Kenapa nenek moyang kita dulu wajib tanam pokok pandan di laman? Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya, rupanya pandan ini banyak khasiat kepada kesihatan.
Berikut adalah 8 manfaat pandan kepada kesihatan:
1. Menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Minum airnya.
2. Matikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
3. Melembutkan daging
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
4. Makanan tidak cepat basi
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
5. Melicinkan kulit
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
6. Pewangi alami
Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.
7. Pewarna asli
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
8. Mengecutkan rahim
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
Tak susah pun nak tanam pokok pandan ni. Nak tahu cara tanam pandan yang betul, Klik sini