Ada cara mudah untuk kita menanam pokok daun sup. Sebenarnya pokok daun sup boleh ditanam dengan menggunakan keratan batang dan akar daun sup. Tidak perlu beli benih pokok daun sup.
Daun sup kalau tiada dalam masakan sup, memang tiada ‘serinya.’ Pendek kata, daun sup menjadi ramuan utama yang wajib ada kalau anda memasak sup. Selalunya kita tidak perlu banyak pun, jadi lebih ‘molek’ kalau kita tanam sendiri.
Berikut langkah demi langkah menanam pokok daun sup menggunakan keratan batang dan akar daun sup:
1. Semasa membeli daun sup, pilih daun sup yang mempunyai batang yang besar dan banyak akar.
2. Sejambak daun sup apabila diasingkan batang dan daunnya, anda boleh dapat empat keratan.
Ads
3. Daun sup yang telah dipotong, boleh letakkan sahaja di dalam bekas berisi air. Daun sup boleh tahan selama seminggu walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk.
4. Tanam satu keratan demi satu keratan batang dan akar daun sup. Dalam satu polibeg boleh tanam tiga keratan batang dan akar daun sup. Boleh cepat membiak.
5. Jangan tanam serumpun. Anda perlu asing-asingkan akarnya.
Ads
6. Tanah jangan terlalu padat. Boleh campur tanah biasa dan cocopeat. Baja boleh guna baja organik atau kopi.
7. Keratan batang dan akar yang baharu ditanam sembur sedikit sahaja air. Jika terlalu banyak air, akar akan menjadi reput. Ini antara pantang larang yang perlu diingat apabila menanam pokok daun sup menggunakan kaedah ini.
8. Letakkan pokok daun sup yang baharu ditanam di kawasan yang tidak terlalu panas. Elakkan meletakkan pokok daun sup di kawasan yang panas terik. Dalam masa dua bulan anda akan lihat pokok daun sup hidup subur dan membiak.
Ads
Mungkin masih ada di kalangan kita yang masih belum dapat membezakan antara daun sup dan juga daun ketumbar. Jika dilihat sekali imbas, daun sup dan daun ketumbar seakan-akan sama bentuknya.
Perbezaan antara daun sup dan daun ketumbar:
1. Bau
Bau daun sup lebih wangi dan menyegarkan berbanding daun ketumbar yang lebih kuat dan menusuk hidung.
2. Warna daun
Daun sup dan daun ketumbar kedua-duanya mempunyai daun yang berwarna hijau. Inilah yang membuatkan ramai keliru sehingga tersalah membeli. Bagaimanapun jika anda melihat secara teliti, daun sup warna hijaunya lebih pekat berbanding warna hijau pada daun ketumbar.
3. Rasa
Rasa daun sup lebih enak dan menyegarkan apabila dikunyah. Berbeza dengan daun ketumbar, rasanya lebih menyengat dan melekat pada lidah apabila dikunyah.
4. Kegunaan
Daun sup lebih banyak kegunaannya berbanding daun ketumbar. Mungkin kerana rasa dan bau daunnya yang kurang digemari ramai. Daun ketumbar biasanya banyak digunakan dalam menu tom yam.
Antara perkara paling penting yang perlu anda titikberatkan sebelum mengubahsuai atau membina dapur impian adalah kesesuaian saiz dengan konsep yang diingini. Tidak semua konsep sesuai untuk sebarang saiz. Oleh itu, lakukan kajian atau research yang menyeluruh terlebih dahulu sebelum memulai proses tersebut.
Selain itu, pemilik juga wajar mendapatkan pandangan dan nasihat dari pakar kerana terdapat beberapa perkara yang mungkin memerlukan lebih penelitian dan pengamatan. Dengan mengambil kira pendapat dari yang lebih arif, peratusan untuk pemilik kecewa dikemudian hari dapat dikurangkan.
Melangkah masuk ke rumah baharu di Semenyih ini, dapat penulis rasakan aura yang cukup lapang dan nyaman. Dengan pemilihan konsep yang ringkas tetapi masih lagi mempunyai karakternya yang tersendiri, kediaman ini cukup lengkap untuk tuan rumah sekeluarga.
“Sesuaikan tema dekorasi dengan keluasan ruang anyg ada untuk mencipta ruang elegan yang tidak terlalu sarat”, menurut Encik Aidan selaku pereka bentuk dalaman ruang dapur kediaman ini.
Ruang tampak tersusun dengan gabungan gaya moden industrial pada bahagian ruang tamu dan lebih kepada minimal scandinavian di ruangan dapur. Walaupun dengan konsep yang berbeza, keharmonian antara kedua-dua penataan ruang ini jelas terlihat kerana pemilihan bahan serta warna yang digunakan juga selari.
KESINAMBUNGAN RUANG
Dengan pelan lantai terbuka, pembahagian ruang dengan bijak adalah amat penting. Perancangan ruang yang teliti mampu menjadikan kediaman lebih teratur dan selesa, selain lebih praktikal untuk pemilik melakukan aktiviti harian. Dari ruang tamu, ke ruang makan, dan seterusnya ke ruang dapur, penulis dapat lihat ‘flow’ atau aliran yang seimbang tanpa menjejaskan gaya dari konsep pilihan pemilik.
Untuk membahagikan ruang makan dengan ruang dapur, pemilik meletakkan pembahagi dari material besi bagi meneruskan konsep industrial dari ruang tamu. Penggunaan pembagai ruang tersebut telah mewujudkan ilusi ruang yang luas terbuka tetapi dalam masa yang sama masih lagi memberi privasi kepada pengguna dapur.
ELEMEN SEMULAJADI
Pemilihan bahan atau material untuk dapur ini telah dilakukan dengan penuh ketelitian oleh perekanya. Dengan berpandukan minimal scandinavian, rona earthy yang lebih neutral telah menjadi pilihannya. Beliau juga menerapkan eleman semulajadi seperti kayu pada rekabentuk dapur ini.
“Gabungkan warna polos dengan tekstur dari bahan semulajadi seperti kayu, batu marmar, konkrit dan sebagainya sebagai asen bagi mendapatkan harmoni serta keseimbangan dalam ruang yang sempurna”, kata Aidan lagi.
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik : Talib Sabri Sulaiman & Nurmisuarina Yahya
Nama Pereka : Muhamad Adian Akmar
Jenis Kediaman : Semi D
Keluasan Dapur : 128 kaki persegi
Konsep Dapur : Moden Scandinavian
Lokasi : Semenyih
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Virus Covid-19 telah menjadi isu pandemik global yang menjangkiti ribuan manusia di seluruh dunia. Kerajaan negara Malaysia juga telah melancarkan arahan kawalan pergerakan kepada rakyat yang tidak terlibat dengan sebarang perkhidmatan perlu (essential services). Situasi ini tanpa disadari boleh mengakibatkan kepanikan dan stress kepada orang ramai.
Dan menurut kajian, stress dapat melemahkan sistem imunisasi badan. Sedangkan untuk menghindari dan melawan virus COVID-19, kita memerlukan tubuh badan yang sihat serta sistem imunisasi yang baik. Jadi bagaimana caranya untuk menghindari stress yang berpanjangan?
Mengurangi stress dapat dilakukan melalui berbagai cara. Salah satunya dengan meluahkan segala perasaan dan kesedihan yang sedang dialami kepada orang terdekat atau orang yang kita percaya. Selain itu, kita juga perlu :
1. Berhat-hati ketika membaca berita
Sebaiknya, dapatkan perkembangan berita semasa dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai.
Lebih-lebih lagi jika terdapat laman yang bersifat provokasi dan menyebarkan berita palsu. Mute atau block saja jika ia membuat anda merasa cemas dan tidak keruan.
3. Sentiasa berfikiran positif dan optimis
Tukarkan pemikiran negatif dan tidak rasional anda kepada yang lebih positif dan membina. Fikirkan bagaimana anda boleh isikan masa terluang ini dengan menghabiskan masa dengan ahli keluarga terdekat.
4. Kurangkan pergerakan
Atau berdiam diri untuk mengurangkan degupan jantung. Tetapi penting juga untuk kita melakukan senaman ringan selain menjaga pemakanan dan tetap terhidrasi.
Dalam sesetengah situasi, stress adalah satu perkara yang tidak dapat kita elakkan. Tangani stress secara efektif agar kita dapat sebuah kehidupan yang lebih bermakna. Stay safe, everyone!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix merupakan tanaman saka yang berasal dari Asia Tenggara. Hari ini limau purut banyak ditanam di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Ia dikenali dengan pelbagai nama seperti Keiffer lime (Kafir lime) di Barat, Bai makrut di Thailand dan di Indonesia dipanggil Jerut purut kerana rasanya masam dan sedikit pahit.
Limau purut ditanam secara meluas di seluruh dunia sebagai penyeri laman untuk diambil buahnya. Ia sesuai ditanam dalam bekas tanaman dan juga dalam pasu-pasu besar yang diletakkan di patio atau pun teres.
Limau purut kelihatan sama dengan limau nipis, cuma buahnya bulat, kulitnya lebih mengerutu, berkedut tebal dan isinya tidak berair, masam dan pahit. Kadar tumbesarannya agak perlahan jika dibandingkan dengan limau lain. Ia boleh tumbuh sehingga 30 meter tinggi. Daunnya akan membiak dan berwarna hijau gelap. Struktur daunnya yang bersayap seolah-olah memberi gambarandua helai daun yang dicantumkan dari hujung ke hujung dan kelihatan seperti nombor lapan. Daunnya mengandungi sejenis minyak yang berbau wangi yang kuat, berunsur kimia dengan bahan sabininie sebanyak 14% dan bahan liminene sebanyak 15%.
Cara Penanaman
Sediakan lubang penanaman berukuran 0.6 x 0.6 x 0.6 meter dan diisi dengan baja triplesuper phosphate (100 gram), baja tahi ayam (100 gram) dan 100 gram GML. Gaul hingga rata.
Masukkan anak benih yang telah ditut atau yang didapati dari tapak semaian ke dalam lubang tadi. Masukkan tanah sehingga memenuhi lubang dan biarkan sedikit tinggi dari permukaan lubang.
Kemudian siram.
Jika pasu digunakan sebagai bekas tanaman, pastikan campuran tanah dengan kadar 3:1:1 (komposis tanah: tahi ayam: pasir). Isi campuran tadi ke dalam pasu sehingga paras 2 inci lebih rendah dari permukaan pasu dan mempunyai lubang air. Masukkan anak benih pokok tadi dan siram. Letakkan di tempat yang dapat menerima sinaran cahaya matahari yang mencukupi.
Penjagaan
Anak pokok perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari selama 2-3 bulan pertama.
Bajakan anak pokok menggunakan tahi ayam reput dalam kuantiti 5 kg setiap satu, setiap 6 bulan bagi peringkat tumbesaran (1-3 tahun).
Lakukan cantasan untuk membuang tunas air, ranting dan dahan yang berpenyakit dan kurang sihat.
Kerja-kerja merumput perlu dilakukan dengan mencabut di keliling pokok-pokok muda. Elakkan dari menyembur racun kimia pada pokok kerana ia digunakan sebagai bahan makanan dan sebagai produk kesihatan.
SELAMAT MENCUBA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.