket wayar)
LANGKAH #13
Hidupkan suis kipas siling anda dan rasai perbezaan kelajuan nya.
Jangan lupa untuk pasang semula penutup sensor ya.
p/s ; anda boleh dapatkan kapasitor baru di hardware atau kedai barangan elektrik dengan harga lebih kurang RM2 sahaja.
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memilih warna permaidani yang sesuai dengan ruang memang sangat penting. Sekiranya pilihan warna yang salah ia mampu mencacatkan pemandangan ruang tamu anda. Ikuti tip ini untuk memilih warna permaidani yang sesuai.
+ Untuk ruang kediaman yang minimalis anda boleh memilih permaidani dengan warna menarik tetapi tidak perlu terlalu banyak motif.
+ Pilih satu warna permaidani sahaja untuk menghadirkan kesan ruangan yang sudah terasa penuh atau banyak perabot. Namun untuk ruang yang lapang dan kelihatan kosong, anda boleh memilih permaidani dengan kombinasi warna yang bersesuaian.
+Pilih warna permaidani yang sesuai dengan fungsi ruang. Seperti ruang bilik tidur anda boleh memilih warna yang lembut dan mampu memberikan keselesaan.
+ Untuk ruang tamu, pilih warna permaidani yang mampu membangkitkan suasana ruang. Anda boleh membandingkan warna permaidani dengan reka bentuk sofa, jika sofa bermotif anda boleh memilih permaidani jenis polos dan sebaliknya jika sofa anda tidak bercorak.
+ Untuk menampilkan kesan yang teduh pada ruangan anda boleh memilih warna neutral dengan tekstur yang halus dari bulu-bulu permaidani.
+ Pilih warna yang mampu mencerahkan dan menyerlahkan suasana sebuah ruangan. Misalnya, warna hijau, emas, ungu ataupun warna hitam dan putih.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Polos atau bercorak? Tepuk dada tanya selera. Begitulah hebatnya kemasan lembut menyelimuti jendela anda. Kini dalam beberapa bulan sebelum meraikan perayaan, ramai di kalangan kita yang sudah mula berkira-kira langsir apakah yang bakal menghiasi ruang kediaman. Berbunga atau polos? Pilihan mana yang lebih menarik? Pilihan manakah yang akan nampak lebih elegan dan mahal? Berdasarkan bajet dan potongan yang digilai, anda sendiri boleh menilai nilai estetika yang paling tepat untuk kediaman anda.
LANGSIR BERCORAK
Mempunyai banyak pilihan dari kanak-kanak ke orang dewasa.
Mempunyai banyak konsep seperti geometri, berbunga dan kekotak.
Mampu memberi ‘mood’ pada ruang terutama yang mempunyai konsep seperti pop art, kontemporari, French classic dan Inggeris.
Tidak perlu potongan yang keterlaluan. Cukup hanya digantung agar coraknya dapat dinikmati bersama.
Didatangkan dalam pelbagai kualiti dan selalunya tampil mahal berdasarkan kuarliti dan coraknya.
Boleh dilaraskan pemilihan coraknya dari kecil atau besar berdasarkan saiz ruang atau konsep dekorasi.
Perlu dipotong dengan cermat kerana sambungan yang dibuat juga hanya akan mencacatkan langsir jika tidak dibuat dengan betul.
Payah disuai padan jika dinding anda sendiri sudah meriah dengan corak kertas dinding. Perlu berhati-hati!
Payah untuk dipelbagaikan terutama dibuat langsir swag dan beberapa teknik tindihan yang hanya menggangu alur kain yang ditindih.
Sesuai bagi kediaman yang agak minimal dan polos. Paling tidak jendela yang nampak biasa akan tampil ceria dan elegan.
LANGSIR POLOS
Didatangkan dalam pelbagai karakter, matte semi kilau dan berkilauan.
Pelbagai pilihan kualiti dan fabrik kapas, renda, satin dan campuran.
Sheer curtain sememangnya paling cantik didatangkan dalam bentuk polos.
Tidak cukup kain? Jangan risau beli sahaja kain polos berlainan warnanya dan boleh ditambah sebagai bingkai atau corak sebagaimana teknik patch work.
Harga agak murah dan didatangkan dalam pelbagai ketebalan meski pun warnanya sama.
Cantik jika anda mahu membuat teknik tindih dan kesan alur kain memberikan impak mahal meski pun harga fabriknya tidaklah semahal mana.
Pilihan warna pastel memberi kesan ala moden kontemporari, warna mewah dan gelap mirip cita rasa klasik serta neutral boleh menghidupkan seni hias ala nusantara.
Anda boleh memilih dua kesan jika memilih fabrik satin. Sama ada permukaan berkilau penuh gaya klasik atau permukaan separa berkilau yang nampak lebih moden.
Boleh disuai padan dengan langsir bercorak. Terutama jika anda ingin mengubah suai langsir lama atas dasar ingin berjimat cermat.
Tidak lekas bosan dan lari dari aliran. Jadi boleh digunakan beberapa lama dengan baik malah segar sentiasa.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.