Kita adakala terlalu bercita-cita besar mahu menghias ruang yang ada dengan segah mungkin yang mana selalu lebih molek diabadikan di ruang yang luas. Namun apabila berhadapan dengan ruang sempit, kita perlu tahu teknik menghias dengan betul agar yang dibeli boleh dipakai, selesa dan ruang tampil ideal serta sedap mata memandang.
1. Carilah sofa di bawah pinggang ketinggiannya. Ini bagi tidak menghalang pandangan mata perhadap keluasan ruang
2. Carilah sofa dua tempat duduk sebagai sofa utama.
3. Tidak salah memilih sofa yang terang warnanya. Putih gading atau rona krim dilihat warna paling idea di samping rona pastel.
4. Pilihlah meja makan untuk empat orang. Selain daripada bentuk empat segi sama, anda boleh memilih meja makan bulat. Cuma kini meja makan boleh diubah saiznya untuk enam tempat duduk.
5. Elakkan memilih kerusi meja makan lebih tinggi dari aras meja. Ini hanya akan menyesakkan pandangan. Paling menarik jika anda memilih bangku panjang sahaja seperti di kantin sekolah yang kini menjadi trend di kalangan pereka.
6. Elakkan membeli sofa satu set yang sama. Ia hanya menjadikan ruang bertambah terkongkong.
7. Kusyen dempak, ala konsep tempat duduk kediaman arab pun dilihat sesuai kerana tidak menggunakan banyak ruang.
8. Jika masih menyimpan kerusi kayu ala retro yang kecil saiznya juga boleh diulang pakai kerana tidak menggunakan banyak ruang.