Bagi ramai orang, memiliki rumah pertama merupakan pencapaian besar yang menjadi simbol kejayaan dan kestabilan kewangan. Namun, apabila rezeki bertambah dan peluang muncul, tidak sedikit yang mula terfikir untuk melabur dalam rumah kedua. Sama ada untuk kegunaan sendiri atau sebagai aset pelaburan, membeli rumah kedua perlu dirancang dengan teliti.
Jika ada yang dalam situasi ini, saranan Azizi Ali, Mentor Wang boleh dijadikan panduan. Menurut beliau jika mahu memiliki rumah kedua jangan pilih rumah yang paling mahal atau besar tapi belilah rumah kedua terbaik yang kita mampu. Penjelasannya seperti di bawah.
Belilah rumah kedua terbaik yang kita mampu
Belilah rumah kedua terbaik yang anda mampu beli (tetapi tinggallah berdekatan para jutawan lain).
Di sinilah tempat yang anda patut membelanjakan wang. Dapatkan rumah yang baik di dalam kejiranan yang baik. Malah saya cadangkan anda membeli rumah kedua terbaik mengikut kemampuan anda. Mengapa?
1. Pertama sekali, rumah adalah pengkalan kehidupan dan kebahagiaan anda. Ia juga perlu memberikan keselamatan dan ketenangan untuk kehidupan anda.
2. Keduanya, ia merupakan ganjaran usaha dan penat lelah anda.
3. Ketiga, ia akan memberi anda wang yang banyak apabila anda menjualnya kelak!
Ads
Kenapa tak beli rumah yang terbaik?
Tetapi mengapa membeli rumah kedua terbaik dan bukan yang terbaik? Sebabnya ialah kerana langkah ini akan memberikan anda wang yang lebih untuk perkara lain.
Jika anda beli rumah yang paling mahal, bayaran bulanan gadaijanjinya pasti akan menjulang tinggi. Ia pasti akan membaham bahagian yang besar daripada pendapatan anda dan oleh itu, ia menghadkan pilihan anda.
Strategi kewangan
Salah satu strategi kewangan yang bijak ialah untuk mempunyai aliran wang tunai yang positif setiap masa. Ini akan (1) membolehkan anda untuk mengambil peluang yang timbul, dan (2) membantu anda di masa perlu.
Ini bermaksud yang anda perlu mempunyai baki wang yang banyak selepas membayar gadaijanji rumah setiap bulan. Itulah sebabnya saya sarankan membeli rumah kedua terbaik.
Ads
Kalau nak ubah suai jangan berbelanja lebih RM50k
Jadi, walaupun anda boleh mengubahsuai rumah untuk menjadikannya lebih besar, lebih cantik dan lebih selesa, buatlah dengan cara sederhana. Janganlah berbelanja RM50,000 atau RM500,000 untuk menjadikannya rumah terbesar di kawasan anda.
Jika anda ingin sangat membelanjakan wang, belanja untuk melengkapkan ruang dalam rumah, bukan di luar. Contohnya, belilah penghawa dingin yang terbaik untuk setiap bilik. Atau pasanglah kabinet dan kelengkapan dapur yang terbaik. Ini bukan sahaja membuat rumah anda cantik tetapi juga menggembirakan isteri anda!
Apa nak buat kalau ada duit lebih yang banyak
Jadi apa yang perlu anda buat apabila anda mempunyai wang lebih atau mendapat durian runtuh? Pendek kata, apa yang perlu anda buat apabila anda bertambah kaya?
Jawapannya adalah berpindahlah ke kawasan kejiranan yang lebih baik. Apabila kekayaan anda bertambah, berpindahlah ke tempat yang lebih baik. Dalam erti kata lain, tinggallah bersama orang yang berpendapatan sebanyak anda.
Pada masa itu, rumah anda mungkin merupakan sebuah mahligai tetapi ia cuma salah satu daripada puluhan lagi mahligai yang ada di kawasan tersebut.
Ads
Kemungkinan pencuri dan perompak menjadikan rumah, err, mahligai anda sebagai sasaran akan menjadi lebih rendah. Salah satu kebaikan sampingan yang anda akan dapat ialah jiran-jiran yang lebih berkualiti!
Masa raya ni ibu bapa pokot makin nipis. Tapi, rezeki anak-anak, sampai tak muat beg di buatnya. Masa raya ni lah, anak-anak paling murah rezeki. Bukan je teriam duit raya dari ahli keluarga, sahabat handai dan bos mak ayah pun ada je bagi kan? Jadi, jangan terkejut kalau duit raya anak-anak anda boleh mencecah ribuan ringgit.
Ibu bapa, sebagai pemegang amanah, anda tiada hak untuk menggunakan duit raya anak-anak tu ye. Kecuali dengan izin anak dan dalam keadaan terdesak. Tapi, nanti kene ganti balik tau. Duit raya tu lah masa depan anak anda sebenarnya.
Selain buka akaun simpanan di bank, ada beberapa cara bijak lain yang di kongsikan oleh iproperty.com.my untuk simpan duit raya anak-anak anda. Antaranya:
Simpanan tetap (fixed deposit)
Seterusnya, anda mempunyai pilihan untuk menyimpan di dalam akaun simpanan tetap atau lebih dikenali sebagai akaun fixed deposit. Akaun ini sedikit berbeza daripada akaun simpanan bank yang biasa.
Bagi akaun ini, anda perlu meletakkan sejumlah amaun minimum deposit tetap yang akan disimpan di dalam bank buat satu tempoh masa (tempoh matang) untuk mendapatkan faedah seperti yang dijanjikan.
Cara ini sesuai digunakan bagi pelaburan jangka panjang kerana ia memerlukan suatu tempoh masa untuk memperoleh hasilnya.
Kelebihan simpan wang dalam simpanan tetap
Kadar faedah yang ditawarkan lebih tinggi berbanding dengan akaun simpanan.
Membantu anak anda membentuk disiplin kewangan, bagi menunggu tempoh matang untuk mendapatkan ganjaran daripada segi faedah.
Kekurangan simpan wang dalam simpanan tetap
Tidak boleh dikeluarkan bila-bila masa. Ada pihak bank yang menawarkan pengeluaran lebih awal, namun berkemungkinan akan dikenalkan penalti atau faedah yang ditawarkan tidak akan diperoleh dengan kadar yang penuh.
Terdapat sejumlah had minimum yang ditetapkan oleh pihak bank bagi membuka akaun ini. Anda perlu mempunyai wang yang secukupnya sebelum memilih untuk membuka akaun jenis ini.
Tabung Haji (TH)
Bagi mereka yang beragama Islam, pilihan ini merupakan salah satu pilihan yang menarik untuk dibuat. Apabila duit raya atau simpanan anak di dalam Tabung Haji sudah mencukupi amaun sebanyak RM1,300, anda boleh teruskan untuk mendaftar giliran haji untuk mereka sejak dari kecil lagi!
Kelebihan simpan wang dalam Tabung Haji
Simpanan di TH adalah dijamin 100% oleh kerajaan
Simpanan di TH adalah dikecualikan daripada bayaran cukai
Simpanan di TH telah dibayar zakat 2.5%
Tiada had Simpanan di TH
Simpanan di TH adalah berlandaskan syariah Islam
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Bagi anda yang ingin fokus simpanan untuk pendidikan anak di masa hadapan, cara ini boleh dilakukan sebagai salah satu alternatif yang baik.
Kelebihan simpan wang dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
boleh membuat pengeluaran/ penutupan akaun pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN.
Perlindungan Takaful dengan premium dibayar oleh PTPTN.
Pelepasan taksiran cukai pendapatan.
Layak memohon pinjaman pendidikan.
Simpanan dijamin oleh Kerajaan;
Anda akan menerima dividen di atas simpanan
Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Dana ini ialah dana unit amanah patuh Syariah yang melabur terutamanya dalam pemunyaan benefisial hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia dengan tujuan untuk memberikan aliran pendapatan yang tetap dan konsisten kepada pelabur Bumiputera sambil mengekalkan modal pelaburan pelabur.
Apa yang menarik, anda boleh membuka akaun remaja bagi AHB ini sewaktu anak anda berusia 3 bulan lagi hingga 18 tahun di bawah nama penjaga yang sah. Maksud yang mudah di sini, anda berpeluang menggunakan duit raya anak untuk membuat dalam pelaburan hartanah sejak mereka kecil lagi bagi jangka masa panjang dengan modal minimum serendah RM100.
Kelebihan simpan wang dengan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Mendapat akses untuk melabur dalam hartanah komersial utama.
Pelaburan AHB adalah pelaburan patuh Shariah.
Mampu milik & Mudah didapati.
Harga dana yang tetap-RM 1.00 seunit.
Kekurangan simpan wang dengan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Bilangan unit yang terhad.
Pulangan tidak dilaburkan semula.
Ejen yang terhad.
Terbuka kepada golongan bumiputera sahaja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mungkin anda rasa mustahil di usia muda untuk membeli dan miliki rumah di zaman sekarang. Namun percayalah, jika ada perancangan kewangan yang sempurna segalanya boleh menjadi realiti seperti Bunga Isme.
Bunga Isme, atau nama sebenar dia Noor Ayu Fatini, kongsi momen tunjuk rumah baru yang dia dah tunggu sejak tahun 2021.
Berjaya Beli Rumah Pada Usia 24 Tahun, Bunga Isme Kongsi Gambar Kediaman Baru!
“Kena Usaha dan kerja lebih kuat lagi, nak kena bayar rumah pulak.”
Demikian perkongsian penyanyi Rap, Bunga Isme yang berjaya merealisasikan impiannya untuk membeli sebuah rumah.
“Bagai terbuai-buai. Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang mulia ni, tunggu dari tahun 2021, tahun ni siap! Kena usaha dan kerja lebih kuat lagi, nak kena bayar rumah pulak 🥲💸.”-kongsi Bunga Isme
Tambahnya lagi, penyanyi ini turut menitipkan doa buat mereka yang melihat posting-nya itu agar dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan olehNya.
“Semoga yang melihat posting ini, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan. Ketepikan apa orang kata, orang boleh cakap 1001 kekurangan apa yang kita buat, kita boleh dengar pendapat mereka tapi kita lah yang buat keputusan untuk hidup dan diri kita. Jadi, jalan terus! No simpang-simpang! Kita je tahu diri kita.-titip Bunga
10 Tip Beli Rumah untuk Anak Muda
Membeli rumah pertama adalah satu pencapaian besar dalam hidup. Bagi anak muda, proses ini mungkin kelihatan rumit, tetapi dengan panduan yang betul, ia boleh menjadi lebih mudah. Berikut adalah 10 tip untuk membantu anda memulakan perjalanan memiliki rumah:
Rancang Kewangan Anda
Tetapkan bajet yang realistik berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda. Pastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bayaran pendahuluan dan kos lain yang berkaitan.
Periksa Skor Kredit Anda
Skor kredit yang baik boleh membantu anda mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah. Pastikan anda membayar semua bil tepat pada masanya dan kurangkan hutang kad kredit anda.
Buat Kajian Pasaran
Kenali pasaran hartanah di kawasan yang anda minati. Bandingkan harga rumah, fasiliti yang tersedia, dan perkembangan kawasan tersebut.
Pilih Lokasi yang Sesuai
Lokasi adalah faktor penting. Pilih kawasan yang berhampiran dengan tempat kerja, kemudahan awam, sekolah, dan lain-lain kemudahan yang anda perlukan.
Dapatkan Prakelulusan Pinjaman
Prakelulusan pinjaman dari bank akan memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang jumlah pinjaman yang boleh anda dapatkan dan memudahkan proses pembelian rumah.
Kira Kos Sampingan
Selain harga rumah, pertimbangkan juga kos sampingan seperti yuran guaman, insurans rumah, cukai hartanah, dan kos penyelenggaraan.
Lantik Ejen Hartanah
Ejen hartanah yang berpengalaman boleh membantu anda mencari rumah yang sesuai, berunding harga, dan menguruskan dokumen pembelian.
Semak Keadaan Rumah
Pastikan anda melawat rumah yang anda minati dan periksa keadaan fizikalnya. Jika perlu, bawa bersama seorang profesional untuk menilai keadaan rumah.
Jangan Terburu-buru
Membeli rumah adalah komitmen jangka panjang. Ambil masa untuk membuat keputusan yang bijak dan jangan terpengaruh dengan tekanan luar.
Manfaatkan Insentif Kerajaan
Semak jika terdapat sebarang insentif atau bantuan kerajaan yang boleh anda manfaatkan, seperti Skim Rumah Pertamaku atau pengecualian duti setem.
Dengan mengikuti tip-tip ini, anda akan lebih bersedia untuk membeli rumah pertama anda dan membuat keputusan yang bijak dalam proses tersebut. Selamat maju jaya dalam miliki rumah impian anda!
Tak rugi beli rumah flat tingkat 5, boleh buat duit. Ramai orang mengelak untuk beli rumah flat paling atas terutamanya aras 4 dan 5. Betul tak? Berbanding dari service apartment, rumah flat yang paling atas mempunyai harga rendah berbanding tingkat bawah.
Antara faktor yang menyebabkan ramai tak suka beli rumah flat tingkat 4 atau 5 adalah di sebabkan tinggi, malas nak naik tangga. Tapi, bagi generasi muda atau anda yang ingin menjadikan ia sebagai aset, ini lah peluang terbaik. Harga rumah flat aras paling atas kadangkala tak mencecah RM 200K pun. Kalau pandai runding, boleh dapat harga bawah RM 150K di tengah-tengah bandar seperti Shah Alam.
Ini cara nak jana pendapatan dari fumah flat tingkat atas:
1. Tengok rumah diwaktu malam. Kalau banyak lampu yang terpangsang, ini bermakna kawasan tersebut mempunyai permintaan yang tingi walaupuna tingkat yang paling atas
2. Kenal pasti target market anda. Kebiasaanya, flat paling atas ni target marketnya adalah orang bujang dan bekerja.
3. Pastikan kondisi rumah dalam keadaan baik terutama untuk jenis sub-sale. Takut kelak nanti anda nak menanggung masalah penyelengaraan lain pula terutamanya kebocoran
4. Sewaan mengikut bilik lebih menguntungkan berbanding sewaan satu rumah. Ia lebih memudahkan anda untuk mendapat penyewa
5. Buat pembahagi ruang untuk tambah satu bilik lagi. Kebiasaanya tempat yang sesuai adalah di ruang tamu. Jadi bila bilik bertambah, anda akan mendapat tambahan penyewa yang secara tidak langsung duit pun bertambah
6. Rumah cantik dan fully furnish lebih senang untuk dapat penyewa. Banyak agen hartanah buat sewaan mengikut bilik atau kepala. RUmah fully furnished ni kalau ikut kepala seorang harganya boleh mencecah RM 250-300.
Cuba bayangkan kalau anda ada sebiji rumah flat tingkat 5, buat lagi satu bilik tamabhan menajdikan total bilik 4. Satu bilik 2 orang. 4 bilik dah dapat 8 orang dan setiap sorang harga sewaan RM 250. Total sewaan sebulan yang anda peroleh boleh dapat RM2K sebulan.
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.