Tanam cili memang mudah. Tapi, pokok cili antara tanaman yang juga mudah diserang penyakit. Bukan sahaja penyakit yang akan menyebabkan cili tak mengeluarkan hasil yang optimum. Ada beberapa perkara lain yang perlu diteliti. Antaranya ialah:
1. Pilih tempat yang dapat pencahayaan yang baik. Sebaiknya dapat cahaya matahari penuh dari jam 8pagi hingga 5 petang. Jika tanam di tempat redup menyebabkan pokok cili tinggi dan berbuah kecil.
2. Anda boleh tanam terus di tanah, pasu bersaiz 16×16 (medium campuran tanah kuning+topsoil+pasir) atau polybag guna sistem fertigasi.
Ads
3. Jika tanam terus di tanah, gembur dan rawat guna kapur dan taburkan baja tahi ayam. Masalah tanam terus di tanah adalah cili mudah diserang serangga bawaan tanah.
4. Masa memindahkan anak cili adalah berumur 3-4 minggu selepas di semai. Pindahkan diwaktu petang kerana cuaca tidak panas.
Ads
5. Jika tanam di tanah, siram pokok cili dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Jika guna sistem fertigasi, siraman secara automatik menggunakan timer biasanya dibuat 4-5 kali sehari.
6. Tanah yang terlalu lembap boleh mengundang penyakit dan menyebabkan akar cili mereput lalu pokok mati. Elakkan tanam di kawasan yang bertakung atau sering di naiki air.
Ads
7. Cili matang bila 70% warna cili berkilau dan berwarna merah. Waktu paling sesuai memetik adalah selepas 9 pagi keatas kerana embun sudah kering.
8. Jangan biarkan cili basah, keringkan dahulu sebelum di simpan lama. Jika buah telah dipetik, baja buah perlu cepat diberikan pada pokok semula.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, kebanyakan orang terpaksa membuat pinjaman dengan bank bagi mahu memiliki sebuah kediaman atau rumah idaman.
Umum mengetahui, terdapat beberapa tempoh masa pembiayaan pinjaman rumah yang ditawarkan oleh pihak bank kepada peminjam bergantung kepada syarat kelayakan pemohon. Kebiasaannya, pihak bank akan menawarkan tempoh pembiayaan pinjaman selama 15 hingga 30 tahun.
Tetapi tahukah anda, bagi mereka yang golongan berusia lebih 25 tahun tidak digalakkan untuk membuat pembiayaan pinjaman rumah untuk tempoh 30 tahun. Ingin tahu mengapa?
Pakar kewangan dan hartanah, Encik Azizul Azli Ahmad menerusi hantaran di akaun laman media sosial Facebook miliknya ada memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut serta nasihat kepada orang ramai.
Jelasnya, untuk melangsaikan hutang pinjaman rumah dengan segera adalah tindakan yang amat disarankan supaya masalah bebanan hutang di hari tua dapat dielakkan.
SELESAIKAN HUTANG SEBELUM USIA 55 TAHUN!
1. Rancang baik baik hutang kita kawan kawan.
2. Jika kita nak ada hutang rumah 30 tahun, belilah rumah diusia 25 tahun. Pada usia 55 tahun hutang akan berakhir.
3. Jika beli pada usia 30 tahun, pendekkan tempoh jadi 25 tahun atau bayar deposit lebih sikit sebelum beli.
4. Jika nak beli kereta, pastikan usia 55 tahun hutang kereta dah tiada. Sepanjang 30 tahun kerja, tukar sahaja berapa kali kereta. Janji sebelum 55 kita dah tiada hutang lagi.
5. Ada lebihan duit, menabung atau selesaikan hutang segera.
6. Jangan ada impian beli rumah atau bina rumah selepas bersara. Ia akan habiskan simpanan kita. Kawan kawan, Hidup ini bukan untuk bekerja sampai mati, hidup ini untuk dinikmati juga.
Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Banyak dah kes Impiana tengok dalam media sosial pergaduhan antara jiran disebabkan ubah suai pagar je. Benda kecil, kenapa perlu tarik muka sesama jiran? Yang nak ubah suai pagar tu pun, bukan boleh sebarangan buat ye. Ada undang-undang yang perlu anda patuhi.
Melangsir dari blogspot Tips ubahsuai rumah, berikut cara-cara memohon kebenaran bina atau ubahsuai pagar rumah. Namun, undang-undang dan syarat ubah suai bergantung pada pihak berkuasa tempatan masing-masing.
1. Sediakan surat permohonan membina pagar baru ke MBSA
Untuk kemudahan anda, saya telah sediakan contoh surat permohonan membina pagar baru dalam bentuk fail pdf, anda boleh download contoh surat DISINI. Semak contoh surat tersebut & taip semula mengikut kesesuaian anda. Cetak 2 salinan surat ini & tandatangan kedua-duanyanya.
2. Sediakan gambar rumah sedia ada
Ambil gambar rumah anda & fokuskan kepada pagar rumah yang ingin anda bina semula. Sebaiknya ambil gambar depan/tepi/belakang jika rumah jenis lot tepi. Bagi rumah lot tengah anda hanya perlu ambil gambar depan+belakang rumah sahaja. Cetak gambar ini dalam kertas A4.
3. Isi borang permohonan permit letak bahan binaan MBSA
Sila download borang permohonan permit letak bahan binaan yang telah saya upload DISINI. Borang ini asalnya warna kuning cair, jadi anda perlu cetak borang ini atas kertas kuning @ fotostat atas kertas warna kuning cair. Borang ini boleh juga diambil di kaunter 1, Jabatan Bangunan tingkat 8 MBSA. Isi semua maklumat yang diminta dalam borang tersebut seperti;
– alamat rumah & nama pemilik rumah/pemohon serta nombor telefon anda
– tulis nama kontraktor yang akan membina pagar anda serta alamat syarikat kontraktor; jika anda sendiri yang membeli bahan binaan & mengupah pekerja serta mengawasi kerja pembinaan, tulis sahaja nama anda sebagai kontraktor & tandatangan borang tersebut
4. Isi borang permohonan sewaan tong roro
Sila download borang permohonan sewaan tong roro yang telah saya upload DISINI. Borang ini asalnya warna hijau cair, jadi anda perlu cetak borang ini atas kertas hijau @ fotostat atas kertas warna hijau cair. Borang ini boleh diambil di kaunter Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam di tingkat 4 MBSA. Isi semua maklumat yang diminta dalam borang tersebut seperti;
– nama pemilik rumah & nombor telefon
– tarikh memulakan kerja pembinaan pagar
– alamat lokasi pembinaan & alamat surat menyurat
– pilih jenis tong roro yang ingin disewa, biasanya pilih 1 unit tong roro bersaiz 3 tan
5. Surat kebenaran jiran
– Jika ubahsuai pagar baru melibatkan pagar sebelah yang dikongsi dengan jiran, anda perlu mendapatkan kebenaran ubahsuai pagar dari jiran sebelah kiri atau kanan.
– DOWNLOAD SURAT DI SINI & minta jiran sebelah anda mengisi & tandatangan borang tersebut.
6. Submit surat permohonan & borang ke MBSA
Buat 2 salinan surat permohonan & sediakan kesemua borang serta gambar rumah dan kemukakan dokumen tersebut ke kaunter 1, tingkat 8 Jabatan Bangunan MBSA, Shah Alam. Simpan satu salinan surat permohonan yang telah di cop oleh mbsa untuk rujukan anda. Biasanya pegawai kaunter akan terima permohonan anda jika semuanya lengkap. Salinan surat ini anda perlu tunjukkan di kaunter sewaktu anda follow-up status permohonan di MBSA.
BILAKAH PERMOHONAN AKAN MENDAPAT JAWAPAN MBSA?
Selepas submit surat permohonan, MBSA akan beri tempoh 14 hari bekerja untuk memberi jawapan bersurat. Anda perlu follow-up dengan di MBSA seminggu sekali, jika bernasib baik MBSA akan keluarkan surat jawapan dalam tempoh kurang dari 14 hari. Dalam surat tersebut secara ringkasnya MBSA akan beri kebenaran untuk anda membina pagar dengan syarat membayar fee permit letak bahan binaan & fee sewa tong roro.
TIP: Kalau tak nak pening kepala urusan dokumentasi, sebaiknya lantik perunding bertauliah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Gaya eklektik yang menggabungkan perabot antik dengan warna-warna pastel, renda dan bunga-bungaan feminin, digayakan lusuh atau vintaj. Jika anda sukakan gaya lembut dan timeless sebegini, ini adalah beberapa karakter utama yang perlu ada di kediaman anda untuk mencapai ruang SHABBY CHIC yang begitu cantik lagi menarik.
4 Ciri Shabby Chic
#1 Mix and Match
Buka minda dan jangan takut untuk mencuba sesuatu yang luar dari kebiasaan. Mix and match kan perabot, material, warna-warnapastel dengan elemen klasik untuk look shabby chic yang lebih sempurna.
#2 Elemen Vintaj atau Klasik
Segala perhiasan dan perabot untuk tema ini perlu kelihatan klasik tetapi dalam masa yang sama timeless.
#3 Feminin dan Ceria
Konsep ini memang terkenal dengan gaya feminin nya yang diterjemahkan melalui pemilihan warna dan juga motif floral yang sudah sinonim dengan lambang kewanitaan.
#4 Warna-warna Neutral
Penggunaan warnaneutral dapat tone down kan elemen klasik yang mungkin akan kelihatan sarat jika dipadankan dengan warna yang terang. Jadi, rona seperti putih, beige dan kelabu adalah pilihan yang bijak.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.