Sudah beberapa minggu Malaysia dilanda cuaca yang tidak menentu. Malah cuaca panas dan suhu yang semakin meningkat turut terasa sehinggakan suasana dirumah menjadi bahang dan membuat anda tidak selesa untuk beristirehat dan tidur. Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni pasti ramai yang tercari-cari tips nak atasi masalah bilik yang panas.
Untuk sejukkan rumah atau bilik boleh saja pasang air-cond atau pendingin udara bagi yang ada duit lebih. Tapi bagi yang tak berkemampuan, bolehlah cuba tips di bawah. Semoga bermanfaat!
LETAK BESEN AIR DI DALAM BILIK
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
Ads
GUNAKAN LAMPU DARI JENIS KURANG MEMANCARKAN HABA
Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.
POKOK EKOR KUCING BOLEH MENYEJUKKAN RUMAH
Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.
Ads
CAT DINDING RUMAH DENGAN WARNA CERAH YANG DAPAT MEMANTULKAN CAHAYA DAN HABA
Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.
PASANG JARING KELAMBU BESI DAN BUKA TINGKAP PADA WAKTU MALAM HARI
Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.
Ads
GUNAKAN PAPAN FIBER SIMEN UNTUK SILING RUMAH
Fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.
AWNING DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN PEMANASAN RUMAH AKIBAT PANCARAN CAHAYA MATAHARI
Salah satu punca rumah menjadi panas adalah kerana dinding yang terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan haba tersebar ke dalam rumah. Untuk kurangkan bahang pada waktu siang, pasang awning untuk mengelakkan dinding rumah menjadi panas kerana terkena cahaya matahari.
Selalunya awning di pasang pada bahagian dinding yang menghadap matahari jatuh kerana cuaca mulai panas pada waktu tengah hari hingga petang. Jika bajet lebih, pasang saja awning di sekeliling rumah.
Atau boleh juga tanam pokok yang rendang di sekeliling rumah supaya menjadi keadaan di sekeliling rumah menjadi redup dan tidak terkena bahang matahari.
JAUHKAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA TELEVISYEN ATAU KOMPUTER
Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bilik tidur anak adalah ruang yang paling sukar untuk kita mendekorasi. Mana tidaknya pemilihan warna dan juga pemilihan material yang betul perlu ada dalam sentuhan untuk bilik tidur anak-anak. Keselesaan yang berpanjangan amat penting untuk anak-anak dapat tidur yang nyenyak dan membesar dalam ruang peribadi mereka dengan sempurna.
Kali ini IMPIANA tertarik dengan pemilik Nor Azura Abdul Aziz yang berkongsi tentang ubah suai yang dibuat untuk kamar anaknya. Inspirasi ini boleh dijadikan sumber idea untuk anda yang masih tercari-cari idea untuk ruang bilik tidur anak.
Dari dinding polos dengan warna cat kusam kini mendapat nafas baru dengan pemasangan shiplap wall secara menegak dengan pemilihan warna yang cukup menarik dan ceria untuk bilik anak beliau. Selalunya kita lihat shiplap wall ini dipasang secara melintang tapi kali ini secara menegak pula. Boleh tahan juga cantiknya. Jika anda dah tertarik boleh la cuba di mana-mana ruang pilihan anda.
Jom kita tengok apa bahan dekor yang digunakan untuk ubahsuai kamar anaknya.
Shiplap color-color tegak.
Katil kayu pallet.
Sticker dinding.
Lampu tidur – Led Strip.
Kerja-kerja pemasangan bermula dari bawah. Penggunaan laser bagi memastikan pemasangan kayu tersebut dalam kedudukan yang tepat dan lurus.
Penggunaan pelekat hiasan bagi menaikkan lagi seri bilik tidur ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Biar dapur sempit asalkan kita puas hati dengan kualiti yang ada dan memberi ilham sehabis baik untuk menyerlahkan seri dan nilai praktikalnya. Ini adalah idea untuk rekaan dapur sempit yang sesuai dengan kediaman jenis kondominium dan apartmen.
KECIL TIDAK BERMAKNA SEMUA BENDA KENA SIMPLE. BOLEH JE KITA PADANKAN ASAL ADA PLANING DAHULU.
Warna kena nampak cantik dan tak bosan. tak pe sesekali anda boleh bermain dengan warna terang. Bukan sekadar nampak cantik, tapi nak nampak selesa dan tak resah bila berada di dalamnya.Tidak kira pastel atau terang yang penting anda happy bila lihat dapurnya.
CONTOH ILHAM WARNA YANG MENARIK UNTUK SEBUAH DAPUR. CERIA DAN CANTIK!
kemasan kaunter kalau boleh biarlah berkualiti. Dalam kita menyiapkan dapur cantik dan berkualiti, bahagian atas ini janganlah berkira kerana ia penting untuk melakukan tugas di dapur. Malah kualiti kaunter top juga antara elemen estetika yang warjar di jaga
MATERIAL JUGA PENTING AGAR DAPUR NAMPAK CANTIK DAN CLASS. ADKALA MATERIAL ASAS JE PUN TAPI PANDAI MIX DAN MATCH NAMPAK CANTIK DAH.
Kabinet tertutup padu sampai ke siling bagus. Tetapi bosan juga kalau semua tertutup. Dah macam dapur kapal terbang. Jadi kalau dan seunit dua kabinet terbuka tak salah. Terutama untuk mengeringkan pinggan mangkuk. Susunan yang cantik pasti membuat hati tertarik.
KEPELBAGAIAN BENTUK KAUNTER DAN MENEPATI FUNGSI DI DAPUR. RUANG NAMPAK HIDUP DAN CANTIK JIKA BIJAK ANDA MENGGUNAKANNYA.
Pelan lantai kena bijak. RUANG KOMPAK ini juga perlu kaunter sarapan dan ruang untuk meltak peti sejuk. Jadi jangan ketinggalan ye menempatkan segala bagai keperluan asas di dapur dan rancang dengan teliti keperluan anda.
MASUKKAN SEMUA KEPERLUAN DALAM 1 RUANG. KOMPAK , BIJAK DAN TIDAK MENYUSAHKAN KITA BERGERAK.
Salah satu masalah yang akan timbul apabila membeli langsir siap ialah ukuran langsir yang tidak bersesuaian dengan tingkap rumah. Sama ada ia terlalu pendek atau terlalu panjang, kedua-duanya memang boleh buat kita frust. Sebab itulah lebih baik jika kita ukur dahulu betul-betul supaya tidak menyusahkan nanti..
Tapi kali ini, IMPIANA nak kongsikan cara untuk alter semula langsir panjang meleret dengan cara paling mudah dan cepat. Tanpa perlu potong dan jahit, langsir anda akan nampak lebih kemas!
Tip ini telah dikongsi oleh saudara Ahmad Syahril Mohd dalam akaun facebook nya.
Sedikit perkongsian tips penjimatan daripada masalah kaki langsir yang meleret.. Nak hantar kedai jahit, tak hantar2, last2 DIY je lah..
Bahan yang anda perlukan :
1. Gam kasut kedai eco
2. Seterika
Gamkan dan gosok menggunakan seterika supaya gam melekat kuat pada kaki langsir
Siap! Selamat mencuba semua.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.