Mungkin ada di kalangan anda yang turut berdepan dengan masalah kesan kekotoran karat pada pasu bunga atau jubin di kediaman anda.
Baru-baru ini, seorang wargamaya di laman media sosial Facebook, Alfieean Warsi memaklumkan pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini.
Malah lebih teruk lagi, individu terbabit telah mengalami masalah tersebut hampir 7 bulan tanpa menemui jalan penyelesaiannya.
“Nk kongsi sedikit tips untuk hilangkan karat atau stain ape ntah..tp yg pastinya berpunca dari pasu bunga…tkde besi pun kt pasu tu..tapi ntah stain ape..
“mngkin dpd tanah dia kot..tanah beli jenis packet yg sllu jual kt nursery tu..dekat 7 bulan usia pasu tu..semakin hari semakin sakit mata tgk stain tu,” tulisnya.
Namun, masalah kekotoran itu akhirnya berjaya diatasi dengan sangat mudah selepas mengunakan satu produk pembersihan ’MOSAIC CLEAR SUPER HEAVY DUTY’.
Maklumnya lagi, produk pembersihan ini boleh didapati di kedai ‘hardware’ yang berdekatan atau pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee
.“alhamdulillah, berjaya hilangkan hari ni..ubat tu beli kat hardware je..mungkin kt shoppe pun ada kot..siapa ada masalah cmni..leh la cuba..thank yous guys,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen entri berkenaan.
Jika anda turut mengalami masalah yang sama dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya boleh ikuti langkah mudah yang dikongsikan ini.
Jadi, lepas ni tak payah lagi pening-pening lagi nak sental kuat-kuat untuk masalah kekotoran karat yang degil pada pasu bunga dan jubin di kediaman anda.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sumber: Facebook Alfieean Warsi
Baca artikel berikutnya: Api Gas Dapur Jadi Oren Tiba-Tiba, Bontot Kuali Pun Hitam, Siapa Pernah Alami Macam Ni