Kelabu telah terbukti menjadi salah satu pilihan warna kegemaran ramai. Warna kelabu tampak neutral dan amat versatile sehingga boleh dipadankan dengan hampir setiap warna dan corak. Adakah anda bercadang untuk menghias dengan kelabu? Sedikit peringatan, warna kelabu datang dalam beberapa tona, suam dan sejuk, jadi agak mudah untuk tersalah pilih.
Jika anda mahukan ruang yang nampak moden, gunakan warna kelabu bertona sejuk tetapi berlainan pula dengan warna kelabu suam, ia akan membangkitkan perasaan yang lebih klasik dan kontemporari.
1. GABUNGKAN BEBERAPA TONA KELABU.
Jika anda hanya menggunakan satu tona warna yang sama, ruang mungkn akan kelihatan hambar dan membosankan. Jadi adalah penting untuk menggabungkan beberapa tona kelabu agar ruang tidak nampak flat. Mulakan dengan lapisan asas, pilih satu tona kelabu yang benar-benar memberi inspirasi kepada anda, kemudian lapiskan dengan tona kelabu yang berbeza melalui perabot, hiasan lembut dan aksesori lain. Lemparkan kusyen bercorak untuk menambah tekstur ruang.
2. PERABOT KELABU.
Jangan hadkan penggunaan kelabu hanya pada warna dinding. Jika anda suka warna ini, pertimbangkan beberapa buah perabot untuk menambah mood moden. Rak atau almari juga adalah cara yang baik untuk tambahkan kelabu pada ruang anda.
3. METALIK SEBAGAI ESEN KELABU.
Ads
Aksesori metalik yang indah sememangnya amat cantik dipadankan dengan palet asas kelabu. Gunakan warna kelabu untuk latar belakang neutral anda bagi memberikan tumpuan kepada hiasan metalik.
4. CIPTAKAN LATAR BELAKANG SEMPURNA.
Kelabu adalah warna paling sesuai yang boleh digunakan untuk menghiasi dinding anda. penggunaan cat atau wallpaper kelabu tidak akan menenggelamkan warna esen.
5. TAMBAH DRAMA DENGAN KELABU GELAP.
Ads
Gunakan kelabu gelap untuk anda yang berani dan bold. Cat sekali dinding serta siling dan ia boleh dikontraskan dengan hiasan berwarna terang dan menarik. Ruang serta merta akan menjadi lebih dramatik dan berkarakter.
6. KEHIJAUAN SEBAGAI PENYERI.
Tumbuhan hijau atau corak tropikal akan dengan mudah menjadikan ruang kelabu lebih segar dan ‘ringan’.
7. PASTEL PADANAN KELABU LEMBUT.
Ads
Letakkan sekali warna kelabu dengan warna-warna pastel untuk ruangan nampak lebih lembut dan mesra. Untuk mengelakkan ruang terasa terlalu girly, gunakan juga warna lebih gelap dan corak hitam putih untuk mendapatkan lebih tekstur.
8. JANGAN ABAIKAN LANTAI.
Jika anda tidak tahu mana untuk bermula, pandang kebawah. Lantai sering dilupakan walaupun ia merupakan tempat terbaik untuk mula memasukkan sedikit demi sedikit tona kelabu. Bentangkan permaidani, perabot dan aksesori untuk mewujudkan ruang tamu yang sesuai dengan anda dan keluarga.
9. MAHU RUANG KELIHATAN MEWAH? MARBLE JAWAPANNYA.
Mungkin tidak semua ingin melabur untuk marmar, ciri gaya marmar adalah cara yang baik untuk menggabungkan beberapa tona kelabu ke dalam ruang dikediaman anda. Kertas dinding bercorak marmar atau kaunter top marmar akan kelihatan anggun dan mewah apabila digabungkan dengan kelabu menjadikan ruang lebih mewah dan eksklusif.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mangkuk Tandas Berkerak, Cara Mudah Untuk Hilangkan kesan degil. Mangkuk tandas yang kerap digunakan sudah tentu akan ‘berkerak’ dan kelihatan kotor. Kalau anda sekadar menyiram dengan air atau ‘flush’ air sahaja sudah tentu kerak itu tidak akan hilang.
Ada juga sesetengah orang yang menggunakan sabun dalam kuantiti yang banyak dan terpaksa menggosok ‘toilet bowl’ bertalu-talu bagi menghilangkan kerak tersebut. Kalau anda juga menggunakan kaedah yang sama, apa kata next time anda cuba kaedah yang lebih mudah ini untuk membersihkan kerak pada mangkuk tandas. Anda pasti kagum dengan perubahannya nanti.
TIP BERSIHKAN MANGKUK TANDAS YANG BERKERAK
GUNAKAN CUKA
Anda perlu siramkan cuka dalam kuantiti 2 gelas pada sekitar permukaan dan penutup tandas. Lepas itu biarkan selama 2 jam.
Setelah 2 jam, anda hanya sekadar perlu menggosok toilet bowl dengan berus. Tidak perlu terlalu berkeras cukup sekadar menyental kerak dan kotoran yang ada kemudian bilas dengan air bersih. Cuka yang bersifat menghakis itu membantu menghilangkan kotoran degil dengan mudah.
COKE
Jika tiada cuka, anda juga boleh gantikan dengan coke (coca cola). Caranya sangat mudah, anda hanya perlu tuang coke kedalam mangkuk tandas dan biarkan selama sejam. Kemudian ‘flush’, segala kotoran akan hilang kesan daripada tindakan ‘citric asid’ yang terdapat pada coke.
AWAS! Walaupun bahan-bahan ini digunakan dalam masakan anda harus menggunakan penutup mulut apabila menggunanya untuk membersih tandas.
Ramai yang salah langkah apabila mencuci langsir. Sebab tu, langsir anda mudah rosak atau kelihatan buruk selepas dicuci. Sebenarnya, untuk mencuci langsir bergantung kepada jenis material kain tersebut sama ada ia boleh dibasuh dengan mesin basuh ataupun tidak. Sebagai contoh, material kain langsir yang lebih ringan adalah sesuai untuk pembasuhan di dalam mesin basuh manakala jenis material berat, tidak digalakkan. Berikut ialah teknik – tekniknya;
1. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan untuk fabrik lembut, pilih untuk menggunakan sistem itu. Jika sebaliknya, pilih penggunaan kitaran cool wash ataupun slow spin.
2. Tuangkan pencuci fabrik harian anda di dalam mesin basuh lebih kurang dua penutup.
3. Sekiranya kain langsir terlekat kotoran degil, sebelum membasuh dengan menggunakan mesin basuh rendamkan terlebih dahulu kain langsir lebih kurang 15 – 30 minit di dalam sebatian baking soda dan cuka putih. Kemudian bilaskan kain langsir dan masukkan ke dalam mesin basuh.
4. Jika anda bimbang kain langsir merenyuk, jangan ambil risiko membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan dengan basuhan tangan sahaja.
5. Untuk mengekalkan langsir yang cantik dan bebas bau yang kurang menyenangkan, gunakan vakum ataupun berus lembut untuk menyingkirkan habuk dan kotoran. Serta semburkan dengan haruman fabrik.
10 TIP CUCI LANGSIR IMPIANA
1. Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Jika keadaannya masih agak kekuningan disebabkan oleh kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi dan segar, malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
2. Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendamkan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendamkan keseluruhan langsir. Sebelum merendamkannya ke dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus merendam ke dalam cecair pencuci agar bau kencing kucing hilang, malah tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
3. Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk yang melekat pada langsir. Lakukan seminggu sekali terutamanya jika anda menetap di kawasan bandar. Manakala bucu langsir pula boleh disedut dengan menggunakan penyedut hampagas. Ada kalanya debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik nampak kotor dan kelabu terutamanya bagi anda yang memilih fabrik daripada jenis renda kasar.
4. Bagi yang menggunakan renda, anda juga boleh merendam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran pada celah-celah jalinan benang.
5. Awas! Jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan anda menggunakan mesin basuh daripada cucian lembut supaya ia tidak merosakkan kain.
6. Pastikan anda hanya mencuci langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutamanya jika anda membasuh langsir yang berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
7. Anak anda suka menepek gula-gula getah pada langsir? Tentu anda sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
8. Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan gantikannya dengan fabrik baharu yang bersesuaian terutamanya di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9.Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh terutamanya jika anda menggunakan swag daripada jenis satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk anda menggosokkannya nanti.
10.Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel jangan dibasuh dengan menggunakan mesin basuh. Seandainya kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cara pilih jubin ikut jenis, corak dan kesesuaian ruang kediaman amat penting bagi memastikan anda tidak tersalah memilih jubin. Seperti yang kita ketahui, jubin digunakan untuk melindungi lantai atau dinding di kebanyakan ruang kediaman.
Selain susun atur perabot dan konsep sesebuah rumah, kita juga pasti tertarik dengan pemilihan jubin atau ‘tiles’ yang digunakan di lantai mahupun dinding rumah. Seringkali kita berdepan dengan masalah pemilihan jubin.
Di pasaran memang banyak jubin pelbagai jenis, coral dan warna sehingga rambang mata dibuatya, sampai keliru kita hendak buat pilihan. Tidak kisahlah sama ada anda hendak memasang jubin di luar mahupun di dalam rumah, pemilihan jenis jubin memainkan peranan penting.
Apa beza jubin lantai dan jubin dinding? Ramai beranggapan jubin semuanya sama. Tak semestinya! Antara perkara yang membezakannya adalah:
DI MANA DAN BAGAIMANA JUBIN DILETAK
Susunan dan bagaimana ia dipasang membezakan kedua-duanya. Sebagai contoh, kaedah paving lantai dari dalam ke luar merupakan cara biasa memasang jubin lantai, kerana ada ruang yang lantainya tak rata. Untuk jubin dinding pula, ianya perlu dibentang dari bahagian bawah ke atas.
JENIS JUBIN
Kebiasaannya jubin dinding adalah jenis seramik, dan jubin lantai pula jenis porselin. Tanah liat yang berbeza juga digunakan untuk hasilkan jubin lantai dan dinding.
KADAR PENYERAPAN AIR
Kadar penyerapan air untuk jubin lantai dan dinding berbeza disebabkan teksturnya yang berbeza.
Jubin dinding yang diletakkan di tempat yang lembab (dapur dan bilik air), di luar dan di dalam rumah (ruang tamu dan bilik tidur) mempunyai kadar penyerapan air lebih tinggi. Manakala, untuk jubin lantai, kadar penyerapan airnya tak tinggi.
JENIS JUBIN, KELEBIHAN DAN KELEMAHANNYA
Sebenarnya, jubin ni ialah kepingan bahan tahan lasak seperti seramik, batu, logam atau kaca diproses yang digunakan untuk menutup atap, lantai, dinding, pancuran, atau objek lain seperti meja dan lain-lain.
Terdapat tiga jenis jubin yang biasa digunakan iaitu seramik, porselin, dan homogen. Seramik dan porselin digunakan dalam ubah suai kediaman, sementara jubin homogen pula digunakan dalam ruang komersial.
JUBIN SERAMIK
Dianggap jubin paling asas, ia diperbuat daripada campuran tanah liat, pasir dan bahan semulajadi yang lain.
Bahan-bahan tersebut kemudiannya diadun menerusi proses penekanan dan dibakar dalam suhu yang tinggi.
Kebiasaannya dipasang di dalam bilik seperti ruang tamu dan bilik tidur, jubin seramik juga sesuai dipasang sebagai jubin dinding kerana ianya lebih ringan dan boleh didapati dalam bentuk glazed atau unglazed.
KELEBIHAN JUBIN SERAMIK
Tahan lasak
Mudah dijaga
Mudah dipotong
Popular untuk dalam rumah/lantai
KELEMAHAN JUBIN SERAMIK
Pilihan saiz dan corak mungkin terhad
Keras
JUBIN PORSELIN
Diperbuat daripada tanah liat, pasir dan air. Selain ketahanannya, jubin porselin datang dalam pelbagai warna, reka bentuk dan permukaan.
Tanah liat digunakan untuk membina Jubin porselin umumnya lebih padat. Bukan sekadar berkilat dan pusam, ia juga menawarkan permukaan yang boleh memantulkan cahaya.
Maka ia sesuai dipasang sama ada di dalam atau di luar rumah. Jubin porselin biasanya ditemui di bilik mandi, dapur, anjung dan balkoni.
KELEBIHAN JUBIN PORSELIN
Tahan lama
Popular untuk lantai bilik mandi
Daya tahan baik
Mudah bersih
Mudah diselenggara
KELEMAHAN JUBIN PORSELIN
Harga mahal
Perlu pakar untuk potong
Sukar dipasang
JUBIN HOMOGEN
Tip Pilih Jubin Homogen: Dianggap bahan lantai terkuat dan diguna secara komersial seperti di pusat membeli-belah, lapangan terbang dan hospital, di mana terdapat banyak pergerakan kaki.
Terdiri daripada bahan jubin khas dan tanah liat, ianya tidak licin (slip resistant), sesuai dipasang di kawasan yang basah contohnya di dalam bilik mandi, dapur dan tempat letak kereta.
Proses pembentukan yang kuat menjadikan jubin homogen kental dan tahan air, maka ianya bersesuaian untuk penggunaan jangka masa panjang.
Kelebihan Jubin Homogen
Kuat
Tahan lama
Kelemahan Jubin Homogen
Tak banyak pilihan
Kos pasang mahal
JUBIN SIMEN
Tidak seperti jubin lain, jubin simen tak guna tanah liat sebagai bahan utama dan tidak melalui proses pemanasan.
Proses hidraulik biasanya digunakan untuk membuat jubin ini. Sesetengah jubin simen adalah handmade, menjadikannya ia unik.
Sesuai digunakan di kawasan yang basah dan lembap seperti bilik mandi, dinding pancuran mandi atau bilik stim.
Kelebihan Jubin Simen
Kos rendah
Pelbagai warna dan bentuk
Daya tahan baik
Kalis kesan cuaca dan suhu
Kelemahan Jubin Simen
Perlu pertimbangan perubahan struktur rumah
Risiko rosak tinggi
Tebal dan berat
Cepat sejuk
JUBIN KAYU
Bagi mereka yang inginkan sedikit sentuhan klasik, jubin kayu boleh dipertimbangkan. Diperbuat daripada papan lapis, kayu asli serta kayu tiruan.
Terdapat juga yang diperbuat daripada seramik atau porselin menyerupai kayu untuk ketahanan. Menjadi pilihan untuk hiasan luaran dan dalaman, termasuk di dalam bilik dengan tahap kelembapan yang tinggi.
Kelebihan Jubin Kayu
Tahan kotoran
Kalis air
Tak sensitif kepada bahan kimia
Mesra haiwan peliharaan
Tahan lama
Pelbagai tekstur
Kekurangan Jubin Kayu
Sukar dipasang
Boleh jadi tempat serangga perosak
Berikut idea dan konsep jubin mengikut ruang di dalam rumah.
Design Jubin Dapur
TEKSTUR CORAK HALUS
Tip pilih Jubin putih di dapur? Tak cepat kotor ke? Ya ia mungkin bukan satu pilihan yang selamat tetapi anda boleh bermain dengan kreativiti agar tak nampak hambar.
Cari jubin bertekstur (bukan kosong semata-mata), seperti corak halus berselang-seli bagi menaikkan seri. Corak chevron kontemporari ini mencipta ilusi ruang yang lebih luas.
PETAK MESRA ALAM
Jubin petak segi empat sama ini memang ikoniklah. Mana-mana saja ada. Jadi kenapa berhenti di situ. Tampalkan jubin petak dengan warna tertentu bagi menyerlahkan dapur anda.
Jubin dengan simbahan hijau berkilat ini kelihatan organik dan lain dari lain, apatah lagi dipadankan dengan kombo meja dan kabinet bercat arang. Nampak eksklusif!
JUBIN SYILING
Tip pilih jubin syiling: Jubin datang dalam pelbagai saiz dan bentuk. ‘Penny tiles’ atau jubin syiling, walaupun kecil namun mampu memberikan impak yang besar.
Lingkaran kecil melingkari setiap jubin di atas dinding bertekstur menarik perhatian sesiapa yang melihat.
Bergantung pada kekemasan dan warna pilihan anda, ia pasti dapat menyerlah setiap sudut memasak anda.
JUBIN HOMOGEN
Tip Pilihan jubin homogen: Dianggap bahan lantai terkuat dan diguna secara komersial seperti di pusat membeli-belah, lapangan terbang dan hospital, di mana terdapat banyak pergerakan kaki.
Terdiri daripada bahan jubin khas dan tanah liat, ianya tidak licin (slip resistant), sesuai dipasang di kawasan yang basah contohnya di dalam bilik mandi, dapur dan tempat letak kereta.
Proses pembentukan yang kuat menjadikan jubin homogen kental dan tahan air, maka ianya bersesuaian untuk penggunaan jangka masa panjang.
Kelebihan Jubin Homogen
Kuat
Tahan lama
Kelemahan Jubin Homogen
Tak banyak pilihan
Kos pasang mahal
JUBIN SIMEN
Tidak seperti jubin lain, jubin simen tak guna tanah liat sebagai bahan utama dan tidak melalui proses pemanasan.
Proses hidraulik biasanya digunakan untuk membuat jubin ini. Sesetengah jubin simen adalah handmade, menjadikannya ia unik.
Sesuai digunakan di kawasan yang basah dan lembap seperti bilik mandi, dinding pancuran mandi atau bilik stim.
Kelebihan Jubin Simen
Kos rendah
Pelbagai warna dan bentuk
Daya tahan baik
Kalis kesan cuaca dan suhu
Kelemahan Jubin Simen
Perlu pertimbangan perubahan struktur rumah
Risiko rosak tinggi
Tebal dan berat
Cepat sejuk
Design Jubin Dapur
TEKSTUR CORAK HALUS
Tip pilih Jubin putih di dapur? Tak cepat kotor ke? Ya ia mungkin bukan satu pilihan yang selamat tetapi anda boleh bermain dengan kreativiti agar tak nampak hambar.
Cari jubin bertekstur (bukan kosong semata-mata), seperti corak halus berselang-seli bagi menaikkan seri. Corak chevron kontemporari ini mencipta ilusi ruang yang lebih luas.
PETAK MESRA ALAM
Jubin petak segi empat sama ini memang ikoniklah. Mana-mana saja ada. Jadi kenapa berhenti di situ. Tampalkan jubin petak dengan warna tertentu bagi menyerlahkan dapur anda.
JUBIN SYILING
Jubin datang dalam pelbagai saiz dan bentuk. ‘Penny tiles’ atau jubin syiling, walaupun kecil namun mampu memberikan impak yang besar.
Lingkaran kecil melingkari setiap jubin di atas dinding bertekstur menarik perhatian sesiapa yang melihat.
Bergantung pada kekemasan dan warna pilihan anda, ia pasti dapat menyerlah setiap sudut memasak anda.
Design Jubin Bilik air
GABUNGAN SAIZ BERBEZA
Jom ambil pendekatan menggabungkan saiz jubin untuk dinding dan lantai bilik air anda.
Seperti apa yang dikongsikan pereka Kureck Jones, dua saiz dan bentuk jubin digabungkan, di mana jubin merah jambu segi empat tepat ditampal di dinding, manakala jubin bermotifkan daun di lantainya.
Dengan pencahayaan serta konsep gaya industri menambah kontra di dalam bilik air ini. Lawanya!
TONA NEUTRAL
Menciduk inspirasi alam, bilik mandi yang berkonsepkan minimalis dan moden boleh diserlahkan dengan penggunaan jubin yang tepat.
Menekankan tona neutral untuk menyeimbangkan variasi jenis jubin dari bahan yang berbeza untuk ruang yang berlainan, pasti bilik mandi anda tampak mewah dan anggun.
‘SEKSIKAN’ BILIK AIR
Bukan sahaja bilik tidur nak kena seksi, bilik air pun boleh! Dengan penggunaan cahaya, kontra, kelengkapan serta jubinnya, bilik air tampak elegan dan sudah semestinya anda akan mengambil masa untuk kekal berada di dalamnya.
Design Jubin Lantai Rumah
TEKSTUR BUKAN BIASA
Jubin dengan tekstur bukan biasa sebenarnya boleh memberi kesan dalam ruang tamu anda.
Anda boleh menggunakan jubin monokrom bagi menselarikan perhiasan dengan gaya kontemporari. Anda juga boleh menggunakan skema warna yang cerah, memilih jubin dengan warna yang terang.
Pastikan elemen hiasan yang minimal agar perhatian tetamu akan tertumpu akan keindahan lantai berjubin anda.
LANTAI GLOSSY
Jubin glossy sememangnya popular dan cukup menarik perhatian, dek kesan reflektif membuatkan saiz ruang nampak lebih luas secara visualnya.
Jubin berkilat dari batu semulajadi boleh menyerlahkan kediaman dengan campuran gaya klasik dan moden. Ia semua bergantung pada warna jubin dan elemen tambahan di atasnya.
MARMAR
Untuk mewujudkan suasana elit dan mewah di dalam bilik, anda boleh menggunakan jubin marmar. Kemasan dilihat saling melengkapi dengan perabot, ditambah pula dengan unsur tiga dimensi dan butiran berlapis. Jubin marmar kelihatan sempurna dalam kombinasi permukaan berkilat.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.