Trend dan stail dekorasi akan sentiasa berubah-ubah mengikut musim. Rose gold, terrazzo dan jubin subway adalah antara trend hiasan rumah paling popular untuk tahun 2018. Dan dengan hadirnya tahun baru ini, pelbagai trend baharu dijangka akan mengambil alih gaya yang lama. Di sini IMPIANA senaraikan 9 trend dekorasi yang akan mengindahkan lagi 2019 anda..
AKSESORI BUATAN TANGAN
Item-item buatan tangan dengan olahan mengikut trend terkini mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Rakyat tempatan kini lebih kreatif dan gemar menghasilkan sendiri item-item dekorasi. Ia bagaikan satu trend yang semakin berkembang pesat dan meluas.
BOHO VIBES
Gaya boho kini kembali lagi dengan sedikit sentuhan dan olahan vintaj moden. Untuk tahun 2019, gaya dekorasi boho kelihatan lebih bersih, kemas dan teratur. Tidak seperti dulunya yang sarat dengan warna dan corak.
90% PUTIH, 10% WARNA
Inginkan kediaman kelihatan yang lebih “insta-worthy”? Rona putih yang mendominasi kediaman akan memberi impak visual ruang yang lebih luas. Selain memberikan suasana yang lenang dan kemas.
TONA TANAH
Rona lembut tanah seperti coklat, kelabu dan hijau turut menjadi pilihan pengeluar cat untuk tahun ini. Earth tone lebih menenangkan dan mudah untuk disuai padan.
KERTAS DINDING DAN FABRIK FLORAL
Keindahan corak bunga yang tampil klasik dan menawan memenuhi kehendak pemilik yang menggemari gaya vintaj. Trend ini bukan sahaja sesuai digayakan dengan konsep Inggeris, malah ia juga boleh diberi nafas baharu dalam persekitara yang lebih moden jika anda bijak menyuaipadan.
BACKSPLASH MENONJOL
Jubin dinding atau backsplash yang menarik perhatian sebagai titik fokal untuk ruang dapur sememangnya merupakan salah satu trend yang bakal menyerikan tahun 2019 anda. Selain merupakan upgrade yang praktikal dan unik, pemilihan jubin bercorak dengan rona warna yang ceria juga dapat menambah ‘perisa’ pada dapur yang hambar.
PERABOT AKRILIK
Dengan rupa fizikal seakan kaca dan ketahanan bak keluli, perabot akrilik adalah gabungan sempurna kecantikan dan ketahanan dengan aura classy. Walau bagaimanapun, ia memerlukan rejim penjagaan yang rapi bagi memastikan keaggunan perabot kekal lebih lama.
KEMASAN GELAP
Untuk tahun ini, kemasan yang bertona lebih suram atau gelap akan menjadi pilihan pereka mahupun pemilik. Batu marmar masih akan menjadi pilihan yang klasik, tetapi rona yang lebih gelap akan diberi keutamaan.
MULTI FUNGSI DAN KOMPAK
Perabot multi fungsi bukan sahaja memudahkan tetapi ia juga merupakan salah satu langkah penjimatan ruang yang bijak. Pengguna yang bijak akan memilih untuk menggunakan perabot multi-fungsi dan kompak untuk menghiasi kediaman untuk tahun ini.