Walaupun cerita ni dah lapuk, tapi Impiana nak kongsi juga sebab touching. Ia sebuah kisah yang dicatatkan oleh seorang anak mengenai abahnya yang tersayang membina sebuah baiti jannati buat mereka seisi keluarga.Bertambah seronok melihat rekaan yang dihasilkan sang ayah mempunyai citaras yang tersendiri dan unik. Jom kita ikuti coretan yang telah disediakan oleh Hajar.
Masa saya kekecik dulu, saya ingat lagi abah selalu bawak saya berhenti depan rumah banglo putih tiang dua. Masa tu, pergi balik sekolah rendah abah hantar saya naik motor. Jadi, sebelum balik rumah, mesti kami akan parking motor depan rumah banglo putih tu. Untuk sekitar 5 ke 10 minit.
Abah cakap kat saya, cantik kan rumah tu. Saya senyum, angguk. Kalau dapat rumah camtu kan best. Masa tu kecik sangat, apa lah yang saya faham. Orang kata best, saya pun jawab best. hehe
Tak lama lepas tu, saya tengok Abah ada satu lukisan lakaran rumah. Macam yang arkitek punya tu. Ada pandangan sisi, tepi, depan, belakang.
“Cantiknyaa, rumah siapa ni Abah..?” soal saya.
“Inilah rumah kita nanti..!” kata Abah bangga.
Ads
Saya gelak. Yelah Abah bukannya Menteri atau pun Dato’ yang gaji puluhan ribu nak ade rumah banglo besar cantik pulak tu. Abah cuma kerja kilang masa tu. Kilang kereta kalau tak silap.
Hari2 saya perhatikan Abah. Kertas lakaran rumah tu Abah jadikan model guna kadbod. Potong sendiri dan gam satu persatu. Abah adjust model rumah tu cantik2 ikut citarasa dia. Sampai abis bersepah kadbod dipotong-potong oleh Abah semata-mata nak dapatkan design bumbung yang cantik.
Abah dalam dunia angan2 dia. Hehe
Tahun 2007, Abah mulakan projek rumah idaman dia. Abah tak bergantung pada orang. Abah ikat batu satu persatu. Abah naikkan tembok. Abah ratakan konkrit. Abah kata model rumah dia buat masa saya kecik tu nak jadi realiti. Saya sengih. Boleh ke.?
Ads
Cukup 6 bulan, rumah saya naik macam banglo. Belum siap sepenuhnya tapi sudah ada rangka. Sebiji sama macam model rumah idaman Abah. Hari-hari Abah upgrade sikit2. Saya ingat lagi Raya pertama kat rumah tu, rumah kami tak sempurna. Bahagian dapur masih berpasir belum pasang tiles, sedangkan bahagian depan dah macam hotel cantik dia. (boleh refer album saya tajuk Rumah Taj Mahal)
Abah nak buktikan pada orang yang Abah mampu buat rumah idaman dia dengan kudrat dia sendiri. Saya cukup terpegun masa tu. Abah takde background enjinia. Abah bukan kontraktor. Abah tak pernah belajar ilmu fizik.! Abah bukan orang kaya. Abah cuma orang kampung yang ada wawasan, ada matlamat nak dikejar, yang ada citarasa tinggi.
Abah bukti kehebatan dan idola kekuatan semangat saya. Semangat Abah tak pernah luntur walaupun sekelumit mulut orang lain memburuk2kan usaha Abah. Abah teruskan mengejar matlamat hingga rumah kami megah berdiri macam dalam gambar. Itu lah rumah saya dan Abah. Orang labelkan rumah kami rumah ratusan ribu, sedangkan kos pembuatan sebenar mungkin tak cecah jumlah tu. Sebab semuanya kami buat sendiri. Bukan saya, Abah yang buat. Seingat saya, upah membuat bumbung hanya sekitar RM18 000.
Ads
Hingga kini, rumah kami megah berdiri. Saya panggil rumah ni rumah Taj Mahal, sebab ini bukti kasih sayang Abah kat kami. Bila sandar kat dinding rumah, terasa kasih sayang Abah terpancar kat kami sekeluarga.
See…!!!
Abah bukti semua manusia boleh berjaya.! Sesusah mana pun hidup kita, kita boleh ubah kehidupan kita kalau kita ada matlamat yang jelas dan semangat yang tinggi..!
Memiliki dapur putih sememangnya menjadi idaman ramai orang kerana ia nampak luas, putih dan bersih. Tetapi masalah paling utama ialah ia cepat kotor dan ada kalanya cepat melekat kesan kotoran hitam yang lama kelamaan akan membuatkan kabinet dapur kelihatan berdaki dan kusam. Teknik yang diajarkan oleh wanita ini mampu mengekalkan kabinet dapur anda kelihatan bersih dan cantik sepanjang masa.
Tekniknya ialah lakukan pembersihan dan perlindungan pada permukaan kayu putih tersebut dengan menggunakan larutan cuka dan air dan lapkan permukaan kabinet tersebut. Kemudian sudahi dengan menyapu olive oil sebagai protection daripada kesan kotoran. Lakukanj setiap 6 bulan dan hasilnya kabinet putih anda tahan lama dan kelihatan putih berkilat seperti baru.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bila sebut putih, ramai di kalangan kita hanya tahu putih ini hanya mempunyai 2 biasan. Putih asli atau putih krim. Ehhh salah tu ! Masih banyak biasan putih yang boleh kita nikmati terutama anda yang mendiami kediaman sempit dan juga yang mahukan gaya harmoni penuh dengan rona feminin. Sederhana namun menggoda pandangan mata. Kuasa rona putih!
ILUSI WARNA PUTIH MEMBERI SERI RUANG
PUTIH BOLEH WAT RUMAH CANTIK KE?
Sebenarnya putih pun ada banyak biasan yang boleh anda cuba. Warna ni taklah terlalu terang atau jelas tetapi jika anda sukakan suasana harmoni, damai dan rileks, ilham macam ni patut kita cuba.
MANA LEH KITA DAPAT CAT MACAM NI DAN APAKAH PILIHAN BIASANNYA?
Cuba lihat dalam katalog cat. Selalunya ia disebut sebagai shades of white. Benar pilihan warna ini tidak popular sebab masih ramai yang belum berani memilihnya sebagai warna kediaman. Walhal warna nilah yang patut anda pakai terutama mereka yang duduk rumah kecil dan yang tak berani cuba warna terang tu.
PILIHAN YANG SESUAI UNTUK KITA?
Terdapat biasan yang boleh anda cuba. Dari newtral seperti warna kulit telur ke kehijauan, merahan, kekuningan malah kebiruan serta kelabu.Ia memberi aura yang positif untuk kediaman anda tanpa ada rasa terkongkong atau keterlualuan. Anda yang mahukan ketenangan dan rasa damai, digalakkan memilih warna seumpama ini. Apatah lagi mereka yang takut bermain dengan warna, boleh mencuba menggunakan warna seumpama ini.
TIP
Pastikan anda memilih biasan yang hampir sama dengan koleksi perabot atau kemasan lembut. Ini meyerlahan lagi suasana dan aur warna yang anda pilih.
Shades of white ini sangat halus warnanya. Anda jangan manik ketika mengecat dinding dan warna putih sahaja yang timbul. Nantikan apabila ia mengering.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cuba perhatikan disekeliling kediaman, adakah anda mepunyai sudut kosong dengan saiz dan angle yang tidak kena? Anda pun tak tahu nak letak apa pada sudut tersebut kerana ianya begitu pelik dan awkward..
Jangan khuwatir kerana di bawah, IMPIANA ada senaraikan beberapa idea menarik untuk anda cuba pada bahagian janggal yang tidak digunakan tersebut. Mudah-mudahan anda mendapat ilham dan inspirasi daripada perkongsian ini dan jangan lupa untuk gunakan imaginasi anda untuk mendekorasi sudut-sudut ini agar sesuai dengan personaliti dan keperluan kediaman anda.
Pasangkan rak bucu yang unik dan menarik. Satu siri rak kecil yang diletakkan di satu sudut boleh menjadi kawasan paparan yang bagus dan juga merupakan elemen yang sangat praktikal.
Meja menulis untuk ruang lebih produktif. Perabot juga boleh diletakkan di sudut dengan hiasan dan ruang yang bersesuaian. Meja tulis merupakan salah satu kegunaan yang boleh dipraktikkan pada sudut begini.
Sudut membaca yang cosy. Satu lagi idea yang hebat adalah untuk mewujudkan sudut membaca yang selesa di salah satu sudut kosong rumah anda.
Tumbuhan yang menyegarkan. Tumbuh hijau lebih-lebih lagi yang besar merupakan elemen hiasan yang sangat bagus dalam setiap ruang dan akan nampak lebih sempurna jika di letakkan pada sudut ruang yang kosong dan hambar.
Lampu lantai yang dramatik. Sudut janggal yang kosong akan tampak lebih menonjol jika dilengkapi lampu lantai yang tinggi. Selain dapat menerangi ruang ia juga merupakan hiasan yang amat menarik dan praktikal.
Sudut bermain Si Kecil. Kanak-kanak pasti sukakan idea ini. Mereka boleh mempunyai ruang khas untuk bermain tanpa menggangu kawasan lain didalam kediaman.
Gantungkan koleksi gambar atau wall art. Akhir sekali, anda juga boleh cuba gantungkan koleksi gambar keluarga ataupun hasil seni berharga pada sudut sebegini. Menjadikannya lebih menarik dan dihargai.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.