Dapur gas stainless steel memang menjadi idaman semua kerana ianya tahan lasak dan tidak mudah rosak. Kebiasaanya, rona asli iaitu perak menjadi pilihan. Akan tetapi, alangkah unik dan menariknya dekorasi di dapur anda jika terdapat sedikit percikkan rona pada kelengkapan dapur.
Mempelbagaikan lagi pilihan, KithenAid melancarkan 9 rona pilihan dapur gas. Antara rona yang terbaru dapur gas KitchenAid adalah avocado cream, imperial black, ink blue, milkshake, misty blue, passion red, scorched orange, yellow pepper
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini Sebab Kenapa Geng Dekor Kena Datang Ke Index Living Mall Sekarang!
Mencari barang-barang untuk kediaman atau pun jika anda merancang untuk memasuki rumah baru sememangnya memerlukan belanja yang besar. Tambahan pula jika barang yang ingin dibeli mempunyai kualiti yang baik, Index Living Mall yang sememangnya dikenali dengan produk berkualiti adalah gedung dekorasi dan kelengkapan rumah yang mempunyai ribuan produk di bawah satu bumbung. Paling utama kini ia melancarkan jualan penghabisan stok yang murah secara besar-besaran merangkumi hiasan ruang tamu, meja makan, set bilik tidur, kelengkapan dapur dan banyak lagi.
Paling best apabila anda boleh mendapatkan potongan sehingga 70%. Kunjungi cawangan Index Living Mall di 101 City Mall Putrajaya dan Aeon Mall Terbrau City sehingga 30 September 2018. Banyak yang boleh dijimatkan dalam tempoh penghabisan stok ini. Silap-silap anda boleh dekor satu bilik atau ruang tamu dengan hanya bajet yang sedikit tetapi berkualiti. Sebab itu IMPIANA cadangkan agar anda tidak lepaskan peluang keemasan ini yang hanya muncul sekali sahaja.
Meja kopi Napoleon hanya serendah RM200++ berbanding di tempat lain yang mungkin mencecah tiga kali ganda harga tersebut. Jom singgah di Index Living Mall berdekatan anda sebelum segalanya habis diborong!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Air Meleleh Je Dalam Mangkuk Tandas, Ganti Gelang Getah “Flush Valve” Je 5 Minit Siap
Air dari pam mangkuk tandas meleleh je. Walaupun tak banyak, ia antra punca peningkatan bil air kediaman anda. Sebenarnya, ia petanda bahawa sistem dalaman pam air anda mengalami masalah. Jika dibiarkan, lama kelamaan mangkuk tandas anda akan ada kesan seperti karat. Itu merupakan tidak balas kandungan air pada permukaan seramik. Nak cuci kesan karat tu pun susah tau
Jika anda kenal pasti masalah seperti di atas berlaku, segara baiki pam tandas anda. Tak mahal pun, hanya perlu ganti washer pada flush valve sahaja. Nak tahu caranya, boleh tonton video yang disediakan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Toshiba Lancar Peti Sejuk Japandi Dengan Reka Bentuk Artistik Dan Elegan
Perlancaran produk terbaru siri Japandi ini yang menggabungkan teknologi dan reka bentuk artistik dan elegan bakal mengukuhkan jenama Toshiba sebagai pengeluar peti sejuk terbaik di Malaysia
Toshiba melancarkan Peti Sejuk Japandi, salah satu produk terbaru di bawah rangkaian Japandi siri yang menekankan rekabentuk artistik dan minimalis. Inisiatif ini mencerminkan langkah perniagaan strategik Toshiba dalam memenuhi trend pasaran Malaysia yang semakin meningkat di samping memenuhi kriteria kehidupan rumah dengan gaya hidup yang lebih moden. Pelancaran Peti Sejuk Japandi ini juga sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan jenama itu sebagai pengeluar kelengkapan elektronik rumah terbaik di dalam industri ini.
Peti Sejuk Japandi yang baharu dilancarkan ini menampilkan konsep “Kesenian Keharmonian”, yang menggabungkan reka bentuk moden dan teknologi inovatif. Berkonsepkan minimalis dan ketelitian di dalam setiap butiran, gabungan minimalis dan artistik dengan gaya rekabentuk Jepun dan keanggunan Scandinavia ini juga memberikan sentuhan yang harmoni dan praktikal bagi semua jenis ruang dapur. Keunikan Peti Sejuk Japandi yang mengetengahkan rona-rona semulajadi seperti warna putih dan coklat juga terserlah dengan tekstur yang lembut dan pemegang kayu walnut yang tampil unik.
Produk ini juga amat sesuai bagi mereka yang ingin memudahkan rutin harian mereka dalam menyediakan makananan yang segar dan mengekalkan kesihatan yang baik di sebalik kesibukan mengendalikan urusan harian. Peti Sejuk Japandi ini juga sesuai bagi mereka yang ingin meningkatkan gaya hidup di rumah mereka.
Peti Sejuk Japandi ini menekankan reka bentuk SeamlessFit slot-in yang inovatif bagi membantu mengoptimumkan ruang dapur dan memberikan integrasi yang sempurna dalam gaya hidup moden. Di sebalik penampilan luarannya yang anggun, Peti Sejuk Japandi ini juga menggabungkan teknologi inovatif yang boleh mengekalkan makanan pada tahap kesegaran yang optimum.
Kelebihan rangkaian siri Japandi ini juga dilengkapi dengan OriginFresh, yang menawarkan teknologi pengawetan daging dan ikan selain Teknologi -1°C Pro Aging yang boleh memastikan bahan-bahan disimpan pada suhu yang ideal bagi meningkatkan rasa dan tekstur makanan.
Mod Soft-Freeze -3°C juga boleh mengekalkan bahan-bahan makanan dalam keadaan sederhana beku bagi mengekalkan tekstur dan kualiti makanan yang lebih tahan lama. Tambahan pula, fungsi Deep Freeze juga mampu membekukan makanan dengan kadar segera iaitu pada -30°C bagi mengunci kesegaran dan kualiti pemakanan.
Paling menarik, Peti Sejuk Japandi ini juga dilengkapi dengan teknologi HydroFresh yang boleh memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran kekal berkhasiat dan segar, manakala sistem PureAIR mampu menghapuskan 99% bakteria, virus dan etilena, sekaligus menyediakan perlindungan bahan-bahan makanan sehingga 24 jam. Bukan itu sahaja, Peti Sejuk Japandi ini juga dilengkapi dengan 60-Minute Quick Ice Making yang kini terpantas di dalam industri bagi memudahkan rutin harian pengguna yang sibuk.
“Toshiba merupakan jenama yang paling diyakini pengguna di Malaysia. Jenama ini bukan sahaja membantu pengguna meningkatkan kualiti gaya hidup dan kelestarian, malah membantu meringankan beban mereka dalam menangani urusan harian di rumah disebalik kesibukan” kata Steven Yang, Pengarah Urusan Pemasaran dan Perkhidmatan Toshiba. Misi kami adalah untuk memperbaiki kehidupan sambil membina masa depan yang lebih mampan. Lebih satu dekad, Toshiba telah menumpukan kepada penyelidikan dan penyelesaian inovatif pada produk kami yang dipercayai boleh meningkatkan kualiti kehidupan harian pengguna. Kami berharap, legasi ini boleh diteruskan bagi memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah dan memperluaskan kehadiran jenama kami di rantau Asia dengan produk yang berkualiti dan praktikal untuk pengguna.”
Perlancaran Peti Sejuk Japandi ini juga menggambarkan evolusi terkini produk elektronik dan membuktikan komitmen berterusan Toshiba terhadap inovasi dan trend pasaran.
Selaras dengan slogan “Details Matter”, Toshiba amat menekankan konsep ketelitian dan kehalusan pada setiap ciptaan produk mereka. Peti Sejuk Japandi bukan sahaja direka secara teliti malah setiap butiran dan fungsinya juga diberi penekanan yang amat tinggi bagi menyempurnakan elemen estetika, moden dan praktikal.
“Peti Sejuk Japandi bukan sekadar mempunyai teknologi yang canggih tetapi juga merupakan satu produk yang berkaryakan seni. Selaras dengan konsep kesederhanaan dan keanggunan, setiap elemen peti sejuk ini direka bagi memberi keselesaan dan keharmonian di setiap rumah. Garisan yang kemas, minimalis dan tekstur yang halus menekankan bahawa setiap elemen di rumah juga boleh bertukar menjadi satu karya seni. Justeru, rekaan ini jelas mencerminkan peralihan ke arah mencipta ruang rumah yang bukan sahaja praktikal tetapi juga menonjol,” kata Lim Bo Qiang, seorang artis seni yang pernah memenangi anugerah berprestij dan juga seorang pereka dalaman terkemuka.
Chef Kuwa dari Jepun yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun mengendalikan bahan segar dan pakar dalam teknik memotong salmon berkata, “Saya tahu betapa pentingnya mengekalkan kesegaran bahan-bahan makanan. Justeru, Peti Sejuk Japandi yang dilengkapi dengan teknologi canggih ini amat sesuai bagi memastikan makanan yang disimpan kekal segar dan berkualiti. Bagi sesiapa yang mementingkan kesegaran dan kualiti pemakanan, peti sejuk ini memang ideal untuk mengekalkan kesegaran dan tekstur makanan,” kata Chef Kuwa.
Peti Sejuk Japandi ini diperkenalkan dalam dua variasi: model 585L Multi-Door GR-RF695WI-PGY (67) berharga RM12,429 dan model 580L Multi-Door GR-RF690WI-PGY (67) berharga RM12,859. Kedua-dua model ini boleh didapati di kedai elektronik dan perkakas rumah terkemuka di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari website Toshiba.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI