Adab di meja makan, jangan ambil mudah. Meja makan adalah fokus utama ketika menerima kunjungan daripada tetamu. Tidak kiralah waktu musim perayaan ataupun tidak. Bukan sahaja makanan tersedia harus enak, malah perlu diatur dengan tertib.
Namun, dalam menghias meja makan pastinya ada tertib yang mungkin ramai terbawa-bawa budaya Barat sehingga menyebabkan tetamu tidak selesa menjamu selera. Oleh itu, IMPIANA sediakan tip adab meja makan ciri Melayu.
Sebaiknya, pilih alas meja polos untuk mengelak keadaan kelihatan lebih serabut selepas terhidangnya makanan. Sebab itu, restoran atau hotel lebih gemar memilih alas meja putih. Tambahan pula, rona polos lebih membangkitkan selera berbanding corak yang serabut.
Tapi, jika rekaan meja anda menarik, IMPIANA nak cadangkan, anda tidak perlu menggunakan alas meja. Tonjolkan keunikan rekaan meja anda.
Bagi anda yang tidak menggunakan alas meja, place mat amat diperlukan. Ia bukan tujuan cantik semata. Fungsinya adalah bagi mengelak sisa makanan jatuh pada meja makan. Jadi, kerja-kerja mengemas anda lebih mudah. Hanya perlu alihkan place mat sahaja.
Letakkan pinggan yang perlu sahaja di atas meja. Kenal pasti juadah yang disediakan. Cukup sekadar sediakan pinggan makan utama dan mangkuk sup sahaja. Mangkuk sup atau rim soup bowl sesuai untuk juadah berkuah sepert mi kari dan bihun sup, manakala dinner plate untuk makanan jenis kering seperti nasi dan mi goreng.
Ikut table manner atau adab, posisi sudu di bahagian kanan
dan garfu sebaliknya. Tak perlu dinner knife dan saiz sudu yang berbeza-beza. Jika perlu, sediakan dessert fork jika terdapat pencuci mulut.Sebaiknya, tanya tetamu pilihan minuman mereka. Sama ada panas, ataupun sejuk. Jika sejuk, cukup sekadar gelas minuman yang tidak berkaki. Jika anda menggunakan gelas minuman berkaki, ia membuatkan tetamu tidak selesa kerana sangat perlu berhati-hati. Cawan teh boleh disediakan selepas tetamu menjamu selera. Ia menjadikan keadaan lebih santai.
Perlukah napkin atas pinggan? Budaya Melayu, bagaikan tidak sesuai dengan peraturan ini. Sebaiknya, sediakan napkin di dalam bekas atau tisu. Jadi, ia akan diambil apabila diperlukan. Tak perlu napkin kain.
Tidak perlu hiasan jika meja makan anda sudah sarat dengan makanan. Namun, bagi memberi keceriaan, rasanya tak lengkap tanpa jambangan bunga di atas meja makan. Tak perlu terlalu besar dan tinggi jambangan di atas meja makan kerana ia akan mengganggu interaksi anda ketika menjamu selera.
Semgoa bermanfaat!
Mesti Baca: 4 Tip Wajib Tahu Cara Pilih Meja Makan Yang Tahan Lama, Berkualiti dan Sesuai Untuk Kediaman Anda
Baca Lagi Di Sini: Peranan Penting MEJA MAKAN, Jadi ‘Pusat Pentadbiran’ Di Setiap Rumah!
Artikel Menarik: Ruang Makan Anda Tampak Lebih Eksklusif Dengan Pilihan Meja Makan Ini
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.