Musim durian dah tiba. Bagi peminat tegar, pemburuan durian perlu dilakukan segera. Sebab nanti dah lewat musim, durian mula rasa tak sedap. Buah pula biasanya pada hujung-hujung musim kurang mengancam. Biasanya buah pada kitaran pertama musim sentiasa terbaik.
Tangkai menceritakan segala-galanya ketika hayat si durian
Tapi agak mengecewakan jika buah yang dibeli tidak memuaskan apabila dimakan, kurang nikmat durian. Biasa nya peniaga akan bagitahu semua buah terbaik jadi bagi mengatasi masalah terbeli buah yang tidak sedap ini, jadikan 8 tip ini sebagai panduan
1. Tangkai
Pertama sekali ketika memilih durian perlu lihat pada bahagian tangkainya. Tangkai menceritakan segala-galanya ketika hayat si durian. Durian kalau dah masak ia akan jatuh sendiri kan. Jika durian yang jatuh sendiri, tangkainya kelihatan bergigi. Manakala yang licin itu, maknanya belum masak lagi tapi telah dipetik.
Tangkai yang masih segar, bermakna ia baru gugur. Ini menunjukkan buah masih segar dan kandungan gas dalam buah pun tak banyak dan isinya enak.
Cungkil sikit pada bahagian kulit tangkai. Kalau kulitnya tebal, ia bermaksud isinya pun tebal. Kalau bahagian dalam kulit nya kuning, ini bermakna isi dalamnya kuning.
2. Pilih yang ringan
Jangan sibuk nak ambil durian yang berat. Ini antara salah satu kesalahan yang kerap dilakukan oleh pembeli. Bila berat, dia ingat isinya banyak. Buah berat tak bermaksud isinya banyak. Ia menunjukkan ia masih mentah atau terlalu berair dan kemungkinan busuk.
3. Goncang
Perasan tak kalau kita nak beli durian, penjual tua akan ketuk-ketuk dan goncang? Baik anda buat sendiri. Kot-kot ditipu. Kalau kedengaran benda bergoncang dalam tu, ia menunjukkan isinya kering dan sudah masak. Isi kering tak bermakna kering kontang. Ia bermakna enak dimakan lah tu.
4. Bentuk fizikalnya bulat
Orang kata kalau jenis bulat ini isi nya tebal. Tapi sebanrnya bergantung kepada jenis. Tapi kalau boleh, berusaha ambil yang bulat lah ya.. durian bukit banyak bulat. Itu yang sodap.. makan seulas pun dah kenyang
5. Tengok kulit
Durian dengan durinya halus dan rapat, ia menunjukkan isi dagingnya jenis yang lembik. Kalau yang durinya besar-besar dan jarang, ini menunjukkan isinya padat. Bila makan tu tak susah nak kemas. Isinya boleh kita makan sampai nampak biji bersih suci.
6. Tepuk manja
Tepuk-tepuk manja pada permukaan kulit durian. Jangan kuat-kuat, nanti tembus pula durinya. Kalau boleh gunakan sesuatu yang solid. Kalau peniaga, dia guna parang untuk belah durian tu. Kalau dengar bunyi merdu “buk-buk” maksudnya durian dah matang. Kalau bunyinya macam pantul cepat “kedepek” bermakna durian masih muda
7. Tampok/juring lima
Macam manggis, nak tentukan isi di dalam ada berapa kita akan tengok tampuk. Sama seperti durian. Anda perlu pilih yang ada tampuk lima di bahagian bawah durian. Kalu 6 atau lebih, jangan ambil. Ini bermakna isinya tak banyak. Pastikan juring atau tampuk tersebut jelas sampai ke sisi kulit durian.
8. Aroma yang menawan
Selesai ketujuh-tujuh tip, barulah tip ke-8 dilakukan. Bau durian sedekat yang boleh. Kalau boleh, biar durinya betul-betul terkena sedikit pada hidung. Kalau baunya harum manis, ini bermakna durian masih optimum. Kalau tidak berbau, ini bermakna durian sudah masuk angin. Durian yang dah masuk angin rasanya hambar.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Apa Beza Antara Insurans Pembiayaan Rumah MRTT & MLTT?